EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar. Assalammualaikum semua! Ruby ingin berkongsi dengan anda semua restoran baru dibuka baru-baru ini. Banyak keunikan di restoran ini. Dari makanan yang enak, dekorasi mural yang cantik, ruang restoran yang selesa dan mesra kanak-kanak. Anda semua patut datang ke restoran ini seisi keluarga dan nikmati sendiri makanan klasik Hong Kong.

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

EATZ@HongKong telah dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City pada 16 Ogos 2019. Sempena pembukaan restoran ini, EATZ @ HongKong menawarkan spektrum pilihan makan penuh. Sama ada sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam atau hanya hidangan ringan. Pelanggan boleh meraikan pembukaan restoran dengan mendapatkan baucar percuma untuk Popcorn Chicken, Iced Milk Tea, Polo Bun, Egg Tart atau Cheesy Ball dengan berbelanja minimum sebanyak RM30.00 dalam satu resit. Promosi pembukaan ini bermula dari 16 hingga 31 Ogos 2019.

“Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri tentang masakan Hong Kong. Ada yang menyukai chicken chop, egg tarts, polo bun atau nasi panggang keju dan yaa semuanya betul. Ini kerana, Hong Kong telah menyaksikan menu yang semakin berkembang setiap dekad dengan mereplikasi kafe gaya Inggeris, ” kata Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd.

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
Dari kiri Ruby, Chef Kak Noor, Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, Chef Johnny Wong dari Hong Kong dan Saiful Naim; ruby.my

EATZ@HongKong dengan bangga diterajui oleh Ketua Chef Kak Noor, iaitu anak kelahiran Terengganu  menyediakan segalanya segar dari dapur dan roti bakar langsung dari oven restoran. Banyak hidangan daging panggang disyorkan, malah hidangan bebas daging juga tersedia!

“Pasukan kedai ini, bersama Chef Penasihat Khas dan Chef Kreatif Encik Johnny Wong dari Hong Kong, telah bekerja keras menyediakan menu yang termasuk kegemaran ramai sepertiCheese-baked Chicken Cutlet with Rice, French Toast, Curry Seafood Rice dan Grilled Fish Fillet with Spaghetti. Manakala untuk versi klasik seperti rawn Toast, Satay Beef Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Milk Tea served on a bed of ice, Osmanthus Jelly dan Australian Beef Striploin, dan lain-lain,” tambah Choo.

Chef Johnny telah membimbing Kak Noor dan seluruh pasukan untuk mengekalkan keaslian masakan ini, dan meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi melalui penggunaan bahan-bahan terbaik. Buat pengetahuan anda semua, restoran EATZ@HongKong menggunakan bahan dari pengedar yang memiliki Sijil Halal JAKIM. Malah, EATZ@HongKong sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan Sijil Halal JAKIM untuk keseluruhan restoran.

100 Menu EATZ@HongKong

Terlalu banyak menu sedap dan pastinya ada satu atau dua menu yang menjadi kegemaran anda. Disini Ruby kongsikan 10 Menu Signature dan beberapa menu Ruby cuba. Tahukah anda bahawa lebih 100 menu tersedia di restoran ini?

  1. HK Milk Tea On Ice Bed
  2. Molten Golden Toast
  3. Australian Beef Striploin
  4. Curry Seafood Rice
  5. Expressive Espresso
  6. Satay Beef Rice
  7. Ms Souffle
  8. Polo Bun with Truffle Scramble Egg
  9. Cheese-Baked Chicken Cutlet with Rice
  10. Prawn Toast

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

CURRY BEEF BRISKET RICE

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
CURRY BEEF BRISKET RICE RM 19.80

Curry Beef Brisket Rice adalah hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Kari daging ini tidak pedas dan menggunakan daging lembu segar. Di dalam kari tersebut mempunyai lobak putih yang dimasak lembut. Jika anda penggemar lobak putih seperti Ruby, anda akan hargai hidangan ini. Sebab lobak putih dan daging adalah makanan semasa Ruby berpantang untuk memperbanyakkan susu ibu. Cubalah!

SATAY BEEF RICE

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
[SIGNATURE] SATAY BEEF RICE RM 18.80
Satay Beef Rice disediakan bersama perapan daging lembu brisket dengan sos sate khas Hong Kong dan dihidangkan dengan nasi panas. Semasa mencuba menu ini, ia seakan sama dengan apa yang kita makan, satay daging. Tetapi ia berbeza, nasi putih yang lembut, daging lembu yang enak, sos sate ini berbeza dan menggamit memori.

