Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

| |

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri. Assalamualaikum semua. Tahun 2019 Ruby nampak fesyen lelaki melayu semakin berevolusi. Dari pakaian yang ada pelbagai rekaan. Tapi Baju Melayu tidak boleh dilupakan. Semakin hari, semakin bertambah minat ramai membeli Baju Melayu. Wajib ada sepasang bak kata suami Ruby. Nak dijadikan cerita, kami bincang tentang Songkok, Kopiah & Tanjak. Haha. Ruby pujuk suami pakai Tanjak. Sebab suka tengok lelaki zaman dulu atau Raja-Raja Melayu tampil kacak dengan Tanjak mereka. Alhamdulillah suami setuju! Sekali untuk Adam & Alif akan Ruby beli Tanjak. Yahoo.

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

Permulaan Ruby nampak lebih jelas kekacakan penggunaan Tanjak adalah semasa Tayangan Perdana Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Jadi, Ruby bertanya kepada staff Les’ Copaque. Selesa tak pakai Tanjak? Ada saiz untuk budak ke? Balik je rumah, terus Google semua nama panggilan Tanjak, Tengkolok dan Destar. Nak cari lokasi paling dekat dan boleh cuba.

Ruby nak suami dan anak-anak cuba dan rasa nikmat membeli-belah keperluan Aidilfitri. Ini adalah kenangan buat anak-anak. Ruby sentiasa sibuk dengan kerjaya. Anak-anak sibuk dengan fokus pelajaran. Suami sibuk dengan jadual kerja. Jadi, Ramadan adalah masa yang sering kami bersama. Ahhh tetiba cerita sedih. Haha

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

  • Koleksi Sepanjang Zaman
  • Normal Price : RM 120, Sekarang RM98 (Harga Promosi Sepanjang Ramadan 2019)
  • Material : Tenun ‘Handmade’
  • Saiz : Adjustable

Sejarah Tengkolok, Destar & Tanjak

Tengkolok, Destar & Tanjak ni adalah barang yang sama. Cuma, nama panggilan berlainan mengikut negeri dan negara. Tengkolok dibuat seawal Kesultanan Melayu Melaka.

Rakyat biasa diwajibkan untuk menutup kepala mereka atau mengikat rambut panjang mereka agar menjadi lebih kemas apabila menghadap Sultan. Semasa Kesultanan Melayu Melaka, mereka berjaya menggunakan kain segi empat panjang, dilipat dan diikat menjadi penutup kepala. Dari situ terciptalah Tanjak untuk dipakai semasa urusan rasmi.

Tanjak ini menjadi lebih indah seiring dengan waktunya, diubah suai dan disesuaikan bergantung kepada status pemakainya. Pada pada zaman dahulu, rekaan Tanjak mewakili jawatan di Istana. Tanjak Yang di-Pertuan Agung juga mempunyai nama tersendiri iaitu “Solek Dendam Tak Sudah”.

Tanjak Sultan Selangor juga memiliki nama “Solek Balung Raja”. Oh ya nama Solek ini juga gelaran untuk Tengkolok, Destar dan Tanjak.

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri
Diantara koleksi Tanjak yang siap untuk anda terus beli

BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

Jadi, buat anda semua yang teringin nak memakai Tanjak. Ruby nak rekemen butik BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang Ampang. Kini, Tanjak bukan sahaja dipakai semasa anda menjadi pengantin. Anda boleh pakai semasa Aidilfitri yang bakal tiba. Harga Tanjak bernilai RM 120 untuk semua jenis Tanjak yang anda minati. Ini kerana Tanjak mempunyai pelbagai jenis rekaan mengikut negeri dan jawatan pada zaman dahulu. Paling Ruby suka tengok adalah Tanjak Negeri Selangor.

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri
En Man dari BMO 1980 sedia membantu anda. Apa sahaja jenis Tanjak beliau tahu. Hehehe
Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri
Disini proses untuk menjahit Tanjak dan alter pakaian dari BMO 1980
Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri
BMO 1980 semasa di STARVENDORS

BMO 1980 Taman Dagang Dibuka Sehingga 2 PAGI!

