Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa. Assalammualaikum semua! Ruby ada berita gembira ingin dikongsikan dengan kalian semua. Siapa yang ada aplikasi Mislim Pro? Aplikasi ini kita guna untuk dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Dari waktu azan, penentu arah Kiblat, Surah Al-Quran, waktu berbuka Puasa, quotes Islamik, makanan Halal dan macam-macam lagi. Malah Telekung Siti Khadijah juga anda boleh beli melalui aplikasi Muslim Pro! 1 Stop Islamik Hub!

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Sepanjang Ruby menggunakan aplikasi Muslim Pro, Ruby sentiasa merujuk aplikasi semasa selepas solat, di dalam kenderaan awam semasa pergi atau balik kerja. Kadang-kadang Ruby hanya tekan Play untuk dengar bacaan surah Al-Quran dan terjemahan di dalam rumah. Alhamdulillah hanya menggunakan Muslim Pro, terlaksana Ruby punya Quran Hour.

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Pengacara dan usahawan Neelofa mengumumkan kerjasama perdana beliau bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.

Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara Neelofa sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, Lofa akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang Lofa ada ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan laman Makna By Lofa dalam aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Juzuk 30 Surah An-Naba Sebagai Permulaan

Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.

“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.

“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” katanya lagi.

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Makna By Lofa

Neelofa turut menambah, dia berasa sangat gembira kerana perjalanan mewujudkan Makna By Lofa dipermudahkan.

“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan. Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.

Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.

“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan oleh semua, insya-Allah,” ujarnya.

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Buat pengetahuan semua, buku yang digunakan sebagai rujukan mereka ialah ‘Mushaf Tajwid oleh Abdullah Muhammad Basmeih’

Aplikasi Muslim Pro Mempunyai 74 Juta Pengguna Di Seluruh Dunia

Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.

Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata: “Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu. Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa 1

“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk dengan kerja,” katanya.

Muat Turun Aplikasi Sekarang!

Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa 2

Google Play Store

Apple Store

www.instagram.com/muslimproapp

www.facebook.com/muslimpro

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.