Selebriti Ikon Umrah De Hearty 2019 Ingin Lebih Dekat Membantu Jemaah

Selebriti Ikon Umrah De Hearty 2019 Ingin Lebih Dekat Membantu Jemaah. Assalammualaikum semua. Sekarang ni kalau nak ke Umrah, dah semakin mudah. Anda hanya perlu mencari agensi pelancongan yang bertauliah seperti Maad Travel & Tours Sdn Bhd. Anda boleh beramal ibadat tanpa perlu fikir tentang tempat penginapan, makanan, nak kemana lepas tu atau persiapan untuk anda semua dah lengkap disediakan oleh mereka. Paling seronok anda juha ditemani oleh selebriti yang sangat peramah. Hehe

Selebriti Ikon Umrah De Hearty 2019 Ingin Lebih Dekat Membantu Jemaah

Umrah bersama artis/selebriti telah menjadi tradisi masyarakat kita di Malaysia, bertujuan untuk menarik lebih ramai peminat atau orang ramai untuk mengerjakan umrah. Secara tak langsung artis atau selebriti itu sendiri akan memotivasikan diri mereka sebagai ikon masyarakat yang mempunyai hala tuju dalam mengharungi arus kehidupan dalam bidang hiburan.

Ikon Umrah De Hearty 2019

Banyak perubahan positif dalam industri hiburan tanah air apabila ramai artis yang berhijrah selepas mengerjakan umrah. Lantas menjadi tanggungjawab Maad Travel & Tours Sdn Bhd memberi kepercayaan dan peluang kepada tiga selebriti yang tidak asing lagi dalam industri hiburan kita iaitu Azadan Rabbani, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Azhan Rani yang popular menerusi drama Nur dan Nur 2.

Ustaz Azadan Rabbani Bersedia Menggalas Tanggunjawab Sebagai Mutawif

Azadan Abdul Aziz dari kumpulan nasyid Rabbani pula sememangnya sudah biasa menggalas tanggungjawab sebagai mutawif dan ketua rombongan umrah dengan beberapa travel agensi sebelum ini secara perseorangan dan juga bersama Rabbani.

Pastinya Umrah para jemaah akan lebih bermanfaat melalui ilmu dan pengalaman ustaz. Tambahan pula Ustaz Azadan Rabbani sentiasa menjadi Ikon kepada peminat semua. Penampilannya, perniagaannya dan cara beliau melayan peminat juga amat ramah. Ia adalah kelebihan yang tidak asing lagi dari Ustaz Azadan Rabbani.

Ustaz Mahadi @ En Azhan Rani Berbesar Hati Menerima Peluang & Tanggungjawab Sebagai Ikon Umrah De Hearty 2019

Ikon Umrah De Hearty 2019

Menurut Azhan, tawaran daripada Maad Travel & Tours Sdn Bhd bagaikan ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ kerana dia memang berhasrat untuk mengerjakan umrah buat kali kedua selepas pergi ke sana buat kali pertama pada 2007.

“Saya memang berhasrat untuk ke Tanah Suci pada hujung tahun ini dan tawaran ini datang tepat pada masanya. Selepas mengerjakan umrah buat kali pertama, saya berasa rindu untuk ke sana lagi, Alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan niat saya itu. Kesempatan mengerjakan umrah ini juga adalah peluang untuk saya berehat seketika daripada jadual kerja yang padat selain dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan fokus kepada urusan ibadah di sana,” katanya.

Noorkhiriah Bersyukur Terpilih Sebagai Ikon Umrah De Hearty 2019

Noorkhiriah pula berkata, dia bersyukur dengan tawaran itu dan berhasrat untuk membawa suami serta dua anaknya mengerjakan umrah bersama-sama.

“Rezeki yang datang ini memang sukar di tolak kerana mereka yang pernah pergi ke sana, sentiasa berasa rindu untuk ke rumah Allah SWT itu. Saya dan suami memang berhasrat untuk membawa anak-anak mengerjakan umrah kerana mereka pun dah besar, jadi mereka sudah boleh faham tujuan ke sana adalah untuk beribadah kepada Allah SWT,” katanya.

Pemilihan Ikon Umrah De Hearty 2019 Berdasarkan Komitmen

Pemilihan artis yang dibuat oleh Maad Travel & Tours Sdn Bhd berdasarkan komitment artis yang sudi untuk memberi kerjasama selain masing masing mempunyai peminat dan kenalan sendiri. Atas kerjasama ini pihak syarikat telah memilih tajuk pakej umrah ini iaitu UMRAH DE HEARTY bersesuaian dengan hadis pertama daripada Himpunan Hadith Arba’in susunan Imam Nawawi.

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya:

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’”

(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan berpandukan hadis tersebut pihak penganjur Maad Travel & Tours Sdn Bhd yakin dengan bekerjasama dengan artis dan selebriti tidak salah malah ia menjadi penyebab untuk kebaikan kepada semua pihak.

Umrah Musim Sejuk Bermula Oktober Hingga Disember 2019

Pihak penganjur mensasarkan 1,000 jemaah Umrah De Hearty hujung tahun ini bermula Oktober hingga Disember 2019. Alhamdulillah setakat ini hampir 400 orang sudah mendaftar dengan Maad Travel & Tours Sdn Bhd. Pakej kami sangat berpatutan. Jemaah umrah akan dapat menginap di hotel 5 bintang dan berdekatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Perkhidmatan mesra pelanggan khusus untuk warga tua dan mereka yang keuzuran. Pihak travel juga melantik mutawif yang berpengalaman daripada Malaysia, pihak penganjur yakin semua jemaah Umrah De Hearty akan berpuas hati melaksanakan ibadah umrah bersama keluarga dan juga rakan.

Ikon Umrah De Hearty 2019

Pakej Lengkap Umrah De Hearty Dari Maad Travel & Tours Sdn Bhd

Pelbagai keistimewaan yang jemaah Umrah De Hearty akan dapat antaranya:

1. Jarak hotel yang dekat 100 meter
2. Penginapan hotel 5 bintang
3. Masakan Malaysia
4. Bimbingan Umrah 4 kali
5. Lawatan ke Taif
6. Dua bagasi
7. Kain ihram/ telekong
8. Mutawif dari Malaysia
9. Dua kali solat Jumaat
10. Tiada cas tambahan
11. Penerbangan terus
12. Juadah nasi unta
13. Fullboard Makkah dan Madinah
14. Mendaki Gua Hira

MAAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
PAKEJ UMRAH DE HEARTY
Alamat : 8A, Jalan Flora 1/10, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim.
Nombor Telefon : 07-2895212 / 016-2771717
Email : umrahdehearty@gmail.com

Facebook :
www.facebook.com/umrahdehearty
www.facebook.com/MAADTRAVEL/

Instagram :
www.instagram.com/umrahdehearty
www.instagram.com/maadtravelmsdnbhd

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.