Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my. Assalammualaikum semua! Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang tersedia di hujung jari. Jakel Textile juga tidak ketinggalan melancarkan laman sesawang e-dagang untuk anda membeli koleksi-koleksi pakaian siap di www.jakelstore.my. Koleksi-koleksi ini terdiri dari penampilan duta raya jakel iaitu Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana, Abam Bocey, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Upin Ipin, Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Ayda Jebat. Hari ini 4 Mei juga berlangsung sesi Meet & Greet bersama duta raya Jakel 2019. Jom ikuti apa yang menarik yang ditawarkan oleh Jakel pada raya tahun ini. Pastinya ia berbeza dengan tahun sebelum ini.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Portal e-dagang ini bakal membuka jualan secara atas talian (online) pada 9 Mei 2019. Anda boleh mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari dan pada bila-bila masa. Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel “Ready To Wear” kini boleh dibeli menerusi www.jakelstore.my.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Kempen “Jakel Barulah Raya” Untuk Tahun 2019

Jakel menganjurkan kempen raya tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur berkonsepkan sembang santai dan menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada tahun ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasaran juga memainkan peranan penting. Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif.

Sedar mengenai hal ini, pusat gedung tekstil tanah air Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama dari pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Kesemua koleksi yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi.

Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini “up-to-date”. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka.

Jakel Raikan Golongan Asnaf & OKU Penglihatan

Majlis lebih bertambah keberkatan apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Ini adalah satu cara untuk pihak Jakel mendekati golongan tidak berkemampuan disamping meraikan mereka.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada mereka. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan.

Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel berkata “Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi, disamping memasarkan koleksi pakaian Duta Raya Jakel bersama pelanggan istimewa Jakel yang tidak henti-henti menyokong perniagaan kami sejak dulu lagi. Happy Hour, Jualan Murah dan Tanggungjawab Sosial Korporat adalah cara kami memberi kembali kepada golongan yang memerlukan.”

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my
Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel

Happy Hour Jakel KL Memang Best!

Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh kepada pelanggan Jakel. Ini adalah signifikasi dari Jakel sejak dulu lagi dan sentiasa dinantikan! Apabila ke Jakel, anda jangan ketinggalan “Happy Hour”! Sebab ia terhad kepada 10 pelanggan pertama, kadang-kadang lebih dari 10. Siapa cepat! Pasti untung! Hehehe

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Hairul Azreen & Abam Bocey

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus untuk memberi kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan jenis fabrik dan warna. Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan berkeyakinan seperti Awal Ashaari.

Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Anda akan dapat lihat jahitan teluk belanga iaitu leher bulat.

Abam Duta Baju Melayu Plus Size Jakel

Abam atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey kini adalah Duta Baju Melayu Plus Size Jakel. Jakel mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka yang bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar untuk mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya pada hari lebaran yang bakal tiba. Pelbagai warna disediakan. Baju melayu Plus Size tersedia sehingga saiz 5XL. Wow bestnya!

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan menerima sehelai kain samping beserta butang Baju Melayu PERCUMA bagi setiap pembelian sepasang Baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dari Jakel sendiri! Terima kasih Jakel!

Koleksi Baju Kurung Scha Alyahya, Ayda Jebat & Hanis Zalikha

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram pada musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada si pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititik beratkan supaya ia sesuai digayakan setiap lapisan usia.

Koleksi Pakaian Kanak-Kanak Upin Ipin, Lara Alana dan Yusuf Iskandar

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibawah Koleksi Baju Melayu Upin Ipin. Walaubagaimanapun ia diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan fesyen masa kini. Setiap pembelian koleksi Baju Melayu Upin Ipin akan diberi kain samping dan butang Baju Melayu PERCUMA! Jadi, si kecil agar tidak ketinggalan bergaya di Aidilfitri. Selain itu, Koleksi Lara Alana dan Yusuf Iskandar turut meyediakan rekaan eksklusif agar kanak-kanak juga boleh tampil sedondon bersama ibu bapa mereka.

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my

Koleksi Kurta

Kurta juga adalah pilihan selesa untuk si jejaka pada lebaran ini. Ia adalah pilihan kedua selepas Baju Melayu. Ini kerana Kurta Jakel selesa dan mudah digayakan. Koleksi Kurta Jakel dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan poket. Kurta ini mesra wuduk dimana di bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta mempunyai variasi pelbagai rekaan dan terdapat lebih daripada puluhan warna.

