Tentang Ruby

Tentang Ruby? Menjadi seorang blogger secara sepenuh masa bukanlah mudah. Tetapi ia juga tidak susah jika diri anda rajin berusaha dan berani “let go” sesuatu perkara yang menyakitkan hati. Apabila seseorang itu terjun ke dalam bidang penulisan blog secara sepenuh masa, ia ibarat membuka bisnes. Kesukaran dan kesenangan seperti naik turun “ranking” memang tidak boleh dipisahkan. Apa yang pasti anda perlu rajiin menulis.

Tentang Ruby

www.ruby.my adalah nama domain bersempena dengan nama panggilan penulis Rabiatul Adawiyah. Hanya orang biasa yang suka membuat perkara bermanfaat kepada diri dan orang sekeliling. Saya mula re-branding domain dari www.rabiatuladawiyah.com ke www.ruby.my adalah pada 17 April 2013. Sebutan untuk nama blog sebelum ini adalah RA – BI – A – TUL – A – DA – WI – YAH. Hehehehe. Kini saya menggunakan www.ruby,my bagi memudahkan saya untuk promosi blog saya lebih jauh.

Kronologi domain blog

18 Okt 2003 – 1 Feb 2010 : www.rabiatuladawiyahzakaria.blogspot.com

2 Feb 2010 – 2 Feb 2014 : www.rabiatuladawiyah.com

17 April 2013 – present : www.ruby.my

tentang ruby

Inilah saya, Rabiatul Adawiyah Binti Zakaria. Saya dilahirkan di Hospital Batu Gajah, Perak pada 18 Oktober 1987 pada jam 2 : 47 pagi. Dibesarkan di kampung halaman bersama atok dan opah di Kampung Baru Changkat Tin, Tanjung Tualang, Kampar, Perak.

Pendidikan

Setelah tamat zaman sekolah saya sambung belajar di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) di dalam kursus Teknologi Maklumat iaitu Software Engineering. Pada tahun 2009 saya berjaya habiskan diploma saya dan kemudian terus menyambung penganjian ke peringkat Ijazah. Hehehe. Susah-susah dahulu dan senang-senang kemudian. Saya menyambung pengajian di dalam Bachelor of Information Technology (Hons) in Network Technology di KLMU pada tahun 2010 dan tamat pengajian pada tahun 2012. Berbeza perasaan bila dah tua ni sambung belajar. Tapi apa yang best adalah saya lebih fokus, tidak main-main seperti dahulu. Baru tahu erti susahnya belajar dan bekerja dalam satu masa yang sama. Alhamdulillah.

Pekerjaan

Alam pekerjaan sememangnya sangat penat dan stress. Masa ini kita bertemu dan berkenalan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik bersebab dan ada yang baik kerana tidak mempunyai kawan langsung. Alam pekerjaan membuatkan saya lebih matang dan alam pekerjaan membuatkan saya menjadi seseorang yang lebih menepati masa. Lewat kena potong gaji, kena marah memang tidak best.

Senarai pekerjaan yang mematangkan dan memberi pengalaman yang berbeza kepada saya :

1. IKEA Exit Bistro, Mutiara Damansara (2002)
2. Sales Coordinator, Watson’s Personal Care Store, KLCC (2004)
3. Cashier, Bukit Bintang Bistro, Bintang Walk (2005)
4. Barista, Delifrance Bistro, KLCC (2005)
5. Waitress, Manhattan Fish Market, Ampang (2006)
6. Cashier, London Fish Tale, KLCC (2006)
7. SEM RIS, IT Helpdesk, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, Plaza Berjaya (2007 – 2010)
8. Executive Event & Marketing – Social Media, Tourism Selangor Sdn Bhd, Shah Alam (2011)
9. Full Time Blogger – (2012 – Present)
10. Advisor – Kelab Blogger Ben Ashaari (2014 – 2015)
11. Owner – Ruby My Network (Present)

Dunia Blog

Pada tahun 2012 bermulanya penulisan blog secara sepenuh masa. Pada asalnya menulis blog sekadar hobi dan tempat melampiaskan amarah. Hahaha. Alhamdulillah ia menjadi pekerjaan saya.

Sewaktu tayangan perdana lawak ke der
Rabiatul Adawiyah bersama rakan blogger. Cik Lily Putih dan Kifli Dolce
Secret Recipe Blogger
Rabiatul Adawiyah sewaktu bersama rakan blogger di event Secret Recipe. 🙂

Banyak kenangan manis dan pahit. Seperti biasa, ia mematangkan saya. Saya menulis berdasarkan minat, kepercayaan sesuatu produk dan kesedapan makanan yang saya makan. Saya tidak kisah melabur sedikit wang untuk mendapatkan isi penulisan yang lebih baik dan benar. Apa yang saya paparkan adalah dari pengalaman saya sendiri.

MSMW2013 telah memberi peluang kepada Rabiatul Adawiyah di temuramah oleh Astro Awani
Rabiatul Adawiyah sewaktu ditemuramah di Astro Awani pada acara MSMW2013

Sebagai blogger, tidak dinafikan banyak dugaan, jadi anda perlu enjoy life dan cinta bidang yang anda ceburi agar anda lebih kuat mengharungi apa sahaja cabaran dunia blogging ini. Jangan lupa pegang kata-kata “anda baik dengan orang, orang akan baik dengan anda” dan lagi satu kata-kata yang saya sentiasa pegang adalah “rezeki ada dimana-mana, apabila anda tidak memiliki apa yang anda inginkan, pasti Allah s.w.t ingin memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan”. Situasi ini berlaku kepada saya tatkala saya sertai peraduan dan sudah buat baik sehabis mungkin, tetapi blogger pilihan hati advertiser sentiasa menang. Saya redha. Hehehe.

Alam Perkahwinan

Akad Nikah
Akad Nikah Saiful Naim dan Rabiatul Adawiyah pada 10 November 2012

Saya bernikah dengan seorang Jurutera. Awal perkenalan sekitar tahun 2007 sewaktu beliau belajar Diploma di Balik Pulau, Penang. Perkenalan kami dibantu oleh seorang rakan dan bermulalah sms yang berlarutan. Kemudian barulah telefon pula. Kami tidak pernah berjumpa. Hanya sms peneman kami. Saya sibuk bekerja, beliau sibuk belajar. Memang kadang-kadang ada terlupa nak sms dan telefon. Hahaha. Setelah berkenalan 6 bulan melalui sms, barulah beliau bertanyakan samada sudah berpunya atau tidak. Bolehkah nak berkawan dengan lebih rapat. Saya kata “saya tidak berminat, tetapi kita boleh cuba. Jarak jauh lagi bagus”. Saya di KL, beliau di Penang.

Tahun 2012 kami bernikah, 2013 hamil, 2014 dapat anak sulong, 2015 fully breasfeeding, 2016 dapat anak kedua. Sekarang kami dah memiliki dua orang cahaya mata. Alhamdulillah.

Berbuka Puasa Di Dalam Kereta
Adam Solihin & Alif Daniel

Ini adalah cerita saya, bagaimana pula cerita anda? Pasti ia lebih seronok dan lebih thrill. Walau apa pun kelebihan yang kita ada, ia adalah pinjaman semata-mata. Baik dengan semua orang, pasti anda disayangi.

Terima kasih Ya Allah!

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png