Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan

| |

Amboi Ambrosia! Lama tak jumpa!! Kemain. Hehe. Macam bersembang pula kita kan. Hehehe. Nama pun sedap dipanggil. Siang tadi Ruby berksempatan ke acara pelancaran Amboi Ambrosia di Giant Kota Damansara. Pelancaran ini adalah untuk memperkenalkan inovasi resepi yang boleh dicipta bersama Epal Ambrosia dan paling best demonstrasi masakan oleh Chef Antarabangsa iaitu Datuk Chef Wan. Memang seronok bila tengok Datuk Chef Wan memasak. Ruby pun dah rasa 3 resepi baru dari beliau.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan

Ruby selalu juga beli Epal Ambrosia di Giant Bukit Antarabangsa. Anak-anak Ruby suka makan epal ni sebab tidak terlalu manis. Warna epal ni cerah kemerahan merah jambu yang bercahaya dan berlatar belakang kuning berkrim. Epal asid rendah manis ini mempunyai aroma wangi yang enak dimakan pada bila-bila masa.

Rasa antarabangsa Epal Ambrosia digabungkan dengan masakan Malaysia klasik pada musim perayaan pasti memberi keistimewaan pada rumah terbuka nanti.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 1

Musim perayaan ini, Heartland Group meletakkan keunikan Malaysia pada epal mereka yang sangat disukai dengan kempen ‘Amboi Ambrosia’. Kempen ini memperkenalkan pengguna untuk memperluaskan inovasi masakan mereka dengan mempamerkan pelbagai cara yang menarik dan lazat bahawa Epal Ambrosia dapat dimasukkan ke dalam masakan Malaysia klasik.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 2

Mengulas mengenai kempen tersebut, Brendon Osborn, General Manger of Heartland Fruit berkata,

“Kami sangat teruja untuk memulakan kempen Amboi Ambrosia bersama rakan-rakan kami dari GCH Retail Malaysia. GCH Retail Malaysia adalah salah satu pasaraya yang mempunyai rangkain terbesar dan kami percaya kami dapat membawa lebih banyak rasa hebat kepada para pelanggan kami di sini dengan memperlihatkan banyak cara yang dinamik supaya Epal Ambrosia kami dapat disepadukan untuk memberikan hidangan kegemaran tempatan dengan rasa hebat tambahan! ”

Datuk Chef Wan Memperkenalkan Hidangan Hebat Bersama Epal Ambrosia

Untuk melancarkan kempen Amboi Ambrosia dalam keunikan sebenar rakyat Malaysia, chef masakan ikonik dan terkenal di Malaysia, Datuk Chef Wan mempamerkan tiga hidangan tradisional Malaysia bersama sentuhan Amboi Ambrosia™

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 3

Datuk Chef Wan menyiapkan tiga hidangan indah yang diilhamkan oleh menu masakan delikasi Malaysia iaitu Ambrosia Grilled Calamari Salad, Sup Tom Yum Pumpkin Bersama Epal Ambrosia dan Ambrosia Apple Chutney. Semuanya dipertingkatkan dengan citarasa Epal Ambrosia.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 4
Ambrosia Apple Chutney
Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 5
Sup Tom Yum Pumpkin Bersama Epal Ambrosia
Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 6
Ambrosia Grilled Calamari Salad

Bercakap tentang menggunakan epal dalam hidangannya, Chef Wan berkata,

“Kami sentiasa menikmati rasa yang enak dari Epal Ambrosia dan saya teruja dengan peluang ini untuk mencuba air tangan saya dalam menyediakan beberapa hidangan kegemaran rakyat Malaysia dengan epal yang lazat ini. Saya gembira untuk mengatakan bahawa ia hidangan hebat! Hidangan berasa luar biasa dan pastinya saya kata Amboi! ”

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 7

Keunikan Epal Ambrosia

Ditemui di British Columbia, Kanada dan kini ditanam di New Zealand, epal Ambrosia terkenal dengan rasa madu manisnya, tekstur halus dan isi lembut yang berjus.

Ia boleh dikenali dengan keadaan kulit licinnya dengan nada merah jambu dan aroma yang menyenangkan.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 8

“Epal Ambrosia adalah hasil kerja ajaib lebah ketika semi musim bunga. Kami ingin memikirkan ia sebagai hadiah dari langit, kerana perkataan “Ambrosia” sendiri bermaksud “makanan & minuman para Dewa dalam bahasa Yunani”, kata Brendon.

Epal yang lazat ini ditanam di bandar New Zealand South Island yang indah di Nelson, di sepanjang pantai timur Tasman Bay. Nelson telah menjadi pusat untuk epal di New Zealand sejak tahun 1913 dengan lebih daripada 40% epal New Zealand ditanam di kawasan itu.

“Nelson benar-benar merupakan tempat yang sempurna untuk penanaman epal yang terbaik, paling berjus dan paling enak. Ia mempunyai iklim yang indah yang sentiasa dimandikan dalam cahaya matahari lebih daripada 2,000 jam cahaya matahari secara tepat. Ini digabungkan dengan hujan yang rendah dan suhu waktu malam yang rendah, terima kasih kepada angin laut yang pantas, mewujudkan persekitaran yang ideal untuk epal segar, lazat, cantik dan sihat, “tambah Brendon.

