Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490

| |

Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490. Assalammualaikum semua! Pasti tiap dari kita yang beragama Islam pasti menanam impian untuk menunaikan umrah dan haji. Permulaan untuk menjadi mulimin yang sejati adalah Umrah. Pada pendapat Ruby, apabila kita dapat menunaikan Umrah, kita akan lebih rapat dengan agama Islam dan penciptaNya. Kadang-kadang Ruby terharu tengok jemaah dapat menunaikan Umrah. Sebab teringin sangat nak melihat Kaabah dan fokus menunaikan ibadah. Jika dulu, Ruby menanti untuk menunaikan Umrah apabila sudah bernikah. Sebab ada mahram. Setelah 7 tahun usia perkhawinan, rasa makin dekat untuk menunaikan Umrah. Doakan kami ya. InsyaAllah.

Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490

Pakej Umrah yang ditawarkan oleh Maad Travel (M) Sdn Bhd bertajuk Umrah De Hearty yang menampilkan pakej serendah RM 7,490. Maad Travel (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dari Arab Saudi yang membuka cawangan di Malaysia. Ia adalah 100% Milik Bumiputera bermula pada tahun 2012 yang pada asalnya menawarkan servis penyediaan VISA sepenuhnya. Maad Travel (M) Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan Malaysia dengan memiliki Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Muasassah Bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019. Anda boleh semak di http://www.motac.gov.my/arkib/2019/umrah-lku-1440 pada nombor 47 dan nombor lesen 7078. Selain itu, syarikat ini berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Haji Arab Saudi, ahli gabungan International Air Transport Association (AITA) dan Malaysian Association Of Tours And Travel Agents (MATTA).

Terdapat 3 pakej disediakan oleh Maad Travel (M) Sdn Bhd dan deposit RM 1000 sahaja diperlukan. Manakala 2 bulan sebelum bertolak perlu selesaikan keseluruhan bayaran. Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi pihak Maad Travel (M) Sdn Bhd. Seorang Mutawif / Mutawwifah akan menjada 40 orang jemaah. Mereka dari Malaysia dan juga di Arab Saudi. Promosi 7 Percuma 1 juga sedang giat dijalankan. Rebut peluang untuk menunaikan Umrah seisi keluarga sekarang! Maad Travel (M) Sdn Bhd mempunyai 4 cawangan, diantaranya adalah di Ampang Point, Melaka dan dua di Johor.

Jika anda merancang untuk menunaikan Umrah bersama anak-anak, 10% diskaun diberikan kepada kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 12 tahun.

Pakej Makarem Ajyad (Fullboard)

Hotel di Mekah adalah Makarem Ajyad atau setaraf dengan jarak hanya 150 meter. Penginapan selama 7 hari 6 malam. Manakala hotel di Madinah adalah Dar Al Naem atau setaraf dengan jarak hanya 150 meter selama 6 hari 5 malam.

  • Bilik Berempat RM 7490
  • Bilik Bertiga RM 8090
  • Bilik Berdua 8490

Pakej Elaf Kinda (Fullboard)

Hotel di Mekah adalah Elaf Kinda atau setaraf dengan jarak hanya 50 meter. Penginapan selama 7 hari 6 malam. Manakala hotel di Madinah adalah Dar Al Naem atau setaraf dengan jarak hanya 150 meter selama 6 hari 5 malam.

  • Bilik Berempat RM 7990
  • Bilik Bertiga RM 8590
  • Bilik Berdua 8990

Pakej 20 Hari (Fullboard)

Hotel di Mekah adalah Makarem Aiyad atau setaraf dengan jarak hanya 150 meter. Penginapan selama 11 hari 10 malam. Manakala hotel di Madinah adalah Dar Al Naem atau setaraf dengan jarak hanya 150 meter selama 11 hari 10 malam.

  • Bilik Berempat RM 8490
  • Bilik Bertiga RM 9690
  • Bilik Berdua 10490

Ikon Umrah De Hearty 2019

Pada tahun ini, Ustaz Azadan Rabbani, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Azhan Rani yang popular menerusi drama Nur dan Nur 2 telah dilantik sebagai Ikon Umrah De Hearty. Mereka akan bertolak menunaikan Umrah oada bulan November dan Disember 2019 secara berperingkat. Wujudnya Ikon ini adalah untuk mendidik dan membantu jemaah sepanjang melakukan Umrah.

