ABOUT RUBY

About Ruby? Menjadi seorang blogger secara sepenuh masa bukanlah mudah. Tetapi ia juga tidak susah jika kita rajin berusaha dan berani. Apabila seseorang itu menceburi ke dalam bidang penulisan blog dan media sosial secara sepenuh masa, ia ibarat membuka perniagaan. Kesukaran dan kesenangan seperti naik turun perniagaan memang tidak boleh dipisahkan. Apa yang pasti anda perlu rajiin dan konsisten dalam apa jua bidang. Betul tak?

About Ruby

www.ruby.my adalah nama domain bersempena dengan nama panggilan penulis iaitu Rabiatul Adawiyah. Saya hanya manusia biasa yang suka membuat perkara bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat. Saya mula “re-branding” domain dari www.rabiatuladawiyah.com ke www.ruby.my adalah pada 17 April 2013. Sebutan untuk nama blog sebelum ini adalah RA – BI – A – TUL – A – DA – WI – YAH. Hehehehe. Kini saya menggunakan www.ruby.my bagi memudahkan saya untuk dikenali seluruh dunia.

Kronologi domain blog

18 Okt 2003 – 1 Feb 2010 : www.rabiatuladawiyahzakaria.blogspot.com

2 Feb 2010 – 2 Feb 2014 : www.rabiatuladawiyah.com

17 April 2013 – present : www.ruby.my

Pendidikan

Setelah tamat zaman sekolah, saya sambung belajar di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) di dalam kursus Teknologi Maklumat iaitu Software Engineering. Pada tahun 2009 saya berjaya habiskan diploma saya dan kemudian terus menyambung penganjian ke peringkat Ijazah. Hehehe. Susah-susah dahulu dan senang-senang kemudian. Saya menyambung pengajian di dalam Bachelor of Information Technology (Hons) in Network Technology di KLMU pada tahun 2010 dan tamat pengajian pada tahun 2012.

Pekerjaan

Alam pekerjaan sememangnya sangat menyeronokkan. Senarai pekerjaan yang mematangkan dan memberi pengalaman yang berbeza kepada saya :

1. IKEA Exit Bistro, Mutiara Damansara (2002)
2. Sales Coordinator, Watson’s Personal Care Store, KLCC (2004)
3. Cashier, Bukit Bintang Bistro, Bintang Walk (2005)
4. Barista, Delifrance Bistro, KLCC (2005)
5. Waitress, Manhattan Fish Market, Ampang (2006)
6. Cashier, London Fish Tale, KLCC (2006)
7. SEM RIS, IT Helpdesk, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, Plaza Berjaya (2007 – 2010)
8. Executive Event & Marketing – Social Media, Tourism Selangor Sdn Bhd, Shah Alam (2011)
9. Full Time Blogger – (2012 – Present)
10. Freelance Social Media Team for Manoah Consulting (2014)
11. Advisor – Kelab Blogger Ben Ashaari (2014 – 2015)
12. Owner – Ruby.MY (2013 – Present)

Dunia Blog

Pada tahun 2012 bermulanya penulisan blog secara sepenuh masa. Pada asalnya menulis blog sekadar hobi dan tempat melampiaskan amarah. Hahaha. Alhamdulillah ia menjadi kerjaya saya. Banyak kenangan manis dan pahit. Seperti biasa, ia mematangkan saya. Saya menulis berdasarkan minat, kepercayaan sesuatu produk dan kesedapan makanan yang saya makan. Saya tidak kisah melabur sedikit wang untuk mendapatkan isi penulisan yang lebih baik dan benar. Apa yang saya paparkan adalah dari pengalaman saya sendiri.

Niche Blog

Saya menulis menggunakan niche blog Lifestyle. Ini kerana pelbagai informasi menarik tersedia untuk dikongsikan dengan masyarakat di luar sana. Alhamdulillah niche ini dikenali. Cuma ia adalah skop yang besar. Di dalam lifestyle terdapat informasi kecantikan, tempat menarik untuk bercuti, makanan sedap di sekitar anda, fesyen pakaian terkini, tips keibubapaan dan macam-macam lagi. Jadi selamat datang ke blog Malaysia Lifestyle Blogger.

Terima kasih sudi membaca about Ruby. Jumpa lagi!