Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival

| |

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival. Assalammualaikum semua! Wah Shopee ni sentiasa pandai ambil hati kita semua kan. Promosi setiap bulan dah ready. Ruby pun dah allocate duit untuk berbelanja di Shopee setiap kali muncul tarikh-tarikh istimewa ni. Penglibatan jenama dan selebriti tanah air memang memberi kemanisan dalam kita berbelanja. Lagi syok bila muncul ikon bola sepak iaitu Cristiano Ronaldo untuk kali ini. Fenomena Blackpink pun tak habis lagi. Terima kasih Shopee! Korang dah ready untuk 10.10 Brands Festival Kempen? Kali ini ada kempen “Beli Barangan Malaysia” untuk bertujuan mempromosikan produk buatan Malaysia dalam usaha membantu usahawan tempatan untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi negara. Haaaa senang la nak mencari sambal kering! Masa travel, kalau takda sambal, boleh kelam kehidupan. Hehehe

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawakan kempen nasional Beli Barangan Malaysia dalam talian dan rantau ini. Langkah ini bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka serta berkembang maju dalam persekitaran yang amat kompetitif. Beberapa inisiatif utama akan dijalankan di bawah kerjasama ini:

Pertama, untuk memastikan keterlihatan produk-produk buatan Malaysia di platform e-dagang, Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin’ 39; Graze dan OldTown White Coffee. Kempen ini juga akan mendapatkan sokongan selebriti daripada Shopee Selebriti Skuad di mana produk mereka juga dibuat di Malaysia termasuk Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan, Fynn Jamal, Amy Search, and Sophia Liana. Di samping itu, pengguna Shopee boleh mendapatkan barangan Malaysia sebenar termasuk produk kecantikan, pes kari lazat, sambal belacan, ikan bilis kering dan banyak lagi daripada para peniaga tempatan.

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival
Empat dari kiri Shino Lee, Marketing Lead (Communications), Shopee Malaysia; YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; YBHG. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Domestic Trade), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, together with members of the Shopee Celebrity Squad (from left) Amy Search, Sophia Liana, Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan and Fynn Jamal at the launch of the Buy Malaysian Campaign on Shopee.

Kedua, bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk mengetengahkan koleksi Beli Barangan Malaysia untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12. Ini adalah untuk memastikan penjual produk buatan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan trafik dan kegiatan membeli-belah dalam talian untuk tempoh tersebut. Sebagai contoh, 10.10 Brands Festival yang berlangsung sehingga 10 Oktober akan menawarkan kepada rakyat Malaysia penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10, tawaran harian serendah RM10, diskaun eksklusif sehingga 80%, dan permainan dalam aplikasi menarik seperti Mission: Shopee, Voucher Together-Gether, Shopee Catch dan Shopee Quiz dengan jumlah 10 juta Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi.

Untuk mencerminkan komitmen Shopee memaparkan kualiti dan daya tarikan produk buatan Malaysia, koleksi Beli Barangan Malaysia akan dipaparkan bersama jenama antarabangsa dan jenama terkenal seperti Unilever, HP, Enfagrow, Photobook Malaysia, L’Oreal, Vinda, Nutox, Universal Traveller, Mr DIY, Nestle dan Realme yang menjalankan Super Brand Days untuk 10.10 Brands Festival. Setiap jenama akan mendapat sokongan khusus daripada Shopee untuk meningkatkan keterlibatan pengguna, seperti ciri-ciri permainan dan pengambilalihan jenama di dalam aplikasi.

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival
Lima dari kiri Shino Lee, Marketing Lead (Communications), Shopee Malaysia; YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; YBHG. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Domestic Trade), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, together with the representatives of homegrown brands and SMEs to kick start the Buy Malaysian Campaign on Shopee.

