KLOOK Memudahkan Anda Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia

| |

KLOOK Memudahkan Anda Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia. Assalammualaikum semua! Ruby nak berkongsi tentang aplikasi yang memudahkan anda semasa travel. Apabila kita merancang plan pengembaraan, pasti anda perlu sediakan aktiviti agar mudah semasa tiba di destinasi. Betul kan? Kebiasaannya kita akan masuk ke website rasmi tempat tersebut dan membeli tiket secara terus. Tahu tak anda boleh dapatkan tiket tersebut dengan harga lebih murah di KLOOK? Malah, di KLOOK lebih banyak pilihan. Jika anda datang ke Kuala Lumpur, anda hanya perlu taip carian nama kawasan atau lihat apa yang dicadangkan oleh KLOOK. KLOOK akan mencadangkan aktiviti bergantung kepada lokasi “NEARBY” anda pada ketika itu. Hebat kan? Tiket aktiviti? Travel Pass atau Wifi serta Kad Sim? Serahkan kepada KLOOK.

KLOOK Memudahkan Anda Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia

Rakyat Malaysia sangat suka ke Japan, Hong Kong dan Korea. Manakala top aktiviti adalah mereka suka ke Theme Park dan meneroka sendiri dengan Travel Pass. Apabila difikirkan balik, memang Ruby suka lakukan semua perkara tersebut. Suka melihat seni dan budaya negara yang dikungjungi. Malah, makanan adalah subjek ke tiga dalam list pengembaraan Ruby. Apa yang utama adalah kad sim atau wifi. Kemudian pengangkutan di negara tersebut. Ruby tidak mahu kerap menggunakan teksi, uber dan grab. Lebih suka menaiki pengangkutan awam seperti keretapi yang jauh lebih murah. Kemudian baru mencari aktiviti yang bersesuaian. Seterusnya makanan kebiasaannya dah siap-siap bawa yang kering dari Malaysia.

Semua diatas ini akan terlaksana dengan jayanya apabila anda beli awal di KLOOK. Bukan dah sampai di negara tersebut baru nak kelam-kabut beli tiket. Rancang awal adalah yang terbaik. Kita nak travel dengan lapang minda kan? Lihat video di bawah dan anda boleh rasai sendiri betapa mudahnya melancong bersama KLOOK.

KLOOK : KEEP LOOKING

Dulu Ruby terfikir apa maksud KLOOK. Sebab jenama sekarang semuanya nama unik dan mudah diingati. Semasa meneroka pejabat baru KLOOK, Ruby diberi pendedahan dari mana nama KLOOK ditemui dan mereka terangkan bahawa singkatkan nama itu dari Keep Looking kepada KLOOK.

Klook Travel Technology (‘Klook’), sebuah platform menempah aktiviti dan perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di dunia telah merasmikan sebuah pejabat bersepadu yang baharu di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan keluasan melebihi 15,000 kaki persegi, hab baharu Klook yang terletak di KL Eco City ini akan menggabungkan fungsi utama organisasi meliputi pembangunan perniagaan, perkhidmatan korporat, pemasaran, dan pengendalian perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK

Sejak 2017, Klook telah memenuhi keperluan pelanggan pelancongan gaya bebas dan tersendiri (FIT) Malaysia yang pantas berkembang di dalam dan di luar negara. Dengan penggunaan peranti mudah alih, syarikat ini telah berjaya membangunkan pendigitalan aktiviti, tarikan dan pelancongan tempatan menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan seperti Aquaria KLCC dan KLIA Ekspres, sehinggalah lawatan berpandu di Pulau Pinang dan kembara ke pulau-pulau di Sabah. Sehingga kini, Klook sudah menerima penyertaan lebih daripada 500 tarikan dan aktiviti tempatan.

Pejabat Baharu KLOOK Di KL ECO City

Premis baharu ini bakal menempatkan unit perkhidmatan pelanggan yang terbesar di rantau ini. Unit yang dianggotai lebih daripada 100 penutur berbilang bahasa, secara keseluruhan 8 bahasa ini bersedia untuk memberi bantuan kepada pelanggan melalui pelbagai saluran siang dan malam.

“Sewaktu kami mula mengorak langkah di Malaysia, fokus utama kami ialah taman tema dan tarikan pelancongan utama di negara-negara seperti Hong Kong, Macau, Singapura dan Jepun. Namun seiring dengan perkembangan perniagaan kami, kami menyedari bahawa pelancongan domestik di Malaysia juga sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. lni satu isyarat yang jelas bahawa kami perlu mempergiatkan lagi perniagaan kami dengan memperkembangkan tawaran perkhidmatan serta tenaga kerja kami di sini,” Ujar Marcus Yong, Pengarah Pemasaran Serantau Klook di Asia Tenggara.

Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK

“Pejabat baharu di Malaysia ini bakal memperkukuh operasi Klook dengan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, sejajar dengan pendekatan berpusatkan pengguna yang kami amalkan. Reka letak pejabat bersepadu ini membolehkan kami merapatkan hubungan dengan kakitangan, bekerja sama dengan ejen dan penyedia perkhidmatan serta memenuhi keperluan pelanggan. Malah, dengan jumlah kakitangan yang semakin ramai, kami perlu memastikan ruang yang ada mencukupi untuk mereka memantapkan diri. Oleh itu, kami memperuntukkan ruang tertentu demi menampung perkembangan tenaga kerja pada masa depan,” tambah Encik Yong.

Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK

Bilik Mesyuarat Inspirasi Dari Bandar Di Malaysia

Persekitaran di dalam pejabat KLOOK sangat menyegarkan. Jika anda bekerja di sini pasti menyukai suasana begini. Anda boleh duduk di mana-mana untuk melaksanakan kerja harian anda. Kemudian apabila memerlukan perbincangan di kalangan ahli jabatan, anda boleh masuk ke bilik yang disediakan. Terdapat 6 bilik mensyuarat diberi nama mengikut kod IATA Airport iaitu KUL (Kuala Lumpur), PEN (Penang), JHB (Johor Bahru), BKI (Kota Kinabalu), KCH (Kuching) dan LGK (Langkawi). Malah bilik ini berteknologi tinggi. Sebab, mereka menggunakan sistem bilik mesyuarat yang mempunyai jarak masa penggunaan. Kalau mesyuarat 2 jam, set kepada 2 jam dan pekerja KLOOK yang lain boleh tetapkan masa seterusnya. Jadi, tiada masalah mesyuarat dibatalkan sebab bilik sedang digunakan. Client menunggu di luar terlalu lama dan sebagainya. Masa itu emas!

Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK

Mudah Menggunakan KLOOK

Dengan perkembangan pelancongan gaya bebas dan tersendiri (FIT), pengguna beralih arah daripada pakej pelancongan umum dan mula mengatur perjalanan mereka sendiri. Kajian yang dijalankan Klook menunjukkan rakyat Malaysia lebih menggemari perjalanan gaya bebas dan tersendiri bagi melakar pengalaman masing-masing. Selain itu, terdapat sinergi yang jelas antara strategi mudah alih Klook dengan pengguna Malaysia, apabila lebih daripada 70% tempahan yang diterima datangnya daripada peranti mudah alih, dengan peningkatan tempahan hari yang sama sebanyak 25% berbanding dengan tahun lepas.

Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK

“Klook sentiasa menetapkan matlamat untuk memperkasa pelancong dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang terbaik dan pejabat baharu ini membantu kami merealisasikan matlamat ini. Sepanjang tahun lepas, kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menganjurkan acara eksklusif seperti … dan Marvel Exhibition di Malaysia dan kami berhasrat untuk mengekalkan momentum sedemikian.”

Klook Travel Fest 2019

Buat masa yang terdekat, Klook masih giat mengembangkan industri pelancongan tempatan melalui penganjuran Klook Travel Fest 2019. Bakal diadakan pada 28 dan 29 September ini di MiTEC, acara hujung minggu besar-besaran ini akan menawarkan pakej pelancongan hebat khusus buat rakyat Malaysia. Festival itu turut disertai industri pelancongan, serta ejen berpremis dan penggaya tempatan melalui perkongsian strategik. Pengunjung bakal disajikan dengan persembahan, bengkel kembara, permainan yang menarik, serta banyak lagi.

Mudahnya Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia Bersama KLOOK

Mengenai Klook

Ditubuhkan pada tahun 2014, Klook merupakan platform menempah aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di dunia. Platform ini memudahkan pengguna untuk mencari dan menempah tempat yang menarik, pakej lawatan, pengangkutan tempatan, makanan terbaik, dan pengalaman unik di seluruh dunia melalui laman web dan aplikasi mudah alih (yang merangkul anugerah Best Year daripada Google Play dan Apple App Store secara berturut-turut). Dengan teknologi terkini yang ditawarkan Klook, pengguna boleh menempah dan menebus perkhidmatan melalui e-baucar dengan kod QR khusus secara terus. Setiap hari, Klook memperkasa berjumlah-jumlah pelancong untuk menikmati keseronokan dan pengalaman yang tak terduga melalui beratus ribu tawaran di lebih daripada 300 destinasi.

Dengan beribu kakitangan yang ditempatkan di lebih 20 pejabat di seluruh dunia, perkhidmatan Klook boleh didapati dalam sembilan bahasa dan dilanggani dengan menggunakan 41 mata wang. Syarikat ini berjaya meraih dana pelaburan melebihi AS$520 juta daripada pelabur terkemuka di dunia termasuklah Sequoia Capital, Softbank Vision Fund, Matrix Partners, Goldman Sachs, dan TCV.

www.klook.com
www.facebook.com/klookmy
www.instagram.com/klooktravel

Previous

Bungkus of Happiness Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Impian Anak Anda Bakal Menjadi Kenyataan Bersama Chewies

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.