Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik. Assalamualaikum semua. Salam Ramadan! Sekejap je Ramadan hampir meninggalkan kita. Korang dah bersedekah? Dah bayar zakat? Dah bantu keluarga terdekat? Volunteer bekerjasama dengan Asnaf? Fakir Miskin? Ibu Tunggal atau Anak Yatim Piatu? Korang boleh lakukan perkara baik dengan memberi sumbangan. Gembirakan mereka. Berlipat kali ganda pahala Allah s.w.t janjikan tau. InsyaAllah. Lakukan kebaikan yang kita mampu. Ruby berkesempatan join pihak Malik Stream anjurkan program Jom Shopping Dengan Adik-Adik di Jakel Mall. Jom ikuti perkongsian Ruby.

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik

Sempena bulan Ramadhan, program bantuan amal kepada kanak-kanak telah diadakan pada 25 Mei 2019. Seawal 8 pagi kanak-kanak telah berada di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Keseluruhannya, seramai 296 kanak-kanak iaitu pelajar daripada pusat jagaan dan rumah kebajikan menerima sumbangan ikhlas Hari Raya iaitu Baju Raya Jakel dari koleksi Upin & Ipin, Yusuf Iskandar dan Lara Alana.

Kegembiraan terpancar di wajah mereka disaat menerima pakaian raya Baju Melayu dan Baju Kurung mengikut saiz dan pilihan warna kegemaran masing-masing.

5 Buah Rumah Kebajikan Menerima Baju Raya

Kanak-kanak ini terdiri daripada Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim / Miskin Rukaiyah Kajang.

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 1

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 2

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 3

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 4

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 5

Malik Streams Corporation & Iman Health and Beauty Berbesar Hati Menganjurkan Program CSR

Program amal ini dianjurkan oleh syarikat Malik Streams Corporation bersama dengan syarikat subsidiri iaitu Iman Health and Beauty Sdn Bhd, syarikat kesihatan dan kecantikan. Imam Health and Beauty merupakan syarikat yang baru memulakan operasinya dalam bidang kesihatan dan kecantikan.

Seperti yang anda sedia maklum, syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Ybhg Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer.

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 6

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 7

Sebagai permulaan perniagaan, syarikat Malik Streams Corporation bersama Iman Health and Beauty Sdn Bhd mengadakan bantuan amal “Jom Shopping Raya” bersama kanak-kanak pada hari tersebut dengan harapan untuk mengadakan lagi pada tahun akan datang dengan bantuan yang lebih lagi.

Malik Streams Corporation Menceburi Bidang Kecantikan

Selain daripada itu, Dato’ juga mempunyai minat yang lebih mendalam dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Oleh demikian, sepertimana yang dirancang pada tahun ini, Malik Streams Corporation berjaya menceburi bidang kecantikan dan kesihatan serta meluaskan tapak perniagaannya melalui Iman Health and Beauty Sdn Bhd.

Sebagai permulaan per syarikat Malik Streams Corporation bersama Iman Health and Beauty Sdn Bhd mengadakan bantuan amal “Jom Shopping Raya” bersama kanak-kanak pada hari tersebut dengan harapan untuk mengadakan lagi pada tahun akan datang dengan bantuan yang lebih lagi.

Tanggunjawab Sosial Korporat Malik Streams Menceriakan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik 8

Selain daripada itu, Dato’ juga mempunyai minat yang lebih mendalam dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Oleh demikian, sepertimana yang dirancang pada tahun ini, Malik Streams Corporation berjaya menceburi bidang kecantikan dan kesihatan serta meluaskan tapak perniagaannya melalui Iman Health and Beauty Sdn Bhd.

Datin Dahlia Baiduri Pengarah Eksekutif Iman Health and Beauty Sdn Bhd

Pengarah Eksekutif bagi syarikat Iman Health and Beauty Sdn Bhd merupakan Datin Dahlia Baiduri yang bakal mengeluarkan banyak lagi produk-produk kesihatan dan kecantikan untuk penggunanya. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut bertahun lamanya. Kini, beliau menceburi bidang ini dengan menghasilkan produk-produk dari jenama beliau sendiri. Keunikan produk dari Iman Beauty and Health adalah ia diformulasikan khas oleh Datin Dahlia sendiri. Iman Beauty and Health sedang membuka peluang kepada orang ramai untuk menceburi dalam perniagaan ini sebagai agen atau stokis rasmi.

Iman Beauty and Health sedang membuka peluang kepada orang ramai untuk menceburi dalam perniagaan ini sebagai agen atau stokis rasmi.

Website : www.malikstreams.com.my
Instagram : www.instagram.com/malikstreams
Facebook : www.facebook.com/malikstreams

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.