ETIQA World Health Day 2019

ETIQA World Health Day 2019. Assalammualaikum semua! Pada setiap 7 April adalah Hari Kesihatan Sedunia. Pelbagai kempen kesedaran tentang kesihatan dan statistik juga akan dikongsikan. Sama ada dari penyakit kanser, penyakit kerap berlaku dan langkah yang anda boleh lakukan sebagai persediaan. Sebenarnya dalam kehidupan kita, semua orang takut mati. Tetapi tidak pula menjaga diri untuk kekal sihat, atau jika sakit mesti sudah ada simpanan untuk pembiayaan rawatan. Hurmmm. Isu yang penting sebenarnya kan apabila melibatkan kesihatan.

ETIQA World Health Day 2019

ETIQA telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2007. Menawarkan pelbagai jenis plan Takaful & Insurans. Kita semua berhak mendapatkan kesihatan yang baik. Tema ETIQA World Health Day tahun ini adalah “Universal Health Coverage”. Dimana, ia memberi kempen kesedaran baharu bahawa kesihatan dan kos perubatan adalah perkara yang sangat penting. Jika dulu anda semua tidak mempunyai Takaful atau Insurans, sekarang dapatkanlah satu. Sebab kos perubatan bukannya murah dan kita juga tidak mahu keadaan sakit itu menjadi beban kepada orang lain.

Tahukah anda bahawa stress memikirkan pembiayaan kos perubatan juga akan menyebabkan kita bertambah sakit? Jadi, sediakan wang sebelum sakit. Sebab penyakit ni subjektif, kita tidak tau bila, kita sakit waktu usia 30-an ke? 20-an ke? 50-an ke? Ruby selalu menganggap pelaburan ini adalah untuk diri Ruby. Di ETIQA terdapat pelbagai jenis plan, anda boleh pilih mengikut kemampuan anda.

ETIQA World Health Day 2019

Jom Ruby kongsikan kenapa anda perlu memilik Takaful / Insurans. Semoga perkongsian ini membuka minda anda. Terima kasih kepada semua panel.

National Cancer Society Malaysia

Di Malaysia, lebih 100,000 rakyat Malaysia hidup dengan kanser pada masa yang tertentu. Nisbah menunjukkan 1 daripada 10 lelaki, dan 1 daripada 9 wanita berisiko mendapat penyakit dalam seumur hidup mereka. Kanser merupakan punca kematian terbesar ke-4 di negara ini. Ia adalah punca pertama kematian dalam hospital swasta, dan punca keempat di hospital awam.

ETIQA World Health Day 2019 ETIQA World Health Day 2019

Kanser sering dikesan atau didiagnosis lewat. Lebih separuh daripada semua rakyat Malaysia Pesakit kanser didiagnosis pada peringkat akhir (III atau IV). Lagi lambat pesakit didiagnosis, peluang mereka untuk bertahan hidup juga kurang. Sebagai contoh, kadar survival 5 tahun kanser kolorektal adalah 76% jika didiagnosis pada tahap I, dan 17% jika didiagnosis pada peringkat IV. Pada masa ini, 1 daripada 3 pesakit kanser kolorektal di Malaysia adalah didiagnosis pada peringkat terakhir.

Tindakan awal tidak hanya menyelamatkan nyawa, tetapi sangat efektif. Satu kajian berasaskan di A.S. memperkirakan diagnosis awal kanser boleh menyelamatkan negara sehingga USD26 bilion setahun. Malaysia menaja Kanser Resolusi 2017, yang telah disesuaikan oleh WHO dan menekankan pengesanan awal dan diagnosis.

ETIQA World Health Day 2019

3 tindakan boleh dilakukan iaitu pengesanan, pemeriksaan, dan diagnosis boleh menyelamatkan hidup. 

  1. Pengesanan awal: pendidikan dan promosi diagnosis dan pemeriksaan awal.
  2. Pemeriksaan (Kanser): proses yang digunakan ujian mudah, murah untuk mengenal pasti individu yang mempunyai kanser atau pra-keadaan kanser, tetapi belum menunjukkan apa-apa gejala.
  3. Diagnosis awal: diagnosis kanser pada peringkat awal (I atau II).

Jadi, jagalah diri anda dan keluarga. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala, aktif bersukan, diet pemakanan yang betul dan sediakan insurans kesihatan. Jika anda ingin mengetahui statistik dan informasi terkini tentang kanser. Anda boleh klik pautan yang Ruby sediakan dibawah.

www.cancer.org.my
www.instagram.com/nationalcancersocietymy
www.facebook.com/nationalcancersocietymalaysia

4 Plan Kesihatan Baharu ETIQA

Ada empat plan kesihatan untuk anda iaitu e-Medical Pass Takaful, e-Medical Pass, e-Cancer Care Takaful dan e-CancerCare.

e-Cancer Care Takaful

Pelan patuh Syariah yang menyediakan perlindungan untuk peringkat awal dan rawatan kanser utama.

  • Pembayaran tunai untuk kanser peringkat awal, termasuk Carcinoma In Situ (CIS)
  • Pembayaran tunai sebanyak 150% apabila diagnosis kanser
  • Perlindungan dari 21 sen sehari
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan

Dapatkan Plan e-CancerCare Takaful sekarang!

ETIQA World Health Day 2019

e-CancerCare Insurans

Pelan yang menyediakan perlindungan untuk peringkat awal dan rawatan kanser utama.

  • Pembayaran tunai untuk kanser peringkat awal, termasuk Carcinoma In Situ (CIS)
  • Pembayaran tunai sebanyak 150% apabila diagnosis kanser
  • Perlindungan dari 21 sen sehari
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan

Dapatkan Plan e-CancerCare Insurans sekarang!

