FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran

FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran. Assalammualaikum semua! Wah bulan Ramadan hampir tiba dan tibalah masa anda semua siapkan 30 resepi sahur dan iftar! Ya! Kena sediakan. Nanti bila tiba bulan Ramadan, boleh berjimat dari membeli-belah di Bazaar Ramadan. Masak sendiri lebih menjimatkan! Hehe. Nak lagi senang sediakan makanan? Jom ruby kongsikan produk serbuk pra-campuran FLAVORISTA! Pernah dengar nama FLAVORISTA? Ia adalah pes masakan dalam bentuk serbuk! Pertama di dunia untuk sediakan pes masakan dalam bentuk serbuk dan semuanya nama hidangan masakan Malaysian! Asam Pedas? Ayam Masak Merah? Semua ada!

FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran

FLAVORISTA, Just a Snap!  Sebuah syarikat Bumiputra yang membuat inovasi ke atas produk pes makanan sedia ada ke bentuk pes serbuk pra campuran pelbagai menu popular yang akan memudahkan anda memasak serta menjimatkan wang.

Idea berinovasi ini bermula melihat sebuah pengusaha makanan di Johor Bahru mengeluarkan serbuk kopi dan pelbagai produk lain dalam bentuk serbuk pra-campuran. Dengan itu lahir idea untuk mencipta serbuk pra-campuran Mee Udang. Produk FLAVORISTA berkonsepkan ready to serve dimana penyediaan makanan lebih mudah dan merasakan ianya akan mendapat sambutan para pengguna di pasaran.

Flavorista Sediakan Serbuk Bahan Masakan Untuk Bantu Masyarakat

Terdahulu semasa FLAVORISTA bersama-sama pelancaran Nasi Muafakat dimana telah diadakan cabaran set kombo makanan termurah dan ia terbukti bahawa serbuk pra-campuran FLAVORISTA merupakan makanan yang selamat dengan kos yang efektif seterusnya menjadi serbuk pra-campuran FLAVORISTA mudah untuk memasak (Easy-To-Cook).

FLAVORISTA Berkualiti & Menerima Banyak Anugerah

Dengan strategi pemasaran dan pendedahan yang konsisten, FLAVORISTA bukan sahaja mengeluarkan produk untuk dipasarkan di peringkat domestik malahan telah ke peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan penglibatan FLAVORISTA dalam pelbagai acara antarabangsa seperti Halal Chefpreneur Challenge Asian Hallfest 2017 dan telah diumumkan pemenang di dalam acara tersebut. FLAVORISTA telah tersenaraikan di dalam the Malaysia Book Of Records atas kejayaan seorang chef mampu memasak paling banyak resipi dalam masa 30 minit.

Flavorista Sediakan Serbuk Bahan Masakan Untuk Bantu Masyarakat

Pada tahun 2018, syarikat terus mengembangkan perniagaan dengan mempunyai kilang baharu untuk memenuhi pemintaan pelanggannya. Bagi memastikan keselamatan makanan produk FLAVORISTA terjamin, FLAVORISTA telah mempunyai pensijilan HALAL oleh JAKIM  dan perakuan HACCP Certificatedan GMP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

FLAVORISTA juga berhasrat ingin melebarkan jualan secara menyeluruh di Supermarketdan Hypermarketdalam masa terdekat.

Pelancaran 6 Serbuk Pra-Campuran FLAVORISTA

Lebih 100 pek serbuk pra-campuran FLAVORISTA yang telah dikeluarkan tetapi dengan adanya permintaan pelanggan secara berterusan, FLAVORISTA telah memperkenalkan 6 pek menu serbuk pra-campuran terbaru iaitu Sambal Tumis, Masak merah, Asam Pedas, Masak Kung Pao, Masak Kicap dan Perapan BBQ. FLAVORISTA percaya resipi terbaru ini akan mendapat permintaan yang menggalakkan.

Flavorista Sediakan Serbuk Bahan Masakan Untuk Bantu Masyarakat

Sekiranya anda ingin memasak Asam Pedas menggunakan serbuk pra-campuran FLAVORISTA, anda hanya tambah air dan minyak kemudian masukkan ikan pilihan anda. Tenggiri? Kembong? Pari? Senang dan mudah.

Idea Tercetus Apabila Pelajar Universiti Tidak Mampu Untuk Membeli Makan

Flavorista Sediakan Serbuk Bahan Masakan Untuk Bantu Masyarakat

“FLAVORISTA ingin menyasarkan kepada golongan pelajar IPT bagi membantu mereka mendapatkan menu makanan yang bermutu serta berkhasiat dengan harga yang lebih murah serendah RM4-5 per pek. Ia juga bagi membantu mereka bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini” Kata Encik Norisham Baharin, Pengarah Urusan Flavorista (M) Sdn Bhd.

