Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

| |

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia. Assalammualaikum semua! Wah hari ni telah berlangsung Pembentangan Belanjawan 2020 oleh YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat. Sebagai rakyat Malaysia dan masih belia, Ruby sentiasa mengharapkan rancangan belanjawan kerajaan untuk rakyat adalah bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa.

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan pendidikan, penyelesaian hutang PTPTN, harga rumah pertama yang lebih relevan, kenaikan gaji di sektor swasta, peluang pendidikan untuk anak-anak tidak kira tangga gaji di bandar, pembiayaan serta insuran kesihatan, bantuan kewangan rakyat, pelepasan cukai, perkhidmatan pengangkutan awam dan rebat pelancongan untuk rakyat Malaysia bercuti di dalam negara. Sebab setiap tahun, usia kita menginjak. Pasti keinginan juga berbeza. Semoga pembentangan Belanjawan 2020 dapat memanfaatkan kita semua.

Bertemakan “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”. Bermulalah Pembentangan Belanjawan 2020 setelah 500 lebih hari kita dibawah pucuk pimpinan kerajaan Pakatan Harapan, pembentangan Belanjawan 2020 adalah acara tahunan bagi Ruby sebagai rakyat Malaysia. Wajib untuk kita sebagai rakyat ambil tahu, ini adalah sistem penyampaian dari kerajaan kepada rakyat. Anda boleh tahu maklumat tentang pelaburan dan penggunaan wang. Di sini kita boleh tahu bagaimana pembahagian dana untuk tahun 2020 dan juga pencapaian negara kita pada tahun 2019.

4 Teras Belanjawan 2020 :

  1. Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonoli Baharu Dan Era Digital
  2. Pelaburan Ke Atas Rakyat : Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
  3. Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif Dan Saksama
  4. Memulihkan Institusi Dan Kewangan Awam

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Peruntukan untuk Belanjawan 2020 adalah RM 297.02 Bilion untuk keseluruhannya. Apa yang menarik perhatian Ruby adalah peluang pekerjaan dan pendidikan.

YB Syed Saddiq Ingin Belia Memiliki Pekerjaan

Pada 9 Oktober 2019 yang lalu, Ruby ada membaca artikel dari Astro Awani bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memohon dana khas berjumlah RM6 bilion bertujuan mencipta peluang pekerjaan baharu bagi golongan belia. Menurut YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penyaluran dana itu dilihat dapat mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Dana Pembangunan Belia & Sukan

Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan ollen YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bertujuan untuk memastikan bahawa tiada rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Bajet Kementerian Belia dan Sukan RM 1.2 bilion. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut :

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada BeliaBelanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

  1. Perbelanjaan Pembangunan Belia : RM 138 juta
    1. Youth Power Club (YPC)
    2. Malaysia Future Leaders School(MFLS)
    3. Volunteerism Initiatives
  2. Peruntukan Sukan : RM 179 Juta
    1. Program Sukan Antarabangsa :
      1. Tokyo Olympic 2020
      2. Hanoi SEA Games 2021
      3. Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik
  3. Peruntukan Sukan e-Sport : RM 20 Juta
  4. Peruntukan RM 299 Juta untuk membina fasiliti dan menait tarif kemudahan sukan termasuk
    1. Kompleks Belia dan Sukan
    2. Pusat sukan setiap negeri
  5. Peruntukan RM 10 Juta untuk :
    1. Program sukan untuk wanita.
    2. Pasukan tau kelab untuk wanita.
  6. Pembangunan Bola Sepak Negara RM 45 Juta

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Mengarus Perdana TVET (Technical and Vocational Education and Training) RM 5.9 Bilion

TVET adalah pendidikan dan latihan yang menyediakan pengetahuan dan kemahiran untuk pekerjaan. TVET menggunakan pembelajaran formal, bukan formal dan tidak rasmi. TVET diiktiraf sebagai kenderaan penting bagi ekuiti sosial, kemasukan dan pembangunan mampan. Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion pada tahun 2019 kepada RM5.9 bilion untuk tahun 2020.

  1. State Skills Development Centres (SSDCs). RM 50 Juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  2. Human Resources Development Fund (HRDF). Latihan TVET ke arah peluang pekerjaan RM 30 Juta untuk melatih lebih RM 3,000 anak muda dari keluarga berpendapatan rendah.
  3. Public Skills Training Institutions (ILKA). Tambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri. Menyediakan geran RM 20 Juta di samping kolabrasi dengan industri. Meningkatkan penglibatan persatuan / industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA.
  4. Expand pathways for TVET graduates. Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari Kolej Vokasional daripada rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

Malaysians@Work & Insentif Gaji

Malaysian@Work terbahagi kepada empat program iaitu Graduates@Work, Womens@Work, Locals@Work dan Apprentice@Work. Menyediakan insentif gaji kepada pekerja dan mendapatkan insentif untuk majikan. Inisiatif ini aka diuruskan ole KWSP, dan seterusnya akan dikemaskini dental System Insurance Pekerjaan (EIS) serta program pasaran buruh yang aktif. Kerajaan menjangkakan bahawa inisiatif ini akan menelan kos sebanyak 6.5 bilion salam tempoh 5 tahun dan mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan mengurangkan kebergantungan sebanyak 130,000 peperja asing.

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Graduates @ work

  • Menganggur selama > 12 bulan
  • Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM 500 selama 2 tahun
  • Majikan: Insentif penawaran pekerjaan sehingga RM 300 sebulan selama 2 tahun

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada BeliaBelanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Womens @ work

  • Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan mendapat insentif berikut :
  • RM 500 sebulan selama 2 tahun sebagai insentif upah. Insentif cukai dilanjutkan selama 4 tahun.
  • RM 300 sebulan untuk majikan yang mengambil pekerja wanita dan akan diberi insentif selama 2 tahun.

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada BeliaBelanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada BeliaBelanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia
Locals @ work

  • Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM 250 / RM 500) selama 2 tahun
  • Majikan : Insentif Tawaran Pekerjaan sehingga RM 250 sebulan selama 2 tahun
  • Meningkatkan gaji minimum kepada RM 1,200 di bandar-bandar utama dan RM 1,100 luar bandar.
  • Pembangunan Belia (YPC, MFLS, Inisiatif Sukarelawan) – RM 138 juta

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada BeliaBelanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Apprentice @ work (TVET)

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

  • Menyediakan tambahan RM 100 untuk pelatih TVET
  • Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
  • Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Setelah menonton Belanjawan 2020 selama 2 jam lebih, banyak peruntukan dinaikkan dan banyak strategi kerajaan sediakan untuk rakyat. Ini adalah tanggungjawab dan amanah yang rakyat telah berikan. Semoga Malaysia terus maju jaya!

www.kbs.gov.my

Previous

Jom Join 1Utama Tour de Gastro 11 – 31 Oktober 2019

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.