Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa. Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby ingin kongsikan sesi “Perkongisan Kesedaran Kesihatan bersama Dr Mustafa”. Ia membuka minda dan lebih jelas difahami apabila Dr Mustafa memaparkan statistik dan gambar-gambar berkaitan rawatan Bariatric serta risiko Obesiti di Malaysia.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Menurut Dr. Mustafa, melalui pembedahan bariatric atau juga dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik, pesakit akan berupaya untuk mengawal selera makan kerana pengambilan kuantiti makanan dan jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semulajadi dan ini seterusnya akan membuatkan pesakit mendapat berat badan ideal.

Walaupun begitu, pembedahan bariatric bukan untuk semua orang kerana pesakit obesiti perlu menjalani ujian saringan dibawah kawalan dan seliaan pakar bedah batriatric terlebih dahulu untuk memastikan samada pesakit tersebut benar-benar layak menjalani pembedahan bariatric atau sebaliknya.

Antara syarat-syarat asas yang perlu ada pada seseorang ingin menjalani pembedahan bariatric adalah pesakit perlu memiliki bacaan BMI badan melebihi 30, pesakit obesiti yang juga mempunyai penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, kesukaran untuk tidur malam dan pesakit obesiti yang gagal menurunkan berat badan melalui diet serta senaman. Rawatan ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai BMI berlebihan tidak kira usia.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor MustafaRawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Cegah Obesiti

Kegemukan dan obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak tidak normal atau berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan. Ia dapat dikenalpasti melalui kiraan Indeks jisim badan (BMI). BMI adalah gabungan berat dan ketinggian individu. Melalui cara itu, kita dapat klasifikasikan berat badan berlebihan dan obesiti pada orang dewasa. Cara pengiraan adalah berat badan (kg) dibahagikan dengan ketinggian  (meter).

  • Kurang dari 16.0 – Kekurangan Berat Badan
  • Dari 16.0 hingga 18.5 – Berat Badan Kurang
  • Dari 18.6 hingga 25.0 – Berat Badan Normal
  • Dari 25.1 hingga 30.0 – Berat Badan Berlebihan
  • Dari 30.1 hingga 35.0 – Sederhana Obes
  • Lebih daripada 35.0 – Sangat Obes

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang sentiasa meningkat bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia. Hampir 44.3 % penduduk di Malaysia dikategorikan sebagai obese dan 1/3 penduduk dunia termasuk dalam kategori yang sama. Malaysia mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara. Penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD) direkodkan sebagai penyumbang tertinggi kepada jumlah kematian di Malaysia. Salah satunya adalah diabetes yang menjuarai 73% dari kategori NCD.

Pelbagai faktor menyumbang kepada masalah obesiti. Antaranya adalah pengambilan makanan secara keterlaluan, kekurangan aktiviti fizikal dan ketidakseimbangan hormon. Kebanyakan penghidap obesiti tidak menyedari bahawa amalan gaya hidup tidak sihat yang menjadi amalan harian mereka. Obesiti boleh mengundang impak negatif bukan sahaja terhadap penampilan diri mereka malah lebih lagi apabila obesiti meningkatkan risiko penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti diabetes, hipertensi, gangguan tidur dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA), strok dan penyakit jantung.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor MustafaRawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Tanpa kita sedari, obesiti sebenarnya adalah satu penyakit yang perlu diberi perhatian serius! Meskipun terdapat kesedaran atau semangat untuk menurunkan berat badan untuk kembali normal. Penghidap obesiti memerlukan lebih bantuan, bukan sekadar hanya diet pemakanan sihat, senaman atau persekitaran positif. Mungkin ada fungsi sistem dalam badan yang perlu diberi perhatian.

Diantara kaedah penurunan berat badan yang selamat dan semakin menjadi pilihan ramai adalah rawatan bariatric, iaitu sejenis pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Pentingnya Pemakanan Seimbang Dan Bersukan

Ruby bertanya kepada doktor berkenaan gaya hidup sihat. Bagaimana ingin mulakan semua ini dari anak-anak kecil. Mereka suka minum air kotak, manisan dan snek. Doktor berkata, tidak kira jika kita mempunyai genetik obesiti atau apa sahaja sebab yang cenderung kepada Obesiti, hentikan segera. Hentikan membeli makanan atau minuman yang tidak sihat. Perlahan-lahan latih anak-anak makan “real food” dan jadikan air kosong sebagai teman setia.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Manakala untuk tips bersukan. Doktor juga berkongsi cara berkesan untuk tahu prestasi jantung serta pengurangan berat badan. Berlari 15 minit pertama hanya membakar gula dan karbo. 30 minit seterusnya baru masuk pembakaran lemak. Cuba maksimumkan larian kepada 40 minit dengan cara berlari jarak dekat tetapi laju. Kadar heart zone akan meningkat dan anda boleh lihat rajah dibawah untuk memahami warna “Heart Zone” biru, hijau, oren dan merah.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Testimoni Berjaya Rahim Sepahtu & Mohd Syakir Alif