MALA SPICY JUMBO FISH BALLS

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
MALA SPICY JUMBO FISH BALLS RM 10.80

Mala Spicy Jumbo Fish Balls adalah bebola ikan yang disediakan 6 biji bersama sos istimewa Szechuan. Sos ini amat istimewa, ia dibuat daripada lada cili kering, serbuk cili, pes douban, lada Szechuan, cengkih, bawang putih, bunga lawang, bunga lawang, buah pelaga hitam, jintan manis, halia, kayu manis, garam dan gula. Bahan-bahan ini dimasak bersama minyak sayuran selama berjam-jam, dan seterusnya dimasukkan ke dalam balang untuk kegunaan bila-bila masa. Jadi, cili dari Szechuan berbeza dengan cili dari negara lain, kerana cilinya ditanam di wilayah Szechuan, Barat Daya China pada musim bunga atau musim gugur.

SWISS SAUCE CHICKEN WINGS

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
[SIGNATURE] SWISS SAUCE CHICKEN WINGS RM 16.80
Swiss Sauce Chicken Wings disediakan dengan sos Swiss yang enak. Ia dipanggang sempurna dan terus disediakan kepada pelanggan.

CHEESE-BAKED CHICKEN CUTLET WITH RICE

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
[SIGNATURE] CHEESE-BAKED CHICKEN CUTLET WITH RICE RM 22.80
Cheese-Baked Chicken Cutlet with Rice adalah menu yang paling Ruby sekeluarga suka. Ia adalah gabungan ayam goreng rangup, keju Mozzarella & Cheddar dan nasi goreng. Nampak simple? Tetapi ia adalah menu yang menyelerakan untuk seisi keluarga.

MS. SOUFFLE

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
[SIGNATURE] MS SOUFFLE RM 15.80
Puaskan keinginan manisan anda dengan pencuci mulut yang halus, ringan, siap dibakar sepenuhnya. Ia dibuat dengan kuning telur dan putih telur yang dipukul sehingga menjadi meringue. Jika anda menikmati menu ini, 20 minit dperlukan untuk anda menunggu. Ms Souffle disediakan terus oleh Chef. Menu ini tersedia dari 2.30PM hinga 6PM sahaja.

POLO BUN WITH ICE CREAM

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
POLO BUN WITH ICE CREAM – STRAWBERRY RM 12.80

Roti Polo sering dikenali sebagai roti nanas adalah sejenis roti manis yang paling popular di Hong Kong dan juga biasa terdapat di Chinatown di seluruh dunia. Walaupun namanya roti nanas, ia tidak secara tradisinya tidak mengandungi nanas ya. Sebaliknya, nama itu merujuk kepada ciri-ciri roti tersebut.

Apabila dinikmati, roti ini lembut seperti roti cina iaitu roti Mantao yang dimakan bersama kari ketam. Lazatnya! Hahaha. Ia adalah pencuci mulut yang menyelerakan. Tersedia bersama 3 pilihan ais krim, anda boleh pilih perisa ais krim strawberi, coklat atau vanila.

RED BEEN PUNCH

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
[SIGNATURE] RED BEAN PUNCH RM 9.80
Ais batu campur sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan seluruh dunia pada musim panas. Ia adalah menu yang menceriakan mood pada bila-bila masa. Di EATZ@HongKong, terdapat dua menu “Punch” tersedia iaitu Pineapple Punch dan Red Bean Punch. Ruby mencuba Red Bean Punch, ia adalah campuran kacang merah istimewa Hong Kong, susu sejat, gula dan sudah tentu ais batu yang dikisar. Campurkan kesemua bahan untuk nikmati kesedapan dan tekstur kacang merah yang tebal lembut.

HK MILK TEA ON ICE BED

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar
[SIGNATURE] HK MILK TEA IN ICE BED RM 9.80
HK Milk Tea On Ice Bed adalah minuman yang unik. Minum teh ais dah terlalu biasa. Jom jadikan ia luar biasa dengan minum teh ais stail EATZ@HongKong. Teh kaw sedap disediakan bersama ais kiub teh juga. Kemudian diletakkan di atas ais kisar. Unik kan? Jom cuba.

Penyedap Sampingan Bagi Anda Yang Inginkan Extra

Semasa menikmati hidangan di EATZ@HongKong, Ruby sering ambil penyedap ni sikit-sikit agar tidak terkesan oleh anak-anak. Sebab mereka kalau nampak warna merah aje terus tidak mahu makan. Jadi, jika tidak mahu sebarang pembaziran, Ruby ambil sikit-sikit. Hehehe. Barulah makanan semua habis. Sebab hidangan restoran ini boleh dikongsi seisi keluarga.

