Jakel Shah Alam Membekalkan 67,000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Datuk Sri Ikmal Parlimen Tanah Merah

Jakel Shah Alam Membekalkan 67,000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Datuk Sri Ikmal Parlimen Tanah Merah. Assalammualaikum semua! Pada 30 Ogos 2019 di Jakel Shah Alam telah berlangsung acara majlis MoU diantara Jakel Shah Alam dan Parlimen Tanah Merah. Ini adalah usaha murni Ahli Parlimen Tanah Merah dalam menghargai pengundi di sana. Tidak kira bangsa, agama dan pengundi mana-mana parti politik. Ini adalah program tahun ke tujuh dilaksanakan oleh YB Datuk Sri Ikmal Hisham.

Jakel Shah Alam Membekalkan 67,000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Datuk Sri Ikmal Parlimen Tanah Merah

67,000 pasang kain jenis Washable Silk akan diberikan kepada 67,000 pengundi Parlimen Tanah Merah, Kelantan. Ia sebagai menghargai pengundi yang menyokongnya hingga terpilih sebagai Ahli Parlimen buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Selain itu, pemberian kain pasang Washable Silk ini juga sebagai tanda kesyukuran di atas pembinaan projek persimpangan bertingkat bernilai RM150 juta yang bakal siap sepenuhnya dalam masa beberapa bulan ini.

Dengan adanya persimpangan bertingkat di kawasan itu, masalah kesesakkan lalu lintas luar biasa terutama pada waktu kemuncak akan selesai. Malah pengguna juga tidak tidak perlu lagi berhenti di lintasan kereta api di tengah-te­ngah bandar tersebut sekurang-kurangnya 12 kali sehari seperti sebelum ini. Selain itu, persimpangan ber­tingkat tersebut juga bakal memudahkan pengguna apabila ti­dak perlu lagi melalui kawasan bandar sekiranya hendak ke mana-mana di sekitar daerah ini.

Jakel Shah Alam Membekalkan 67,000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Parlimen Tanah Merah

YB Datuk Sri Ikmal Hisham, berkata “pemberian kain Washable Silk Jakel akan dilakukan secara berperingkat di semua tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen bermula hujung September hingga akhir tahun ini. Ini adalah tahun ke-7 saya memberi sumbangan kepada pengundi Parlimen Tanah Merah. Tahun ini lebih meriah dengan pemberian kain jenis Washable Silk Jakel. Pemilihan kain kali ini adalah kain pasang pelbagai warna tanpa corak. Ia sesuai dipakai oleh semua bangsa sama ada lelaki dan perempuan. Malah, mereka boleh cipta rekaan pakaian tersendiri.”

Beliau meneruskan lagi, “Pemilihan Jakel adalah kerana kualiti kain, jenama eksklusif yang dikenali ramai dan saya ingin menyokong perniagaan Bumiputera. Buat pengetahuan anda semua, Jakel adalah pemimpin perniagaan Tekstil Bumiputera utama di Malaysia. Maka pemilihan jenama juga memainkan peranan, agar saya terus memberi sesuatu yang berkualiti kepada rakyat. Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih rakyat, saya akan memberi fokus terhadap agenda utama iaitu untuk terus memajukan Tanah Merah supaya setanding dengan Parlimen lain”.

Jakel Shah Alam Membekalkan 67,000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Parlimen Tanah Merah

Pengarah Urusan Jakel Shah Alam; Tuan Haji Mohamed Izani bin Mohamed Jakel berkata “Pihak kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ahli Parlimen Tanah Merah dalam membekalkan kain pasang jenis Washable Silk. Ia membabitkan kos lebih RM 2 juta dan kami berterima kasih kepada YB Datuk Sri Ikmal Hisham kerana memilih Jakel. Ini bukan kali pertama kami menjalin kerjasama, sebelum ini kami juga pernah bekerjasama membekalkan 60,000 pasang baju raya kepada YB Datuk Sri Ikmal Hisham untuk penduduk Tanah Merah pada 2017”.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jakel Shah Alam dan Parlimen Tanah Merah. MoU ditandatangani oleh Ahli Parlimen Tanah Merah; YB Datuk Sri Ikmal Hisham bin Abd Aziz dan Pengarah Urusan Jakel Shah Alam; Tuan Haji Mohamed Izani bin Mohamed Jakel. Semoga usaha murni ini diteruskan setiap tahun oleh YB Datuk Sri Ikmal Hisham bin Abd Aziz.

Jakel Shah Alam Membekalkan 67,000 Pasang Kain Washable Silk Kepada Parlimen Tanah Merah
Mengenai Tanah Merah, Kelantan

Daerah Tanah Merah atau panggilan lain Tanah Merah atau Laterit. Manakala sebutan bagi rakyat Kelantan adalah Tanoh Meghoh adalah daerah di negeri Kelantan iaitu timur laut Malaysia. Kawasan bandar Tanah Merah terletak di sepanjang Sungai Kelantan. Ia bersempadan dengan Daerah Pasir Mas di utara, Daerah Machang ke Timur, Daerah Kuala Krai ke Tenggara, Daerah Jeli ke Barat Selatan dan Thailand di Barat.

Sejarahnya ia menjadi ibu kota kerajaan bernama Chi Tu. Dinasti Sui Cina pada abad ke-7 menggambarkan kerajaan maju bernama Chi Tu (“Bumi Merah”) di kawasan yang kini dikenali sebagai Kelantan. Nama purba untuk Kelantan adalah “Raktamrittika”, yang bermaksud “Bumi Merah” – kemudian diubah menjadi “Sri Wijaya Mala”.

Jualan JUMBO JAKEL

Jakel sedang mengadakan Jualan Jumbo setahun sekali sehingga 16 September ini bagi menghargai pelanggan setia Jakel. Jakel memberi harga runtuh serendah RM0.90 sen semeter Chiffon, Baju Melayu RM 49 sepasang, Kurta RM 29 sepasang, Lace Serendah RM 19.90 semeter, Songket RM 19 semeter dan banyak lagi harga runtuh menanti anda!

Jakel Jumbo Sale Shah Alam

Jakel Jumbo Sale Shah Alam

Mengenai Jakel

Kumpulan Jakel ditubuhkan 36 tahun yang lalu iaitu January 1983 oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar, Johor dengan hanya dua orang pembantu. Dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera, Jakel bermula sebagai pembekal fabrik yang berurusan dengan peniaga-peniaga kecil di kawasan mereka. Mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada 1985 yang diikuti dengan tambahan modal berbayar sebanyak RM30,000 telah menukar perniagaan Jakel kepada sebuah peruncit. Walaupun krisis ekonomi melanda negara pada tahun 1996, perniagaan Jakel bertambah maju dan ini membuktikan bahawa usahawan Bumiputera juga mampu bersaing dan maju dalam perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh pihak lain.

Pada tahun 1997, Jakel mengambil langkah berani dengan mengimport terus fabrik daripada pembekal yang membolehkan syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan. Hari ini, Jakel memiliki 21 cawangan yang boleh didapati di setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh negara.

Dengan slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”, JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan.

www.jakel.my
www.facebook.com/jakelshahalam
www.instagram.com/jakel_shahalam

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.