HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

HUAWEI nova 5T dilancarkan secara global. 5T Lima AI Kamera 48MP, prestasi perdana dengan Dual NPU, rekaan bergaya dan hanya pada harga RM1,599. Assalammualaikum semua! Wah pelancaran telefon pintar HUAWEI nova 5T sangat meriah! Persembahan dari selebriti dan pertunjukan fesyen menampilkan kelainan dari pelancaran telefon pintar yang lain. HUAWEI nova, ia untuk semua. Apa sahaja keperluan anda untuk mendapat hasil gambar menarik, melakukan kerja melalui telefon pintar ini pasti diinginkan walaupun ia adalah telefon pintar kelas pertengahan. Harga amat berpatutan! Jom baca apa yang menarik tentang telefon pintar ini.

HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

HUAWEI hari ini melancarkan tambahan terbaru kepada siri telefon pintar nova iaitu HUAWEI nova 5T secara global. Dikenali sebagai peranti hiburan yang bergaya dengan prestasi dan ciri-ciri kamera yang hebat, HUAWEI nova 5T tiba di Malaysia pada harga RM1,599. Semasa pelancaran, kelainan ditampilkan oleh Huawei dengan menampilkan beberapa selebriti terkenal untuk menjelaskan fungsi-fungsi yang terdapat di HUAWEI nova 5T.

HUAWEI nova 5T

HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599
Dari kiri Pinda Panda; Hazeman Huzir; Encik Matthew Ng, Deputy Country Director, Consumer Business Group HUAWEI Malaysia; Pinda Panda; Azira Syafinaz dan Mark O’Dea.

Selebriti Azira Syafinaz berkongsi tentang fungsi kamera, Mark O’Dea pula menerangkan fungsi betapa mudahnya menggunakan HUAWEI nova 5T untuk kerja seharian. Prestasi hebat yang ditampilkan adalah fungsi Video Ringtones yang lain dari yang lain. Gambar dan dokumen boleh dikongsi secara langsung ke laptop HUAWEI. Kemudian pemain game Pinda Panda turut berkongsi fungsi menjawab talian semasa main game dan pengalaman bermain game tanpa gangguan paparan.

Hazeman Huzir dan Maggy Wong juga menerangkan rekaan HUAWEI nova 5T yang trendy dan nipis. Mudah disimpan di dalam bag, poket seluar atau dipegang untuk ambil gambar.

Fungsi Kamera 5T Lima AI

HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan kamera Lima AI – kamera quad di belakang dan kamera selfie depan 32MP. Persediaan kamera empat di belakang HUAWEI nova 5T terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 16MP, kamera makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP. HUAWEI nova 5T juga mempunyai Mod Super Night AIS yang membenarkan pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah yang mencabar – memastikan pelbagai fleksibiliti untuk memberi inspirasi kepada setiap momen anda.

HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599 HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

Kamera selfie depan 32MP disembunyikan di bawah 6.26 inci “All-View Display”. Hasilnya, keseluruhan skrin menyampaikan pengalaman tontonan semula jadi dan sempurna. Pengguna juga boleh menangkap selfies terbaik dengan sudut baru. Resolusi tertinggi adalah 2340 x 1080.

Prestasi nova 5T Dikuasakan Oleh Kirin 980

Di tengah-tengah nova 5T adalah chipset AI 7nm pertama di dunia, chipset perdana HUAWEI, Hisilicon Kirin 980 Octa-core 2.6GHz. Kuasa Kirin 980 dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB ROM yang mempunyai teknologi storan UFS 2.1 ultra cepat. Dengan dual-NPU chipset, ia membolehkan ciri-ciri seperti “Spotlight Reel”, yang secara automatik boleh menganalisis melalui video RAW yang pengguna rekod, mengenal pasti rangka terbaik objek yang dipilih untuk perhatian, dan menghasilkan objek klip eksklusif 10-15 saat. Kad Sim telefon pintar ini menggunakan Dual nano SIM dan tiada ruang storan tambahan disediakan. Ini kerana storan memori dalaman telah tersedia sehingga 128GB! Hebatkan?

HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

Teknologi SuperCharge

HUAWEI nova 5T dikuasakan oleh bateri 3750mAh dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W yang membolehkan bateri dicas sehingga 50% hanya dalam tempoh 30 minit. HUAWEI nova 5T juga dilengkapi dengan versi EMUI 9.1 yang dipertingkatkan. Ia dapat meningkatkan kualiti gaya hidup pengguna melalui pengalaman hiburan walau dimana-mana sahaja.

HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

Reka Bentuk Bergaya Untuk Si Trendsetters

Lihat dan rasa HUAWEI nova 5T mewakili inovasi dinamik dalam industri telefon pintar. 6.26 inci “All-View Display” menawarkan nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan sebanyak 91.7%. Lancar untuk menyentuh semua aspek, HUAWEI nova 5T berada di garis depan trend dengan tipografi nova baru yang direka khas monogram pada Midsummer Purple yang eksklusif. Saiz HUAWEI nova 5T adalah 154.25mm x 73.97mm x 7.87mm, berat lebih kurang 174g

HUAWEI nova 5T boleh didapati dalam tiga warna menarik yang direka bentuk kaca 3D Holografik – Midsummer Purple, Crush Blue dan Black. Juga direka untuk keselesaan pengguna untuk memegangnya. HUAWEI nova 5T mengintegrasikan sensor cap jari di sisi telefon pintar yang membolehkan operasi mudah dengan satu tangan tanpa mencomotkan keseluruhan telefon pintar. Sebagai contoh, jika anda sedang makan, memasak atau melakukan projek seni.

HUAWEI nova 5T HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

Pra-Pesanan Untuk Nikmati Hadiah HUAWEI Eksklusif

Dengan prestasi perdana, ciri kamera dan reka bentuk abadi, HUAWEI nova 5T tersedia untuk pra-pesanan bermula dari 29 Ogos 2019 di Kedai Rasmi HUAWEI Online [www.shop.huawei.com/my/] dan pra- menempah laman web [www.nova5tpreorder.3ex.com.my].

HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599

Pra pesanan yang dibuat antara 29 Ogos 2019 hingga 5 September 2019 akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM325; terdiri daripada sepasang mini speaker HUAWEI dan pengecas dalam kereta HUAWEI SuperCharge. Pengguna yang membeli selepas tempoh pra-pesanan akan berhak menerima pengecas dalam kereta Super HUAWEI. Sehingga stok masih ada!

HUAWEI juga menawarkan jaminan tambahan selama 1 tahun kepada pengguna yang membeli HUAWEI nova 5T bermula 29 Ogos 2019 hingga 31 September 2019. Setiap pembelian HUAWEI nova 5T tersedia bersama

  • 1 unit HUAWEI nova 5T
  • 1 unit Earphone
  • 1 unit Casing
  • 1 unit Screen Protector Film
  • 1 unit Charger
  • 1 unit USB cable
  • 1 nota Quick Start Guide
  • 1 nota Safety Information

Kali ini, HUAWEI bukan sekadar memberi hadiah kepada pra-tempahan nova 5T, tetapi juga memberi keistimewaan yang tidak berkesudahan. Dengan HUAWEI nova 5T, pengguna dapat menikmati dan menebus promosi dari tawaran daripada rakan-rakan HUAWEI yang disenaraikan melalui “Member Center App”. HUAWEI Malaysia juga menawarkan pengguna nova “Level-up Program”. Program akan tersedia bermula 7 September 2019 dan seterusnya di HUAWEI Stores.

