Rambo Last Blood

| | ,

 

Rambo Last Blood 1

Rambo Last Blood. Assalamulaikum semua, betapa seronoknya Ruby dapat menonton filem francais Rambo yang penuh aksi. Setelah 4 dekad selepas filem pertama Rambo iaitu “First blood” yang mendapat perhatian dunia mengenai wira perang yang mempunyai masa lampau yang mengerunkan semasa peperangan di Vietnam.

Rambo Last Blood

Seperti biasa kita selalu skeptikal dengan filem francais ini kerana setiap filem Rambo mesti mengenai peperangan sahaja. Setelah 4 siri Rambo kesemuanya menceritakan seorang komando yang memerangi jenayah – jenayah perang secara solo dan kombat tangan yang padu.

Rambo Last Blood 2

Filem Rambo last blood ini merupakan filem aksi yang di lakonkan oleh pelakon asal “Sylvester Stallone” yang membawa watak Rambo yang merupakan wira perang ( komando ) dan satu – satunya askar yang terselamat semasa di Vietnam. Rambo mempunyai masalah mental di sebabkan rakan – rakan anggotanya mati semasa di Vietnam.

Rambo Last Blood 3

Apa yang menarik filem Rambo last blood ini mengenai penceritaan Rambo melawan segal keperitannya sebagai manusia yang telah kehilangan segala – galanya akibat peperangan termasuklah dirinya. Ianya menceritakan bagaimana seorang insan yang memperolehi nilai kemanusian yang sekian lama hilang dan kembali menjadi penyayang.

Rambo Last Blood 4

Review Rambo Last Blood.

Dari segi penceritaannya agak padat dan tidak merepek – repek dengan adegan yang berulang – ulang, kesemuanya terus “to the point”. Rambo last blood ini memang ganas dan “gore” sesuai untuk 18+ kerana segala aksi yang di paparkan adalah seperti perkara yang realiti di lakukan oleh orang yang ingin membalas dendam.

Kamera placing semasa Rambo beraksi tidak mengecewakan, setiap babak – babak semasa Rambo beraksi nampak jelas dan jitu. Segala efek – efek yang berlaku nampak seperti betul – betul berlaku contohnya seperti tulang bahu patah, kepala berkecai, pemotongan badan dan semasa jerangkap samar memang gilu di buatnya.

Secara kesimpulannya, rambo last blood ini tidak memerlukan penonton berfikir dengan susah, penceritaan yang hebat, keganasan yang melampau ( balas dendam punya pasal) dan strategi askar komando yang hebat. Ruby bagi Rambo last blood 8/10 bintang.

Previous

Guardian Most Voted Brands Tampilkan 313 Produk Untuk Anda Undi!

Rumah Terbuka Bersama Vacuum Blender ProWellness Beko

Next

1 thought on “Rambo Last Blood”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.