Iklan

Selamat datang ke blog comel Ruby.MY. Menulis kerana minat dan apabila ada rezeki lebih, maka advertorial, iklan dan kerjasama menjadi sumber rezeki bagi saya sebagai penulis blog sepenuh masa. Alhamdulillah.

Tawaran pengiklanan di blog saya murah dan mudah. Tiap penulisan yang saya hasilkan adalah dari sudut pandangan pengguna. Sebab itu saya sering menulis perkara yang saya minat dan saya sanggup menggunakan wang sendiri untuk dapatkan hasil penulisan yang lebih baik.

Trafik blog ini secara purata bulanan adalah 4 – 5 angka. Dilawati oleh pembaca wanita dan lelaki dari Asia di antara usia 18-50 tahun. Kebanyakan pembaca saya adalah mereka yang mempunyai minat yang sama seperti saya. Mungkin ada yang meminati review makanan, tutorial produk kecantikan, journal percutian dan mungkin hiburan di sekitar Klang Valley.

4 perkara dalam kehidupan yang sering bergerak seiring yang saya gemar berkongsi dengan pembaca iaitu kecantikan, makanan, hiburan dan percutian. Keempat-empat ini berkait rapat dan saya seronok menulis apa yang saya minat.

Advertorial, Iklan dan Kerjasama saya tawarkan adalah seperti berikut.

Advertorial
Food Review / Perasmian Produk / Travel / Produk Kecantikan
Advertorial (Hadir Event, Unlimited Live Instagram, FB & Tweet, Ambil Gambar & Blog selepas event)
Draft review (Press Release) WAJIB disediakan oleh pengiklan.

Hubungi ruby untuk sebut harga terkini di rubydotmy@gmail.com

Iklan
Banner 300 x 90 : RM 300 sebulan (Header : 728 x 90)

Kerjasama
Untuk kerjasama bersama Ruby.MY sila email saya di rubydotmy@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya. Sila pastikan “Apakah keperluan dari pihak anda yang perlu Ruby.MY lakukan” & “Apakah manfaat yang akan diterima oleh Ruby.MY dari segi bayaran dan lain-lain”.

Berikut adalah terma & syarat saya yang anda harus tahu jika anda berminat untuk bekerjasama dengan saya :

1. Ya, saya blogger sepenuh masa, itu tidak menjanjikan bahawa saya sentiasa berkelapangan kerana saya juga mempunyai acara yang perlu hadir dan urusan seharian yang perlu diselesaikan. Maka saya memilih masa yang sesuai untuk menerrbitkan artikel pada masa lapang. Anda juga bebas untuk mencadangkan tarikh sesuai untuk saya menerbitkan artikel.

2. Penulisan dan ulasan di blog saya sangat mudah dan senang untuk difahami kerana ia jujur dari sudut pandangan seorang pengguna. Saya bebas untuk memberi pendapat jujur tentang pengalaman saya.

3. Saya menerima TUNAI iklan dan penajaan atau sebarang bentuk saguhati.

4. Untuk ulasan produk, ia akan dihantar kepada saya secara pos dan ia adalah tangungan serta perbelanjaan dari syarikat anda. Produk yang diberikan kepada saya untuk di review tidak akan dikembalikan.

5. Produk yang diberikan kepada saya dari beg cenderahati, atau sebagai satu bentuk saguhati adalah kepunyaan saya.

6. Untuk kempen giveaways, wajib syarikat anda mengepos hadiah tersebut kepada pemenang tanpa gagal.

Jika ada apa-apa pertanyaan atau mungkin anda mempunyai budget tersendiri, sila hubungi saya secara personal di rubydotmy@gmail.com