Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

| |

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan! Assalammualaikum semua! Wah seronoknya apabila wujud mandian dan pencuci muka untuk diri kita dan keluarga. Kebiasaannya dengar lelaki mandi dengan sabun buku sebagai shampoo dan sabun mandi. Shokubutsu lagi hebat dengan mengeluarkan mandian dan pencuci muka. Haaaaa jangan tak percaya!

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower menginginkan setiap pengguna untuk menyayangi wajah dan badan mereka dengan membersih dan melembap dalam satu langkah! Berpegang kepada nilai-nilai yang diilhamkan daripada falsafah negara Jepun, pencipta produk mandian Shokubutsu telah memperkenalkan revolusi rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face &a Body Shower yang baharu membolehkan sesiapa sahaja membersih dan melembapkan bahagian muka dan badan secara efektif, dalam satu langkah ketika mandi!

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

Rangkaian produk baharu ini berjaya dilancarkan di Sunway Pyramid dengan kerjasama dari Watsons Malaysia dan duta jenama Shokubutsu Mochi Hada, pelakon terkenal Hong Kong iaitu Natalie Tong.

“Di Shokubutsu, kami memahami naluri pengguna kami untuk tampil dan rasa awet muda. Oleh yang demikian, kami meluangkan lebih banyak masa dan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Lazimnya, usaha penjagaan kulit tertumpu dibahagian wajah agar tampak cantik, tetapi mengabaikan 90% bahagian lain kulit badan kita. Perbualan dengan golongan wanita dapat membuka mata mereka apabila menyedari bahawa pengabaian selama ini akan mengakibatkan kulit badan mengalami proses penuaan lebih cepat berbanding dengan wajah mereka. Masalah ini bertambah buruk akibat kesibukan hidup dan kekangan masa serta tenaga dalam menjaga kulit badan, tidak seperti mana kita menjagai kulit wajah kita,” kata Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan (Pemasaran), Southern Lion Sdn Bhd.

“Pengabaian ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat pada kulit badan akibat kurang mendapat penjagaan dan perlindungan yang sepatutnya berbanding dengan kulit wajah kita. Penyelesaian kepada masalah tersebut adalah rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu. Diilhamkan daripada rutin ringkas daripada falsafah Jepun, produk inovatif ini dilahirkan dengan teknologi Moisture-Lock, yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit. Dengan itu, molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan ini akan mengekalkan hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien,” tambah beliau.

Kesimpulannya mudah – rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang baharu menjadikan proses membersih dan melembapkan kulit pada kedua-dua bahagian wajah dan badan lebih mudah dan efektif dengan hanya satu langkah semasa mandi. Dengan produk baru ini, hadirlah satu cabaran baharu bagi semua untuk menyayangi kulit badan, seperti mana yang mereka lakukan pada wajah dalam menghasilkan kulit selembut mochi.

Natalie Tong Duta Shokubutsu Mochi Hada

“Saya gemarkan Shokubutsu Mochi Hada kerana ia menjimatkan masa mandi dengan meringkaskan rutin membersih dan melembapkan badan. Ia adalah selamat, lembut dan sangat efektif untuk wajah dan badan saya. Produk ini sangat hebat untuk pengguna-pengguna yang mempunyai jadual harian yang padat seperti saya. Saya belum pernah menemui produk yang seumpamanya yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi Jepun. Saya menyaksikan kesan perubahan yang positif dalam tempoh dua minggu setelah menggunakannya dengan kerap. Saya syorkan produk ini kepada semua untuk mendapatkan kulit yang lembut, licin dan berseri,” ulas Natalie Tong tentang pengalamannya dengan Shokubutsu Mochi Hada.

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Diuji Secara Dermatologikal

Selaras dengan prinsip-prinsip Shokubutsu yang menetapkan penggunaan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi, rahsia kemujaraban Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam khasiat semulajadi iaitu Minyak Tsubaki (atau Minyak Bunga Camelia Jepun), satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya; dan Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

Dibelakangi dengan proses penyelidikan dan pembangunan yang terperinci, rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower telah diuji secara dermatologikal; lulus ujian kepedihan pada kulit dan terbukti bukan komedogenik. Ia sangat efektif walaupun masih lembut terhadap kulit di bahagian wajah dan badan. Dalam ujian penggunaan di rumah yang melibatkan 450 orang wanita, 80% daripada pengguna menyatakan bahawa mereka merasai kulit lebih licin, lebih lembut dan lebih berseri dalam tempoh penggunaan dua minggu! Hasilnya adalah satu produk yang ringkas, efisien dan efektif, apabila digunakan secara berterusan akan membuahkan kesan yang positif bagi membantu pengguna memperolehi kulit ‘selembut mochi’ dalam tempoh hanya dua minggu.

Kempen #LoveYourFaceLoveYourBody

Shokubutsu Mochi Hada turut melancarkan kempen emochi (memegang gambar) “#LoveYourFaceLoveYourBody”, untuk mengingatkan golongan wanita agar tidak mengabaikan 90% lagi kulit badan mereka yang harus dijaga sama seperti kulit wajah mereka. Golongan wanita dialu-alukan untuk memuat naik gambar emochi atau gambar wajah “smiley” di mana-mana bahagian badan mereka ke media sosial dengan tanda pagar atau hashtag #LoveYourFaceLoveYourBody dalam bulan Ogos dan September untuk memenangi kit mandian Shokubutsu Mochi Hada pada setiap hari Selasa.

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

Dengan harga dari RM19.00, tiga varian rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Watsons dan kedai dalam talian. Ia juga boleh didapati di rangkaian pasaraya utama dan stor e-dagang. Tiga varian tersebut adalah Shower Oil, Shower Lotion: Glow Radiance dan Shower Lotion: Ultra Moisture. Sayangilah wajah DAN badan anda hari ini dengan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang baharu.

Harga Runcit Shokubutsu Mochi Hada

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil boleh didapati dalam 3 varian iaitu botol (525ml) dan pek isi-semula (450ml) seperti berikut:

Kombinasi Mandian Dan Pencuci Muka Shokubutsu Mochi Hada Menjimatkan!

Tentang Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama di antara LION CORPORATION Japan dan Lam Soon (M) Bhd. Ia memulakan operasi pada April 1987 dan telah berkembang dan mencapai kedudukan sebagai Pengilang Detergen No.1 Malaysia pada hari ini dengan pelbagai jenama utama seperti TOP, Bio Zip, Shokubutsu, Systema, Fresh & White dan Kodomo. Southern Lion sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan kualiti hidup para penggunanya dengan menawarkan produk yang inovatif pada harga mampu milik.

Dapatkan rangkaian Shokubutsu Mochi Hada di Watsons berdekatan anda!

www.watsons.com.my
www.facebook.com/watsonsmalaysia
www.instagram.com/watsonsmy

Previous

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Ganjaran Makanan & Minuman Percuma Apabila Anda Sertai Peraduan Taste of Paradigm 2019

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.