Ketiga, selain daripada menyokong produk tempatan di Malaysia, Shopee juga membolehkan penjual tempatan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan inisiatif rentas sempadan serba lengkap. Dikenali sebagai Shopee International Platform (SIP), inisiatif ini menawarkan pelbagai kemudahan logistik, pembayaran dan perkhidmatan pelanggan kepada penjual tempatan tanpa sebarang kos tambahan. Ini pasti mendorong peruncit yang ingin menembusi pasaran antarabangsa tetapi menghadapi kerumitan operasi.

Dengan SIP, para penjual Malaysia kini boleh meluaskan perniagaan mereka di rantau ini, bermula dengan Singapura. Inilah masa yang paling sesuai, selaras dengan agenda Beli Barangan Malaysia, kerana usahawan tempatan boleh menjana pendapatan lebih besar dan berdaya maju dengan Shopee dan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa.

Kempen Beli Barangan Malaysia

Akhir sekali, untuk memacu minat dan trafik untuk Shopee 10.10 Brands Festival dan inisiatif
kempen Beli Barangan Malaysia, rakan-rakan niaga Shopee akan menawarkan keistimewaan
eksklusif seperti:

  • Boat Noodle: Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat
    Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada).
  • Salad Atelier: Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa
    Lemak Wrap & RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon Sandwich
  • Baskin Robbins: Potongan sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins
  • Burger King: Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10
  • Boost: Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost App pada 10.10 dan anda
    berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100 dan iPhone 11, ditaja oleh
    TMT
  • Haagen Dazs – Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim

“Kempen Beli Barangan Malaysia ialah inisiatif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendidik pengguna tentang kehebatan kualiti dan kepelbagaian pilihan produk buatan Malaysia di pasaran. Buat pertama kali tahun ini, KPDNHEP meluaskan skop kempen Beli Barangan Malaysia di luar saluran runcit lazim menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan, lapangan terbang, stesen minyak dan platform e-dagang.

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival
Dari kiri YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, together with Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia launching the Buy Malaysian Campaign on Shopee.

“Menerusi pakatan dengan platform e-dagang seperti Shopee, kami berharap untuk meningkatkan permintaan bagi produk buatan Malaysia dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dan bersedia untuk mengeksport. Memandangkan Shopee menawarkan capaian kepada 20 juta pengguna di Malaysia dan berpotensi untuk mencapai 200 juta lagi pengguna di rantau ini, saya yakin bahawa kempen Beli Barangan Malaysia di Shopee akan mencatatkan kejayaan besar,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri, KPDNHEP di majlis pelancaran yang diadakan di Sofitel Kuala Lumpur Damansara.

Ayuh Bersedia Untuk Shopee 10.10 Brands Festival
Dari kiri Shino Lee, Marketing Lead (Communications), Shopee Malaysia; YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia; Zed Li, Head of Business, Shopee Malaysia; YBHG. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Domestic Trade), Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs Malaysia, launching the Buy Malaysian Campaign on Shopee

Keputusan untuk memulakan kerjasama ini dengan KPDNHEP ini adalah sejajar dengan komitmen berterusan Shopee untuk membangunkan dan memperkasakan usahawan tempatan. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami berbangga untuk terus berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menyokong barangan dan perkhidmatan keluaran Malaysia dan merangsang ekonomi tempatan. Ini juga menyokong usaha sedia ada kami seperti Shopee University, bengkel percuma kami untuk penjual yang telah membantu dan melengkapkan kira-kira 6,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana dan penjual dengan ilmu jual beli dan pemasaran e-dagang. Oleh itu, kami amat teruja kerana dapat melakukan lebih melalui kerjasama kami dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.”

Dapatkan maklumat lanjut tentang 10.10 Brands Festival di https://shopee.com.my/1010.
Untuk membeli produk kegemaran Malaysia, layari https://shopee.com.my/buatanmalaysia.

www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY

Previous

Pakej Umrah De Hearty Serendah RM 7,490

Siti Khadijah TPO Nayla Di Shopee Super Brand Day 11 Oktober 2019

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.