Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

| |

RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia. Assalammualaikum semua! Semalam hangat dibincangkan tentang Belanjawan 2020. Ramai tersenyum lebar dan ramai juga yang tidak menyukainya. Peningkatan Peruntukan kepada RM45 Juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sudah pun di umumkan. Ia semestinya dari prestasi yang ditonjolkan daripada pemain-pemain pelapis bola sepak negara di dalam program NFDP. Ia telah membuka mata banyak pihak di dalam dan luar negara. Pihak Kerajaan menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 Juta pada tahun 2019 kepada RM45 Juta bagi tahun 2020 melalui Kementerian Belia & Sukan!

RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

Apabila tiba di bahagian perbentangan dana sukan, tersenyum melihat di skrin televisyen dana RM 45 Juta di peruntukkan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Sebagai seorang rakyat yang suka melihat sukan Malaysia mengharumkan nama Negara di persada dunia, kita mahu negara lain sedar bahawa pasukan bola sepak Malaysia adalah pasukan negara Asia yang kompetitif di peringkat antarabangsa.

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia
YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia dimaklumkan di Dewan Rakyat

Malaysia di Persada Dunia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia mewakili negara Malaysia dalam bola sepak antarabangsa dan dikelolai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan kebangsaan itu ditubuhkan pada tahun 1963. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti pasukan bola sepak kebangsaan Malaya. Pasukan Malaysia digelar Harimau Malaya merujuk kepada harimau Malaya.

Harimau Malaya adalah salah satu pasukan yang berjaya di Asia Tenggara bersama Singapura, Thailand dan Vietnam. Pasukan Kebangsaan memenangi pingat gangsa pada sukan Asia pada tahun 1974 serta memenangi ASEAN Football Championship pada tahun 2010. Dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di tangga 75. Persaingan utama Malaysia di pentas antarabangsa adalah Thailand, Indonesia dan Singapura.

Football Association of Malaysia (FAM)

Andrew Caldecott menubuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menggiatkan aktiviti sukan bola sepak. Apabila wujud pertubuhan bola sepak, maka bola sepak di Malaysia dikenali sehingga hari ini. Pertubuhan bola sepak di Malaysia adalah Persatuan Bola Sepak Malaysia / Football Association of Malaysia (FAM), yang telah menggalakkan sukan ini menjadi sukan awam dan sukan kebangsaan di Malaysia. Anda boleh lawati laman web www.fam.org.my untuk kemaskini berita Persatuan Bola Sepak Negara.

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

Sejarah Pasukan Bola Sepak Malaysia

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935 hingga 1937. Sejak itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin ramai orang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan “Bola Sepak Kebangsaan”, maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 di Malaysia.

20 tahun selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, ramai pemain Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong. Pada tahun 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia telah mencapai kemuncak, bola sepak di Malaysia merupakan pasukan bola sepak yang pertama di Asia dan yang ke-5 di dunia.

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia
Sumber gambar dari www.inikanbola.my

Allahyarham Mokhtar Dahari (1953-1991) ialah pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC. Beliau ialah bekas penyerang pasukan Malaysia yang sangat terkenal di Asia, yang telah memperhebat dunia bola sepak Malaysia. Tahukah anda wujudnya Akademi Mokhtar Dahari (AMD)? Akademi ini bakal melahirkan ramai pemain bola sepak yang lebih berkualiti. InsyaAllah. Hassan Sani “si Lipas Kudung” telah menolong James Wong menjaringkan gol kedua yang membawa Malaysia memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Inilah semangat berpasukan.

Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 untuk peringkat Asia Tenggara. Di Malaysia juga mempunyai perlawanan diantara negeri iaitu Piala Malaysia. Piala Malaysia adalah kejohanan bola sepak pertama di Asia dengan nama Piala HMS Malaya yang bermula pada tahun 1921. Dalam penganjuran Piala HMS Malaya untuk yang kali pertama, Kelantan telah memenangi kejohanan itu. Seterusnya, Selangor konsisten memenangi perlawanan dalam sejarah Piala Malaysia.

Harimau Malaya Pada Masa Kini

Ruby lahir tahun 1987. Sepanjang hidup Ruby, perlawanan bola sepak adalah kegemaran kami sekeluarga. Sekarang, ruby terapkan kepada anak-anak. Sukan menyatukan rakyat Malaysia. Tapi, kali ini, dengan peruntukan yang diberikan. Harap sangat pasukan kita terus mara kehadapan. Sejak kebelakangan ini, prestasi pasukan Harimau Malaya kita tidak konsisten. Ruby nak tengok kita digeruni walau berlawan dengan sesiapa. Sebagai sukan profesional dan demi negara. Pihak FAM wajib menjaga kebajikan pemain bola sepak negara terlebih dahulu.

Banyak program pencarian pemain bola sepak negara di sekolah-sekolah dan seterusnya menjadi karier kepada anak muda dalam mengharumkan nama negara. Sebagai rakyat, kita tidak mahu lihat drama di atas padang lagi. Main bersungguh-sungguh, sekarang ni asyik dengar jeritan Sumareh! Goal please goal! Hahaha. Sudah lama tidak kedengaran nama pemain Malaysia. Kalau perlu tukar pemain bola sepak negara, tukarlah. Sebab banyak pemain dari kelab peringkat negeri yang hebat-hebat. Jangan biarkan yang tak mampu beraksi masih di pentas perlawanan. Sekarang, Pasukan Bola Sepak Negara sedang dalam liga AFC peringkat kelayakan. Perlawanan sebegini akan memantapkan fizikal dan mental para pemain.

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin; Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ahli-ahli jawatankuasa boleh mula baca komen para netizen di facebook www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial tentang prestasi pemain dan jurulatih. Ambil sebagai teguran membina. Sebab mereka inilah yang menyokong Pasukan Bola Sepak Negara sampai bila-bila dan tidak kira masa. Perlawanan awal pagi pun kami ada setia menonton. Kata-kata memang mudah untuk dilontarkan, sebab kami tidak boleh bermain seperti Pasukan Harimau Malaya. Tapi, kami inginkan yang terbaik. Rindu nak bersorak kemenangan. Rindu nak sembang berkenaan bola sepak negara bersama rakan sekerja. Rindu nak menangis seronok bila pasukan negara menang.

Semoga peruntukan RM 45 juta bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia akan memberi satu sinar baru kepada pasukan Harimau Malaya lelaki dan wanita untuk terus mengharumkan nama Malaysia. Kami sebagai rakyat akan terus menyokong kalian dari Semenanjung hingga Sabah Sarawak. Rasakan tenaga positif kami yang terus bersorak untuk kalian. Majulah Sukan Untuk Negara!

www.fam.org.my

www.kbs.gov.my

Previous

Belanjawan 2020 : Memperkasa Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Too Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.