ETIQA World Health Day 2019

e-Medical Pass Takaful

Pelan perubatan patuh Syariah yang menyediakan faedah hospital dan pembedahan, dan kemasukan tanpa tunai.

  • Pelan bermula dari RM1.77 sehari
  • Surat Jaminan yang disediakan supaya anda boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran
  • Dengan had tahunan
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Hanya jawab 3 soalan kesihatan untuk perlindungan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dapatkan Plan e-Medical Pass Takaful sekarang!

ETIQA World Health Day 2019

e-Medical Pass Insurans

Pelan perubatan yang menyediakan faedah hospital dan pembedahan, dan kemasukan wad tanpa tunai.

  • Pelan bermula dari RM1.74 sehari
  • Surat Jaminan yang disediakan supaya anda boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran
  • Dengan had tahunan
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Hanya jawab 3 soalan kesihatan untuk perlindungan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dapatkan Plan e-Medical Pass Insurans sekarang!

ETIQA World Health Day 2019

Pentingnya Takaful & Insurans

Setelah mengetahui pelbagai informasi berguna tentang kesihatan dan penyakit yang menjadi trend pada masa kini. Ruby mula menyedari betapa pentingnya perlindungan melalui ETIQA. Kos perubatan dan jenis penyakit kita tidak akan tahu berapa nilainya sehinggalah kita alaminya. Sudah tiba masanya Ruby berkongsi tentang informasi berguna dan mudahnya mendaftar untuk perlindungan Takaful / Insurans. Ikut kemampuan kita. Semoga sakit kita pada masa akan datang tidak menyusahkan sesiapa. Semua orang mampu! InsyaAllah!

www.etiqa.com.my
www.instagram.com/myetiqa
www.facebook.com/Etiqa

17 thoughts on “ETIQA World Health Day 2019”

  1. alhamdulillaj kite baru je langgan insuran daripada etiqa. sediakan payung siap2 sebab kite pun tak tahu apa jadi pada masa akan dtg kan. Knp pilih Etiqa sebab recommended by family. Thanks kak share bende ni. hehehe

  2. rasanya sekarang ramai orang dah peka dengan takaful dan insurans sekarang. kos perubatan memang mahal & siapa yang nak tanggung kan. etiqa ni pun salah satu nama yang sudah dikenali. kalau nak ambil insuran pun baik ambik dari nama besar yang dipercayai.

  3. Oh baru tau..untuk penyakit cancer pun Etiqa boleh cover ye.. nanti boleh lah bagi tahu kawan-kawan pasal ni..masa zaman kerja dulu tb pun pakai insuran etiqa takaful gak..

  4. ACtually, insurance is important to protect us in case of anything happen kan. SOmetime we cant predict so it better to be prepared. Thanks for sharing their latest Insurance scheme.

  5. Tak tahu pun 7 april adalah hari kesihatan sedunia, hehe. Bab kesihatan memang tak boleh ambil mudah. Lagi pulak kos rawatan zaman sekarang bukan murah. Salah satu langkah berjaga-jaga adalah ambil plan perlindungan kesihatan.

  6. Insurans ni penting sebenarnya. Biarlah nampak macam tak.ada hasil bayar bulan-bulan tapi bila memerlukan sangat berguna. Mcm cancer mmg itu masalahnya sbb susah nak detect awal. Thanks Ruby for sharing.

  7. Tinggi juga ya jumlah penghidap Breast kanser. Bagus etiqa mewujudkan pelan untuk penghidap kanser. Bagus rakyat malaysia dah mulai sedar akan kepentingan INSURANS untuk diri sendiri dan Keluarga

  8. Sis n anak pun lama dh ambik insuran utk kesihatan dn pelaburan ni. Nasib baik ambik sb coz perubatan skrg ni tinggi.. dgn adanya insuran kuranglah beban bila masuk sepital. Dulu masa sis masuk hospital dlm 30k kena..nasib ada insuran cover

  9. Memang bagus bila ada plan macam ni. At least kita tahu pelabuRan terbaik untuk duit kita. Akk mmg amik plan untuk semua anak2. Kesihatan dan pendidikan. Sbb masa depan kita x tahu apa yg akan jadi kelak

  10. Insurance memang penting. Sekarang ni macam² sakit ada dan kalau kurang kemampuan, terhad rawatannya. Buat yang punya insurance, altenatif lain tu ada.
    Tak terasa bebanannya. Banyak pakej plan ada, pepandai pilih ikut bajet yang ada agar tidak terbeban juga.

  11. Memang penting insurans ni. yang betul betul bukak mata saya pasal insurans ni husband lah. selama ni mana saya pernah fikir pasal insurans. bila kahwin, husband buatkan insurans untuk saya. bila bersalin anak pertama pun dia buat kan. anak kedua pun sama. semua dia yang bayarkan. baru baru ni anak kedua kena admit hospital due tu high fever. mahal jugak bilnya. tapi alhamdullilah guna insurans. tak terbeban sangat

  12. bagus ADa pendedahan mcm ni. Kesedaran mengenai insurans dan takaful untuk kesihatan kita. Memang penyakit ni kita tak dapat nak jangka pon. So dengan kesedaran dan pendekatan yang di ambil, atleast dapat mengurangkan kadar sakit yang ada. Dapatkan rawatan awal.

  13. Alhamdulilah. Rawlins suka sebab penduduk Malaysia sekarang dah mula sedar pentingnya insurans dalam kehidupan mereka dan keluarga. Bukan kita mendoakan tetapi beringat agar kelak ada bantuan yang boleh diharapkan ye tak.
    Thanks sharing info ini, mudahan ramai yang akan manfaatnya.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.