Epal Heartland Group

Epal Ambrosia adalah produk yang dipatenkan oleh kaedah Heartland Group, Applecraft™ menguruskan setiap langkah kehidupan epal menerusi proses kualiti bersepadu yang ketat. Ini adalah teras kemampuan syarikat untuk menyampaikan beberapa epal terbaik dunia kepada pelanggan, setiap masa.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 9

Kumpulan Heartland terdiri daripada penanam epal yang berpangkalan di Nelson, New Zealand. Bersama-sama mereka menghasilkan pelbagai epal yang dipanggil epal Luv’ya™ melalui struktur bersepadu mereka yang unik yang merangkumi kebun mereka sendiri, rumah pembungkusan dan syarikat pemasaran yang membolehkan syarikat itu mempunyai kawalan penuh ke atas setiap bahagian perjalanan epal.

Epal lain di dalam kategori Luv’ya termasuk epal kegemaran semua seperti Royal Gala, Fuji dan Braeburn. Mereka juga menanam epal jenis lain seperti PinkLady™ yang manis dan popular, Eve™, dan Smitten™ yang berjus dan teguh di kalangan lain.

Dapatkan Epal Ambrosia Berdekatan Anda

Epal Ambrosia dan epal lazat lain dalam rangkaian Luv’ya™ boleh didapati di kedai GCH Retail Malaysia termasuk Giant Hypermarkets, Cold Storage dan Jason Food Hall serta peruncit utama lain.

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 10

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 11

Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan 12

Dijual pada harga RM 12.99 untuk 9 biji. Manakala RM 2.49 untuk satu biji. Dapatkan sekarang!

Previous

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Smart Order Dari WeChat Pay MY Memudahkan Anda Pesan Makanan Di Restoran

Next

19 thoughts on “Epal Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan”

  1. kena carila epal ni..belum pernah makan lagi..epal memg boleh buat masakan, kalau pandai buat memang sdap jadinya..suka tegk cerita masakn orang putih kadang guna epal untuk buat masakan

  2. sayangnya akak seorang yang phobia dengan epal , tapi kalau jus epal atau epal yang di blender akak suka minum…paling fobia dengan epal hijau ….hahaha rasa ngilu 1 badan tengok orang makan epal hijau..ni buat epal pie pun sedap kann

  3. first time tahu pasal epal ambrosia ni sebab selalunya tengok ataupun beli buah epal fuji je. curious dengan rasa sup tom yam pumpkin epal ambrosia & epal griled nampak sedap sangat.

  4. family huda memang peminat epal, dan memang selalu beli kat giant sebab epal jual kat giant memang fresh. ni ada epal ambrosia dengan rasa manis madu mesti anak-anak suka makan, dan boleh guna untyk buat menu masakan jugak. menarik!

  5. FIRST TIME TENGOK ORANG MASAK EPAL DALAM HIDANGAN. TAK SABAR NAK MENCUBANYA NANTI BILA BALIK KERJA. YANG PASTINYA NAK TRY EPAL AMROSIA DARI NEW ZEALAND NI.

  6. Nama epal tuh mnaja snagat tau. Tak sangka dari sebiji epal boleh divariasikan jadi oelbagai menu. Yang sup tuh tom yum oumpkin dnegan epal tu kan unik snagat. Macam tergikir eh epal pun boleh jadi sup ye

  7. Agak-agak harga sama je ke di setiap retail store tu? Rasa mcm Cold Storage mahal sket. Pernah juga gunakan epal untuk masakan ikan 3 rasa, then Ambrosia Grilled Calamari Salad tu nampak mengancam dan buat Bella nak try masak. Mesti best kan dengar celoteh Chef Wan. Kita suka tgk dia memasak.

  8. FIRST TIME DENGAR NAMA EPAL AMBOI AMBROSIA NI. UNIK BETUL NAMA. SEBELUM NI TAU GRANNY SMITH, GALA DAN FUJI JE HEHE.. EH LAMA TAK NAMPAK CHEF WAN, MACAM BEST PULAK RESEPI DIA TU. BOLEH LA TRY NANTI. TAK PERNAH TRY LAGI RESEPI MASAKAN GUNA EPAL

  9. amboi3… haha first time tau ada epal namanya mcm ni. first time jugak tau yg epal boleh digunakan untuk mcm2 resepi. menariknya. harganya pun berpatutan. in shaa Allah akan pergi beli.. mak saya mmg peminat epal.. mesti dia suka

  10. comel je nama epal tu. Tapi ni first time kita dgr tentang epal ni Tau. Mesti sedap kan rasa dia.
    Tgk masakan chef wan tu pulak jadi terliur kita. Bagus masukkan buah dlm masakan especially untuk anak2 yg susah makan buah kan.

  11. wah nama dia amboi ambrosia..igtkan apalah tadi..epal rupanya..sebenarnya byk jugak resepi boleh guna epal ni..tp tomyam tu npk sedaplah pulak..nti nak terjah giantlah nak borong epal hihi

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.