Semuanya tersedia di Jakel Mall. Jom pakat seisi keluarga dapatkan Koleksi Duta Raya Jakel 2019. Semua dijahit esklusif dan lengkap untuk anda sekeluarga!

www.jakel.my
www.facebook.com/GedungTekstilJakel
www.twitter.com/JakelTextile
www.instagram.com/jakeltextile
www.youtube.com/Jakeltextile

17 thoughts on “Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore.my”

  1. wahhh ini yang buat diri makin tak sabar nak raya nie. jualan jakel tahun nie mesti lagi best dari tahun lepas. suka beli baju time happy hour. murah gila ! harga menjunam-junam dibuatnya

  2. lawanya baju raya jakel tahun nih , berkenan sungguh …memang suka dengan kain jakel sebab sedap dipakai jahitan pun cantik , saiz jerlah harap2 ada…tu kena pergi beli awal2 ..lambat kalu semua saiz habis

  3. tu ari pi jakel shah alam, ya ampun…. havoc ramainya orang!
    design baru jakel semua nya lawa cecantik. harga pun berpatutan. kualiti material jakel sememangnya terbaik. dah ada online ni lagi bagus, memudahkan ramai orang nak beli tak perlu dah bersesak kat mall. terbaik laaa

  4. YES YES YES..JAKEL ADAH ADA WEBSITE SHOPPING SENDIRI BOLEHLAH START SURVEY2…NAK PERGI SANA JAUH SGT..NAK TENGOK BAJU RAYA KAMI DENGAN KURTA TOK LAKI HIHI..

  5. Duk tengah mencari baju mathinG COLOR jugak untuk raya tahun ni. Entah lah tiba tiba tahun rasa macam excited nak baju matching macthing dengan family. nanti boleh tengok jugak dekat jakel

  6. Koleksi baju raya jakel memang cantik-cantik. Tapi tulah, asyik ramai orang dan sesak sokmo. Tak dan nak bersesak. Beli online jelah

  7. Koleksi untuk tahun ni bagi akk lebih cantik dan berkualiti. teruTama dari segi detailing, potongan dan rekaan. Pling best kita boleh dapatkan baju utk seisi keliarga

  8. Rawlins teringin baju AA tu – tahun lepas dapat warna hijau zamrud. InsyaAllah tahun nie teringin nak baby blue atau hitam terus. Hehe. Bila Ruby nak ajak Rawlins pergi Jakel?

  9. Ramai juga duta jakel ye. Baju raya kat jakel ni pun cantik cantik tapi tuhlah saya dah beli baju raya dah. Kalau tak boleh shopping dekat jakel. Suka tengok design baju scha al yahya pakai

  10. Tahun lepas baju raya dari Jakel, tahun ni tak jakel la.. Hehehe.. Tapi baju kat jakel memg cantik dan banyak design menarik.. Lagipun satubfamily boleh dapat dekat situ.. Kalau diaorg buat lelong, lagi berbaloi beli

  11. Hehehehe kita juga nak jadi duta baru jakel boleh yang plus size nak lawan abam tu wakakakaka.. tapi kita suka pakaian kat sini sangat selesa dan juga pelbagai trend yang terkini sesuai untuk anak muda dan juga yang suka bergaya pagi raya macam kita hehehe.. Suka tengok Aaron Aziz pakai baju melayu nampak sangat kemelayuannya…

  12. SUKA MEMBELI BELAH KAT JAKEL, PILIHAN BAJU sangat MENARIK DAN UP TO DATE, YANG BEST TU..ORANG YANG BERSAIZ NI PUN SENANG NAK DAPAT BAJU KAT JAKEL NI. nOW TAK SABAR NAK TUNGGU ONLINE STORE DIA BEROPERASI, TAK YAH DAH NAK SUSAH PAYAH NAK KE MALL..KLIK KLIK JE DAH SIAP BELI N TUNGGU BARANG SAMPAI DEPAN PINTU, SURE BANYAK BAJU2 CANTIK ADA..

  13. bagusnya usaha Jakel mendekati golongan yang tidak berkemampuan dengan meRaikan Golongan Asnaf & OKU Penglihatan dengan cara ini.. moga sentiasa maju dimasa hadapan..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.