Harga Serbuk Pra-Campuran FLAVORISTA

Serbuk bantuan masakan FLAVORISTA tersedia dalam 4 jualan, anda boleh membeli satu paket, secara combo tiga paket pada harga RM 11, “half dozen” RM 23 dan “dozen” RM 42

  1. Perapan BBQ : RM 5.00
  2. Sambal Tumis : RM 4.00
  3. Masak Merah : RM 4.00
  4. Masak Kicap : RM 4.00
  5. Asam Pedas : RM 4.00
  6. Masak Kung Pao : RM 4.00
  • COMBO A (Masak Kung Pao, Masak Kicap & Masak Merah) : RM 11.00
  • COMBO B (Masak Kung Pao, Masak Merah & Asam Pedas) : RM 11.00
  • COMBO C (Masak Kung Pao, Asam Pedas & Sambal Tumis) : RM 11.00

Berkenaan FLAVORISTA

Flavorista (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2012 oleh sekumpulan pakar Makanan & Minuman dengan idea inovatif untuk mempermudah dan menawarkan kaedah yang mudah untuk menyediakan makanan. Sama ada di dapur rumah atau di dapur perindustrian, tanpa menjejaskan kualiti & ketulenan rasa.

Syarikat diterajui oleh En. Norisham Baharin selaku Pengarah Urusan. Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan, UPM. Sehingga kini syarikat mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 10 orang yang pakar dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang industry Food & Beverage.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi FLAVORISTA seperti berikut:

Flavorista (M) Sdn Bhd
No.7 Jalan IMP 1, Taman Industri Meranti Perdana
47120 Puchong Selangor

Tel : 03-8052 6958

www.flavorista.com.my
www.instagram.com/jomflavorista
www.facebook.com/JomFlavorista

20 thoughts on “FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran”

  1. Bila time malas nak masak, memang sis suka buat yang ready made ni aje..senang kerja. Memang kat rumah ni ada jugak lah paste yang macam ni..stok utk masa malas..hehehe. Nanti nak cuba lah brand ni pulak..mana tahu sedap blh le beli banyak2 jadikan stok

  2. Murah lah tiga pek RM11 je, dah lah senang nak masak bila ada pes ni. Untuk yang busy dengan kerja terutamanya memang membantu sangat bila masuk dapur. Travel pun senang bila ada pes ni

  3. Tgk pada nama Mulanya ingatkan produk kecantikan rupanya pes makanan.. AM pun suka memasak gunakan pes.. Mudah dan cepat.. Nnti AM nak cuba juga la gunakan pes yg ruby rekomen kan ini

  4. wahh.. makin mudha la kerja-kerja memasak lepas ni.. ibu-ibu yang busy tu mesti rasa ini satu kesenangan buat diorang kan.. hehehe.. dah ada pes.. campak-campak bahan pun dha sedap.. kan ruby! hehe

  5. menarik betul invention pes pra campuran dalam bentuk serbuk nie. first time jumpa. dan harganya sangat murah ! siap boleh dimakan untuk 5 hidangan lagi. untuk student mcm sy nie, bagus kalau buat stok banyak2 kat kolej serbuk flavorista nie

  6. Bila ada pes macam ni memang mudah nak masak ni..lagi kalau dah lapar atau lewat dah..campak je pes, masukkan ikan atau ayam je..siap..nampak macam sedap je..nak tau kena cubala kan..ehehe

    • Salam and Hi ! Salam Ramadhan dari Flavorista. Kami mengeluarkan 6 jenis produk berbentuk serbuk pelbagai perisa. Jika berminat, boleh WhatsApp di talian kami untuk order 0124426012 atau layari ke laman web kami di http://www.flavorista.com.my untuk maklumat lanjut – Rita

  7. Ya betullll… memang jimat kalau masak sendiri. Biasa masak simple-smple je. Ha, ni ada produk Flavorista lagi la senang nak masak. Campak-campak pun gerenti sedap.. Jimat pun jimat kan.. Alhamdulillah setakat ni memang tak jejak lagi pasar ramadan.

    • Salam and Hi ! Salam Ramadhan dari Flavorista. Kami mengeluarkan 6 jenis produk berbentuk serbuk pelbagai perisa. Jika berminat, boleh WhatsApp di talian kami untuk order 0124426012 atau layari ke laman web kami di http://www.flavorista.com.my untuk maklumat lanjut – Rita

  8. produk lokal yang boleh pergi lebuh jauh. suka tengok pencapaian bisnes tempatan hari ini. bila ada pes ini bukan sahaja memudahkan urusan pekerjaan harian tetapi memberi idea kepada ibu2 untuk menyediakan hidangan pada keluarag setiap hari

  9. Walaupun pes campuran, tapi menu yang boleh dimasak dengan pilihan pes oleh flavorista ni memang menggoda betul. harap rasanya pun sedap sebab ruby tak sharekan rasa bila dah masak macam mana

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.