Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak

| |

Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak. Assalammualaikum semua! Wah sekarang ni semakin lama, semakin seronok pula banyak bahan pembelajaran tersedia di pasaran untuk anda aplikasikan di dalam kehidupan seharian bersama anak-anak. Pengalaman Ruby dulu, Ruby banyak membaca di laman web dan mula la mencari kain kraft, buat sendiri busy book dan main flashcard. Sampaikan Ruby tidur dengan semua bahan-bahan. Haha. Nak kejar masa buat semua perkara, tapi keadaan Ruby pula tidak terurus. Pada ketika itu, Ruby terfikir, apa yang anak kita nampak dalam diri kita? Kita nak mereka bijak, tapi kita ni sebagai ibu, tak terurus. Hahaha

Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak

Ruby seronok apabila wujud produk Little Fingers. Semua bahan yang disediakan boleh digunakan semula. Kita semua sedia maklum yang latihan yang konsisten akan memberi impak yang bagus kepada diri kita. Jadi, untuk anak-anak, perkara itu juga harus diterapkan. Bukan mudah untuk memupuk dan ajar fokus. Tapi, kita sebagai ibu bapa jangan putus asa. Ok?

Little Fingers menyediakan 3 set bahan pembelajaran mengikut usia yang berbeza. Seawal bayi hingga usia 4 tahun. Disediakan dalam kotak yang mempunyai bag untuk anda simpan semua bahan aktiviti. Aktiviti juga akan menggunakan bahan-bahan di dalam rumah.

Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak

Little Fingers Bzee Bag

Bzee Bag direka untuk boleh diguna semula. Aktiviti-aktiviti yang direka, hanya memerlukan arahan yang mudah tanpa pemantauan sepenuhnya. Ibu bapa boleh pegi buat kerja lain, sementara anak fokus untuk selesaikan tugasan. Tugasan pun interaktif. Menyeronokkan!

Bzee Bag sesuai dibawa ketika travel, ibu ingin melakukan kerja rumah atau anda boleh gunakan ketika di restoran semasa menunggu makanan.

Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak

Ada 3 kategori Bzee Bag

1. Kategori 1 : umur 1-2 tahun
2. Kategori 2: umur 2-3 tahun
3. Kategori 3: umur 3-4 tahun

Harga setiap Kategori Bzee Bag RM 69.90

Objektif Little Fingers

  1. Meningkatkan DAYA FOKUS
  2. Meningkatkan kemahiran MOTOR HALUS
  3. Mengurangkan ketagihan bermain gadjet
  4. Meningkatkan DAYA IMAGINASI dan KREATIVITI
  5. BONDING bersama anak lebih berkualiti dan berfaedah

Yang paling penting No 5. menguatkan BONDING diantara anak dan ibu bapa. Tahu tak, kurangnya kekuatan BONDING punca anak tantrum, tak dengar cakap, sukar mengikut arahan & sebagainya?

Pemenang Pertandingan Little Journey

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Little Journey telah diadakan di Orchard Villa, Gombak. Turut diadakan bersama Majlis Berbuka Puasa anjuran Little Fingers. Pertandingan Little Journey ini adalah langkah pertama bagi Little Fingers untuk melihat maklum balas orang awam yang prihatin terhadap perilaku atau perkembangan anak-anak mereka. Penyertaan telah diterima dari seluruh Malaysia dan respon adalah sangat memberangsangkan.

Pemenang Top 5 adalah Adik Nur Aisyah Hanis bt Mohammad Afiq (2 tahun dari Cheras, Selangor), Adik Muhammad Yusuf Arrayyan (2 tahun dari Kuantan, Pahang), Adik Syarafwa bt Mohd Saif (1 tahun dari Johor), Adik Abdul Hakim bin Mohd Farizul Ariff (1 tahun dari Selangor) dan Adik Dhiya Iyad Iskandar bin Idrus (3 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang). Manakala pemenang utama adalah Adik Sophean Adam Mikaeyl, berumur 2 tahun dari Kluang, Johor.

Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak

Little Fingers amat berharap program ini akan terus memberi manfaat serta kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama-sama anak. Cara ini dapat meningkatkan lagi “bonding” walaupun ibu bapa penat selepas seharian bekerja. “Bonding” ini amat penting kerana ia dapat membantu proses pertumbuhan serta pembelajaran anak terutamanya ketika anak masih kecil.

Jadi, hubungi Little Fingers untuk dapatkan Bzee Bag anak anda. Mulakan aktiviti seawal usia mereka. Supaya mereka lebih fokus dan ada aktiviti bermanfaat. Seronok sebenarnya melihat respon anak apabila ada sesuatu untuk dipelajari. Hehehe. Kita kena ingat, tenaga anak-anak ni lebih banyak dari kita yang dewasa. Kadang-kadang kita sedang berehat, mereka elok je main lego sorang-sorang. Tak penat ke dia? Tak! Iya mereka tidak penat. Sebab itu, ramai pakar memberi tips untuk sentiasa buat anak sibuk dengan sesuatu perkara. Memasak, berkebun, membaca dan sebagainya. Cubalah. Ruby dapat lihat apabila waktu siang mereka ada jadual. Mereka mudah tidur awal pada waktu malam dan tidur nyenyak sampai esok pagi.

www.instagram.com/littlefingers.co
www.facebook.com/littlefingersdotco

Previous

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

Next

7 thoughts on “Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak”

  1. Rasa curious pulak nak tengok apa yang ada dalam bzee bag tu kak ruby hahah. duk scroll-scroll cari kot ada tunjuk gambar ke. nad suka produk-produk camni yang boleh kuatkan bonding antara anak dengan parents 🙂

  2. betul, ibu bapa perlu banyak luangkan masa dengan anak. especially to those parents yg kedua-duanya bekerja. balik rumah mesti bagi sepenuh perhatian pd anak2. sebab the first 7 years old kehidupan kanak2 sangat penting. sel-sel otak banyak dan aktif berhubung.

  3. alamak I SUKE giler education tools mcm ni slalu geram tgk ank2 buah tu dok main phone je!! rs nk rampas je ahhaha x best la! so i strongly support this kinda of education method! dia mmg xd offline ke a.k.a store??

  4. As a mother, I see this as a big help to me! Sama macam RUby, dulu jenuh print potong laminate sendiri. And yes, sampai tertidur. Haha. Sangat tak bagus bagi contoh kat anak macam tu. Thank you share pasal Little Fingers ni. Serious first time tahu pasal benda ni. And the price is very affordable!

  5. Terima kasih ruby untuk perkongsian ni. tapi saya yang takde anak ni kan macam wondering macam mana rupa dan method penggunaan little finger tu? macam flash card ke?

  6. Little fingers hurrmmmm kita tengok jer lah sebab tak ada anak pun hehehe tapi bagus lah produk macam ni sekarang daripada main gadget sahaja tak ada masa berkualiti antara anak dan juga ibu bapa. Harap usaha murni ini akan dapat sambutan ramai lagi dalam membentuk anak yang berkualiti. Amboi dah macam profesor kita tulis wakakakakaka..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.