Jom lihat HUAWEI nova 5T secara dekat di lokasi berikut :

  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya: Aug 3 – Sept 2, 2019
  • Paradigm Mall, Johor Bahru: Aug 29 – Sept 2, 2019
  • Imago, Kota Kinabalu: Aug 29 – Sept 1, 2019
  • The Spring, Kuching: Aug 29 – Sept 1, 2019
  • KB Mall, Kota Bharu: Aug 29 – Aug 31, 2019
  • Sunway Carnival Mall, Perai: Sept 3 – Sept 5, 2019

Mengenai HUAWEI Business Group

Produk dan perkhidmatan HUAWEI tersedia di lebih daripada 170 negara dan digunakan oleh satu pertiga penduduk dunia, menduduki tempat ketiga di dunia dalam penggunaan telefon bimbit pada tahun 2014. 16 pusat R&D telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India, dan China. HUAWEI Consumer Business Group adalah salah satu daripada tiga perniagaan HUAWEI yang meliputi telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti rumah dan “cloud services”. Rangkaian global HUAWEI dibina dengan 20 tahun kepakaran dalam industri telekom dan didedikasikan untuk memberikan kemajuan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

www.consumer.huawei.com/my
www.facebook.com/HuaweimobileMY
www.instagram.com/huaweimobilemy
www.twitter.com/HuaweiMobileMY
www.youtube.com/YouTubeHUAWEIMobileMY

 

17 thoughts on “HUAWEI nova 5T Dilancarkan Secara Global Pada Harga RM 1,599”

  1. liez baru je tukar hp sebulan yang lepas. aduhhhhh harga lebih kurang je.. tapi macam spec huawei nova 5T ni lagi cun.. huhuhu nape la lambat sangattttttt!!! lIEZ BELI HP PENTINGKAN FUNGSI CAMERA DAN STORAGE YANG BESAR.. SBB CONFIRM GAMBAR BERIBU-RIBU

  2. Huaa.. Bestnya huawei baru ni. Dengan kamera yang banyak, GB besar, Rom pun besar, memang terbaik la.
    Harga yang ditawarkan pun berpatutan sangat tu. Siapa yang dah mengidam tu bolehlah dapatkan nanti.

  3. untuk spesifikasi yang ditawarkan oleh huawei bagi peranti mereka yg terbaru nie dengan harga sebegitu adalah sangat berbaloi dan mampu milik. no wonder lah huawei semakin emndapat tempat di hati pengguna. spesifikasi tiptop dan harga mampu milik.

  4. Waalaikumussalam ruby. Hai, nama kita sama ?

    Huawei dah lancarkan smartphone yang baru dah. Tahniah.

    Ada yang cakap kat group, paling banyak smartphone. Huawei lah paling cantik bila ambik gambar. Ruby skrg guna samsung je.

    Wahh, cas 30 minit dah separuh baterinya. Menarik?

  5. Kita adalah pengguna Huawei dan satu jer kita tengok pada produk telefon huawei ni memang ia tahan lasak dan kita punya tu pun masih utuh lagi guna hehehee. Harga pula tengok sangata berbaloi untuk orang baru start study atau baru kerja nak guna phone yang memudahkan urusan harian dan juga kerja..

  6. Camera belakang dah la 4. Lepastu camera depan 32MP? Habis kantoi nampak liang pori yg besar ni hahaha. Tergoda laaa macam nak upgrade nova 5t. Nur pengguna huawei juga. Tapi nova 3 je hihi

  7. wahhh banyak free gift huawei bagi bila purchase hp nova ni. Tak familiar sangat dengan nova, selalu nampak iklan hana delisha je. Terbaik lah camera sampai 4, unlock pun guna cap jari kat tepi hp

  8. Wah..huawei model terbaru da keluar la..macam tau2 je nad tgh usha2 phone..nmpk spesifikasi huawei nie menarik..mugkin boleh dipertimbangkan untuk beli nie..

  9. wah… camera jer sampai 4! aduhai 🙂
    terbaik lah ni utk yg pencinta amik gambar mcm kita kan, ruby.
    so far, aida puas ati dgn phone skang.
    beli ari tu pun seribu lebih…
    now, teknologi smartphone ni mencanak2 naik nyer.
    selang sebulan kot pasti ada phone dgn spesifikasi baru yg lebih ummph!

  10. Wahhh baru keluar ye huawei nova 5t … baru bercadang nak beli huawei nova 4e.. ni dah keluar 5t pulak.. memang nak kena kumpul duit lebih sikit la nampaknya.. heee.. baik beli yang the latest dan berbaloi lagi kan..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.