Di antara pesakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatric bersama Dr. Mustafa adalah Rahim Sepahtu, penyanyi Aishah dan Alif Johan (anak kepada penyanyi Nora). Pada majlis tersebut, Rahim Sepahtu dan Alif telah berkongsi keadaan fizikal serta kesihatan mereka sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatric. Kedua-dua mereka telah berjaya merubah penampilan mereka dimana telah mendapat berat badan ideal malah kini memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Mengenai Dr Mustafa

Dr Mustafa Mohammed Taher adalah Pakar Bedah Bariatric di I Heal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri yang telah berjaya mentransformasi atau memberi nafas baru kepada pesakit obesiti. Berkelulusan dari Universiti Baghdad pada tahun 2000, menerima latihan awal di Iraq sehingga tahun 2007 di mana mendapat pengalaman yang luas dalam menguruskan kecederaan mangsa perang.

Seterusnya, latihan pembedahan di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk latihan pembedahan Upper GI & Bariatric dengan minat khusus dalam Minimal Invasive Surgery. Menyertai bengkel Malaysia Nutrition Society di seluruh negara dengan minat khas. Menerbit banyak naskah jurnal. Memenangi pingat emas untuk inovasi untuk Creative Method of Managing Buried Bumper Syndrome yang diterbitkan dalam RCS sebagai teknik baru. Menjalankan kajian untuk ekspresi gen CD dalam kanser perut National University of Malaysia yang diterbitkan di Gut.

Beliau juga, menjalankan kajian antarabangsa EXPEL. Ahli MUGIS (Malaysia Upper GI Society), anggota MyMBSS (Malaysia Metabolic and Bariatric Surgery Society), anggota PENSMA (Parentral & Entral Nutrition Society of Malaysia), ahli IFSO (International Federation for the Surgery of Obesity and Metabolic Disorders), ahli SELSMA (Society of Endoscopic and Laparoscopic Surgery Malaysia). Berminat khusus dalam program penyelidikan dan latihan untuk pelajar GI Upper dan Master of Surgery.

Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa

Terima Kasih diucapkan kepada medi-excell Sdn Bhd dan Dr. Mustafa di atas majlis perkongsian berilmiah yang sangat bermakna ini. Buat mereka yang menghidap obesiti dan memerlukan khidmat rundingan serta bantuan, sila hubungi Puan Rafeah di talian 016-2330678.

www.instagram.com/dr.mustafamt

www.facebook.com/dr.mustafamt

15 thoughts on “Rawatan Bariatric Dan Pencegahan Obesiti Oleh Doktor Mustafa”

  1. Nice article to read up about obesity… totally agree that it’s quite serious in Malaysia, every one should take care their health from our daily routine

  2. rasanya hari tu angah sinar pun ada buat operation ni. cara terbaik untuk diet cuba kawal pemakanan dulu kan, sebolehnya nak elakkan pembedahan ni. tapi memang nampak perubahan pada rahim selepas prosedur ni

  3. penyakit obesiti ni memng banyak di malaysia..kene ambil langkah berjaga-jaga. selain pemakann boleh dapatkan rawatan. pertama kali dengar rawatan bariatic ni..apa-apa kene rujuk yang pakar kan..

  4. menarik perkongsian yang mcm ni… makin berusia memang makin kena jaga pemakanan barulah maintain sihat. lagi malaysia ni banyak makanan yang best2… oooo mau jadi obes betul kalau semua benda nak makan tanpa reti nak control

  5. Malaysia memang tinggi kadar obesiti rakyatnya. Memang takut tengoknya. BAGUS juga rawatan bariatic ni diperkenalkan. Semoga ada yang akan berusaha untuk merawat masalah obesiti yang dihadapi.

  6. Perkongsian ini menginsafkan Rawlins dan sekaligus mengingatkan Rawlins agar menjaga diri dengan lebih baik. Nak simpan duit untuk rawatan sebegini memang mengambil masa kan.
    Moga kita semua istiqamah dalam menjaga kesihatan diri.

  7. Bila nampak perkataan pembedahan tu, terus rasa takut walaupun utk kegunaan yg baik. Kesannya bagus utk kawal seLera makan tp takut. Hopefully bila ramai yg berjaya dgn rawatan nie, maka makin ramai Berminat utk jalani rawatan seperti ini

  8. Makin berumur, metabolisme kita semakin rendah dan kena kawal pemakanan sebab nak naik kemain senang, nak turunkan kg tu ya ampunnnnnn susah ya amat. bagi akak makan moderately semua makanan dan kurangkan yang berminyak, berlemak, bergula.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.