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

Restoran EATZ@HongKong Mesra Kanak-Kanak

Semasa berada di restoran ini, Ruby teruja dengan layanan para pekerja. Malah mereka sangat perihatin. Kebiasaannya Ruby akan bawa pinggang, mangkuk, sudu dan garfu plastik untuk anak-anak. Tetapi kali ini terlupa. Tidak sangka pekerja berikan dua set mangkuk, sudu dan garfu untuk anak-anak Ruby. Laju lah mereka makan bila ada set kulinari comel beruang. Hehehe.

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

Disamping itu, EATZ@HongKong sediakan ruang permainan yang comel. Sedia maklum lah bila anak-anak dah kenyang sebelum ibu bapa selesai makan, maka mereka pun mulakan agenda mereka tersendiri. Melawat kawasan di sekitar restoran amat berbahaya, terima kasih restoran EATZ@HongKong kerana menyediakan ruang untuk kanak-kanak. Ibu bapa tidak boleh serahkan kepada restoran untuk memantau. Anda kena pantau sendiri ya. Ini pun sudah cukup membantu kami untuk makan dengan tenang. Hehehe

Dekorasi Restoran EATZ@HongKong Oleh Aleff Ahmad

Dari menu yang enak, mural dinding di restoran ini dilakukan dengan kerjasama artis mural tempatan, iaitu Aleff Ahmad. EATZ@HongKong berkongsi perjalanan makanan Hong Kong yang telah berada di dunia sejak bertahun-tahun. Perjalanan dari Hong Kong iaitu dari zaman beca & hotel warisan hingga ke kereta api dan bas dua tingkat yang popular sekarang ni. Sementara dinding kaca mempamerkan makanan istimewa yang terkenal di EATZ@HongKong. Selain itu, ruang tempat duduk dan meja mencukupi di restoran sepanjang hari. Pengunjung pastinya akan mendapat pengalaman makan yang selesa!

EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar

Mengenai EATZ@HongKong

EATZ@HongKong menonjolkan cita rasa dan hidangan yang terkenal dari Hong Kong pada tahun 50-an. Keunikan restoran ini teserlah apabila lebih 100 menu tersedia untuk pelanggan pilih setiap hari. Pengunjung akan menikmati hidangan-hidangan ini seperti kembali ke zaman dahulu tetapi melalui rasa minuman dan makanan. Anda pasti akan berkata seperti pernah dinikmati, tetapi ternyata berbeza. Setiap masakan mempunyai cerita, sama seperti setiap hidangan mempunyai kisahnya untuk diberitahu.

Menghasilkan menu melalui sejarah memerlukan kepakaran Chef di EATZ@HongKong. Ia memerlukan ketelitian kerana masakan asli perlulah sempurna dan harmoni bersama bahan-bahan segar tempatan. Makanan kegemaran masyarakat tempatan Hong Kong sepanjang masa sudah membuka cawangan utama di The Gardens Mall, Mid Valley City. Sekarang, giliran anda untuk nikmatinya!

Untuk pengunjung kami, kami berkata, “Tuck in, this is our story… and every morsel of food, our storyteller”.

EATZ@HongKong
LG-240, Lower Ground Floor,
The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra,
Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin – Ahad
Waktu Operasi : 8.30PAGI – 10MALAM

www.eatzhk.com.my
www.facebook.com/eatzhk
www.instagram.com/eatz_hk

13 thoughts on “EATZ@HongKong Menyediakan Makanan Klasik Hong Kong Sebenar”

  1. Wahh nampak menyelerakan sunggu menu-menu masakan daripada hong kong ni. Tak pernah cuba lagi tapi teruja sebab nampak macam melayu food sikit. boleh try singgah sini nanti. Thanks kak share

  2. sedapnya tengok makanan makanan dia. Makanan hong kong memang sedap2 sbb penuh rasa penuh cili dia. Harga dia pun boleh tahan kira level2 restaurant middle to upper class. Boleh lah datang bila ada special occasion bawak family makan sedap2~

  3. DALAM BANYAK-BANYAK NEGARA YANG NI HONG KONG KITA TAK PERNAH CUBA LAGI NAK PERGI SANA MEMANG JAUH SEKALI TAPI BILA ADA KAT MALAYSIA NI LAGI SENANG NAK NIKMATI MAKANAN MEREKA YANG NAMPAK SANGAT SEDAP DAN MEMENUHI SELERA KITA HEHEHE NANTI RUBY BELANJA KITA LAH WAKAKAKAKA…

  4. bab makan ni, memang aku suka sangat. tengok cheese baked rice tu, terliur aku.tapi fish ball tu spicy, mmg budak tak leh makan la eh kalau x tahan pedas?

    aku bayangkan makanan hk ni ala2 makanan cina, dimsum n sup mcm yong tau fu too je.ahahahahah

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.