Buat anda semua yang mencari pakaian Aidilfitri sedondon, anda boleh datang ke Butik BMO 1980 di Taman Dagang, Ampang. Sehingga 3 Jun 2019, butik dibuka sehingga 2 PAGI! Wahh bestnya! Boleh la anda datang ke butik selepas waktu bekerja, selepas berbuka, selepas Solat Sunat Teraweh atau sebelum Sahur! Haaa ini lah peluang untuk anda dapatkan pakaian dan aksesori Aidilfitri dari tukang jahit tersohor!

BMO 1980 adalah pembuat pakaian istana, pakaian seragam cabin crew dan di butik BMO 1980 terdapat koleksi pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, Capal 5 warna, Sampin pelbagai corak, butang baju melayu, keris, pakaian kelengkapan Umrah dan pelbagai jenis Tanjak! Kualiti BMO 1980 anda boleh lihat dari material kain, jahitan kemas dan sangat teliti. Selain itu, parking di butik sangat banyak! Sebelah butik ada kedai makan. Lokasi ini selamat untuk anda sekeluarga datang pada waktu malam. InsyaAllah.

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri

BMO.1980
G-5, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
No Tel : 03-4288 4238

Waktu Operasi Bulan Ramadhan:
17 Mei 2019 -3 Jun 2019: 10am – 2am

Maps : https://g.co/kgs/LuZvUa

www.bmo.com.my
www.instagram.com/bmo.1980
www.facebook.com/BMO.WEARS

Previous

Little Fingers Memudahkan Ibu Bapa Muda Mencipta Keserasian Bersama Anak

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Next

20 thoughts on “Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri”

  1. Wah cantiknya tengkolok. Tak pernah lagi pakai seumur hidup sebab pikir pakai
    masa kawin je. hehehe. Boleh la try2 pakai kan jadikan trend. tradisi melayu yang kite tak leh lupakan. hehehe

  2. Nampaknya trend pemakaian pakaian bangsawan mula dikenali n disukai ramai terutama tanjak dan capal.. Suka tgk lelaki pakai pakaian Melayu lengkap sempurna dgn tanjak n capal.. Terserlah aura kemelayuan tu..

  3. wow !! tak sangka tengkolok sekarang menjadi trend untuk dipakai di hari raya. biasanya tengkolok kita dapat lihat di majlis2 khas sahaaja. nampak emnarik konsep nya buka sehingga jam 2 pagi ? cantiklah. boleh shopping sakan nie

  4. This is perfect for those who are preparing for raya, very helpful post, will share this out with my friends so they know where to get their accessories for their outfit

  5. Perhhhhh mesti terbeliak orang kampug kalau tengok kita beraya pakai tanjak atau tengkolok ni hehehehe memang gempak gilerrr lah rare sangat orang tak pernah pakai pagi raya kita buat hehehe cantik dan kemas tengkolok buatan BMO 1980 ni nak juga lah beli satu hehehehe….

  6. Ohh, hari tu dia pm-pm kita tanya nak beli tanjak kat mana. rupanya dia dah jumpa kat mana tempat tanjak yang cantik-cantik tak share kat kita pun. Hahah, lepas ni nak terjah cuci mata kat BMO ni la pulak. macam banyak je pilihan

  7. Adik saya pun pembuat tanjak juga.. memang tiap tahun dia tak malu untuk mengenakan tanjak dengan busana melayu. Pada mulanya memang orang kampung pandang pelik tapi alhamdulillah tahun berganti tahun makin ramai anak muda yang memakai tanjak. Siapa lagi yang nak mengangkat martabat busana tradisi kita kalau bukan orang kita sendiri kan. hehe

  8. Wow! Terbaiklah raya ni dok pakai tengkolok, tanjak bagai. Heheh memnag rare la jadinya. Jarang² orang pakai sekarang. Tapi sungguh nampak lagi bergaya bila pakai. Dok teringat juga cerita upin ipin tu heheh

  9. Wahhhh menarik! mmg dari hari tu duk carik tanjak kat Bilal tapi xtau mana nak carik. Pastu baca ni baru nak kata takut x dan nak beli, sekali alamat ya Allah dekat je ngan rumah mak. Bestt!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.