Too Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran

| |

Too Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran. Assalammualaikum semua! Teruja Ruby ingin kongsikan dengan kalian semua tentang laman portal baru yang mempunyai informasi lengkap tentang permotoran. Kekuatan sesebuah platform yang fokus kepada sesuatu aktiviti pasti dapat melangkah lebih jauh. Portal ini bukan sekadar memberi informasi acara menunggang motosikal terkini, tetapi ia sarat dengan informasi berita terkini tentang permotoran. Sama ada motosikal yang baru dilancarkan, program CSR atau jualan barang-barang keperluan pemilik motosikal. Ini kerana seorang penungang motosikal pada masa kini bukan hanya inginkan motor dan helmet sahaja. Kini, mereka inginkan kamera GoPro, aksesori pakaian dan macam-macam lagi. Ruby doakan laman web ini terus fokus memberi yang terbaik kepada komuniti permotoran.

Too Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran

Sebuah portal www.toowheel.com telah dilancarkan sebagai sebuah platform yang menggabungkan pelbagai acara serta aktiviti permotoran, latihan dan e-dagang. Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof berkata, portal yang julung kali diwujudkan di Malaysia ini  bukan sahaja menjadi platform perhubungan bagi peminat sukan permotoran malah mengubah landskap pengguna ke arah penggunaan teknologi secara maksimum termasuk aktiviti jual beli barangan secara atas talian. Langkah itu dilihat selari dengan saranan kerajaan  agar rakyat menguasai kemahiran tinggi dan teknologi terkini.

Too Wheel Bukan Sekadar Platform PermotoranToo Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran

Katanya, melalui konsep e-dagang, pengguna tidak perlu lagi mencari aksesori permotoran di kedai-kedai sebaliknya mendapat segala informasi berkaitan sesuatu barangan yang diperlukan dihujung jari.

“Saya melihat industri permotoran sudah berkembang, bukan lagi seperti dahulu yang penuh dengan ‘mat rempit’ sebaliknya penunggang motosikal kini banyak melakukan aktiviti amal. Justeru itu, industri ini perlu terus diberi galakkan dan saya berharap Too Wheel mampu mengubah landskap permotoran. Dalam masa sama, saya akan terus memberi sumbangan dan sokongan dalam bidang ini,” katanya ketika berucap merasmikan portal www.toowheel.com.

Laman Sesawang www.toowheel.com Lengkap Dengan Informasi

Toowheel.com merupakan sebuah portal yang terbuka kepada semua pemilik kenderaan beroda sama ada dua atau empat tanpa mengira kelas dan jenis sebagai rujukan kepada pemilik kelab mengenai sebarang aktiviti yang dirancang dan dianjurkan. Portal tersebut turut menyenaraikan nama-nama kelab permotoran yang ditubuhkan di negara ini, sekali gus menjadikannya platform kepada penggemar sukan permotoran untuk saling bertukar pandangan, pengalaman dan berkongsi aktiviti.

Too Wheel Bukan Sekadar Platform PermotoranToo Wheel Bukan Sekadar Platform PermotoranToo Wheel Bukan Sekadar Platform Permotoran

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kumpulan Too Wheel, Shahrul Azuwar Abd Aziz berharap melalui portal tersebut, pelbagai perancangan dan aktiviti menjual beli barangan serta aksesori permotoran lebih tersusun, sekai gus mengangkat nama Malaysia dalam sukan yang disukai ramai sejak berpuluh tahun lalu

Jelasnya, platform yang disifatkan sebagai satu pusat sehenti itu bakal menarik sekurang-kurangnya 100,000 ahli di seluruh negara bermula tahun hadapan.

“Objektif Too Wheel adalah untuk menggabungkan semua yang berkaitan sukan permotoran dalam satu platform dengan lebih tersusun dari segi penampilan, imej, maklumat dan sebagainya. Langkah ini akan memudahkan pengguna mendapat maklumat dan membeli barangan yang berada di depan mata,” katanya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan untuk mengembangkan portal tersebut di peringkat antarabangsa apabila mencapai sasaran ahli yang ditetapkan.

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Too Wheel

Buat masa ini kita memberi fokus dalam negara terlebih dahulu dan akan fikirkan untuk kembangkannya di seluruh dunia. Yang penting buat masa ini, produk yang akan dipasarkan berjaya mendapat tempat serta sambutan dari orang ramai. Selain aktiviti jual beli, Too Wheel akan mempromosikan konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan mencipta pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pelbagai jaringan termasuk pihak kerajaan, swasta, universiti, pelajar institusi tinggi dan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik.

www.toowheel.com
www.facebook.com/Toowheel-Malaysia
www.instagram.com/toowheel_malaysia

Previous

Belanjawan 2020 : Peruntukan RM 45 Juta Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.