SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia

SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia. Assalammualaikum semua! Alhamdulillah produk SIMPLYSITI berjaya ke pasaran antarabangsa! Buat sahabat Indonesia ku, wajib anda cuba semua rangkaian SIMPLYSITI. Ini kerana produknya Halal dan berkualiti! Dari produk penjagaan wajah hingga ke mekap, semuanya terbaik! Tahniah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan SIMPLYSITI!

SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia

Setelah hampir sedekad SIMPLYSITI menerajui industri kecantikan HALAL di pasaran tempatan, kini SIMPLYSITI melebarkan sayapnya ke pasaran Indonesia. Sebuah majlis pelancaran SIMPLYSITI yang diberi nama “Arisan SIMPLYSITI” telah diadakan di Rumah Maroko, Jakarta Pusat hari ini. Majlis disambut meriah dengan kahadiran para tetamu yang terdiri daripada para media, artis-artis terkenal dan digital influencer Indonesia seperti Tya Kanna Mirdad, Putri Caya, Harumi Sudrajat, Hellua Puspoyo, Indah Nada Puspita, Alexandra Asmasoebrata serta ramai lagi. SIMPLYSITI diperkenalkan kepada para tetamu yang hadir melalui sebuah trunk show rangkaian produk SIMPLYSITI yang dipersembahkan oleh para model.

SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia

Menurut Presiden SIMPLYSITI, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Indonesia sudah seperti rumah keduanya. Tak terhitung sudah berapa kali beliau ke Indonesia sama ada atas urusan karier nyanyian, perniagaan mahupun peribadi. Jalinan hubungan baik beliau dengan warga Indonesia telah terjalin sejak awal kariernya lagi, melahirkan satu keinginan dan impian yang besar baginya untuk memasarkan produk beliau ke Indonesia.

Kempen “Selaraskan Cantikmu”

Beliau berkata, “Setiap wanita Indonesia memang dilahirkan cantik, baik dari hati mahupun paras rupanya. Berbekalkan dengan keyakinan itu, saya rasa terpanggil untuk membawa SIMPLYSITI ke Indonesia untuk membantu menyempurnakan lagi kecantikan wanita Indonesia. Saya berharap SIMPLYSITI dapat membantu memenuhi impian mereka. Oleh itu, perasmian SIMPLYSITI di Indonesia diiringi dengan slogan dan kempen “Selaraskan Cantikmu”, ungkap beliau.

SIMPLYSITI Adalah Produk Halalan Toyyiban

Menurut beliau juga, SIMPLYSITI dicipta khas untuk kaum hawa yang menginginkan produk kecantikan yang selamat, bertaraf antarabangsa dan sesuai untuk kulit wanita Asia. Beliau turut menyatakan bahawa produk SIMPLYSITI merupakan produk Halalan Toyyiban yang bererti ianya dijamin HALAL, diperbuat daripada bahan berkualiti terbaik serta bebas dari bahan-bahan yang merbahaya dan terlarang.

SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia Selepas Hampir Sedekad

Kini sudah tiba masanya untuk SIMPLYSITI melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa selain tetap kekal mengukuhkan jenamanya di industri tempatan. Beliau yakin produk Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan jenama antrabangsa, lebih-lebih lagi dalam pasaran produk halal. Kini rangkaian produk SIMPLYSITI yang terdiri dari produk penjagaan kulit dan kosmetik boleh mula didapati di cawangan Watsons dan Transmart terpilih di bandar-bandar utama Indonesia, termasuk Jakarta sebagai lokasi pertamanya. Bukan itu sahaja, rakyat Indonesia juga boleh mendapatkan produk SIMPLYSITI secara atas talian di platform Shopee Indonesia.

SIMPLYSITI Indonesia Lancar Dermagic Beauty Moisturiser

Dalam kesempatan yang sama, CEO SIMPLYSITI Indonesia, Rachel, menjelaskan bahawa salah satu keunggulan SIMPLYSITI adalah rata-rata produknya diperbuat menggunakan teknologi canggih yang berasal dari Korea. “Kenapa kami memilih Korea, kerana disaat ini Korea merupakan trendsetter kecantikan di wilayah Asia, terutamanya di Indonesia. Untuk itu, team Research & Development SIMPLYSITI berkolaborasi dengan syarikat pengeluar barangan kecantikan di Korea yang menggunakan teknologi nano untuk menghasilkan produk yang terbaik. Sebahagian besar dari proses pengeluaran dilakukan di Korea lalu didistribusikan ke Malaysia, Brunei dan kini di Indonesia”, ujar Rachel.

SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia

Di Indonesia, SIMPLYSITI melancarkan rangkaian penjagaan kulit iaitu Dermagic Beauty Moisturiser. Ia merupakan krim pertama dan satu-satunya yang memiliki tiga keistimewaan dimana ia mampu mencerahkan, meremajakan dan juga bertindak sebagai pembangkit mood gembira. Dermagic Beauty Moisturiser ini diformulasikan dengan meggunakan teknologi nano dari Korea dan mengandungi Korean Plant Stem Cell yang mampu membuat kulit wajah tidak kusam dan semakin berseri. Ia juga memiliki kandungan Hyaluronic Acid atau HA yang mampu meregenerasi sel kulit baru yang mampu untuk membuat kulit wajah kembali anjal dan berfungsi sebagai anti penuaan.

Selain itu Hyaluronic Acid (HA) akan membantu dan menjaga kelembapan kulit agar sentiasa mulus. Selain itu, Dermagic Beauty Moisturiser memiliki formula khusus dengan bahan semulajadi Plant Endorphin dari HappyBerry yang berasal dari tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai mood booster yang dapat meningkatkan perasaan gembira bagi pemakainya. Keunggulan rangkaian Dermagic ini diyakini mampu untuk menjadi solusi bagi wanita Indonesia yang ingin tampil cantik walau sibuk dengan urusan seharian.

SIMPLYSITI Tembusi Pasaran Indonesia Selepas Hampir Sedekad

“Lagi pula kita tahu wanita yang tinggal di kota-kota besar, tahap stress mereka agak tinggi. Oleh itu, wanita dituntut untuk selalu tampil cantik, baik dari wajahnya mahupun hatinya. SIMPLYSITI boleh menjadi jawapan untuk menyelaraskan kecantikan yang sudah dimiliki wanita Indonesia”, tambah Rachel.

Mengenai SIMPLYSITI

SIMPLYSITI telah diasaskan pada tahun 2010 di bawah aspirasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi tentang ilmu dan rahsia kecantikannya dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan. Jenama kecantikan tempatan yang memiliki ciri dan tarikan bertaraf antarabangsa, SIMPLYSITI menawarkan produk kecantikan Halal yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama antarabangsa yang terkemuka. Kini, SIMPLYSITI telah pun berkembang ke 200 outlet di seluruh negara, terutamanya di Watsons dan AEON, serta butik-butik Creacion & SIMPLYSITI iaitu butik milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza. SIMPLYSITI juga boleh didapati di laman web rasmi (www.simplysiti.com.my) dan Shopee.

www.simplysiti.com.my
www.instagram.com/officialsimplysiti
www.facebook.com/officialsimplysiti

www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.