Ikon Umrah De Hearty 2019

Pelbagai keistimewaan yang jemaah Umrah De Hearty akan dapat antaranya:

  1. Penerbangan Terus menaiki MAS dan Saudi Airlines
  2. Mempunyai Lesen Muassasah Di Malaysia & Arab Saudi
  3. Pengangkutan Bas
  4. Jarak hotel yang dekat
  5. Penginapan hotel bertaraf 5 Bintang
  6. Peluang Menunaikan Umrah Bersama Ikon “Umrah De Hearty”
  7. Bimbingan Umrah 4 kali
  8. Menyediakan Pakej Umrah 12 Hari & 20 Hari
  9. Mutawif & Mutawwifah dari Malaysia & Arab Saudi
  10. Dua kali Solat Jumaat
  11. Tiada cas tambahan
  12. Fullboard Makkah dan Madinah
  13. Mendaki Gua Hira
  14. PERCUMA Lawatan ke Taif
  15. PERCUMA Beg Silang & Uncang Kasut
  16. PERCUMA Beg Bagasi 20″ & 24″
  17. PERCUMA Kain Ihram / Telekung
  18. PERCUMA Kursus Umrah
  19. PERCUMA Air Zam-Zam
  20. PERCUMA Juadah Nasi Unta

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menunaikan Umrah

  1. Passport Antarabangsa (tempoh sah laku 6 bulan)
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping
    bersaiz 4 x 6cm berlatar belakang putih dan saiz muka 80%
    (Lelaki : Tidak bersongkok/ Wanita : Bertudung)
  3. Buku/ Surat suntikan meningitis ACYW135.
  4. Salinan surat beranak anak jika ikut serta yang disahkan oleh JPN *wajib cop biru
  5. Salinan sijil nikah jika isteri ikut serta yang disahkan oleh Pejabat Agama Islam (Bahagian Nikah, Rujuk, Cerai). *wajib cop biru
  6. Dokumen Mahram bagi jemaah wanita berumur 45 tahun dan ke bawah

Kursus Pendedahan Eksklusif Pakej Umrah Palsu

Selain dari pakej Umrah yang amat berpatutan, pihak Maad Travel (M) Sdn Bhd juga mengadakan program amal di masjid terpilih untuk mendidik umat Islam tentang Pendedahan Eksklusif Pakej Umrah Palsu. Panel akan membincangkan isu ini dan objektif utama adalah untuk memberi pendedahan kepada waris para jemaah untuk ambil tahu persiapan Umrah ibu bapa kita.

Bagi memastikan jemaah tidak kelam kabut dan risau tentang perjalanan menjadi tetamu Allah, Maad Travel (M) Sdn Bhd akan menghantar gambar VISA & Nombor PNR (Passenger Name Record) 2 minggu sebelum bertolak untuk memudahkan jemaah. Jadi, kita dan jemaah yang ingin menunaikan Umrah akan lebih tenang dan fokus untuk menunaikan ibadah Umrah.

Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490

Menang Pakej Umrah Maad Travel (M) Sdn Bhd Di IKIM.FM

Jom sertai Kuiz Umrah De Hearty yang sedang berlangsung di IKIM.FM. Mudah sangat!

Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490

Perkongsian Ilmu Di Bernama TV & Radio

Mulai 3 Oktober 2019, Umrah De Hearty akan muncul di kaca televisyen setiap hari Khamis pada jam 9.15 pagi sehingga 10 pagi, pelbagai topik menarik yang akan dibincangkan.

Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490

MAAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
PAKEJ UMRAH DE HEARTY
Alamat : 8A, Jalan Flora 1/10, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim.
Nombor Telefon : 07-2895212 / 016-2771717
Email : umrahdehearty@gmail.com

Facebook :
www.facebook.com/umrahdehearty
www.facebook.com/MAADTRAVEL/

Instagram :
www.instagram.com/umrahdehearty
www.instagram.com/maadtravelmsdnbhd

Previous

Periksa Kelajuan Pelayan Blog Melalui Bitcatcha

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.