Sambutan Hari Raya Qurban 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430

Assalammualaikum semua.. Selamat Hari Raya Qurban.. Wah.. Hari ni mesti korang dapat daging Qurban kan.. Alhamdulillah, rezeki Allah s.w.t beri..  Hari Raya Qurban kali ni aku beraya di rumah makteh aku.. Malam td perjalanan pergi ke rumah makteh kat Klang, aku leh salah jalan.. dari tol Sungai Buloh dah elok2 leh terus ke Klang,.. Aku pi masuk jalan ke arah KL.. Hahaha... Marah mak aku.. Hehehe.. Hrmm.. Nak selamat, aku cakap la "kita ikut federal highway yer mak".. hehehe.. takut aku kalau mak marah.. Hrmm.. Malam td naim pun ikot sekali.. Hehehe.. Bertolak dari jam 9.15 pm, sampai Klang jam 10.15 pm.. Fuh sejam.. Jalan sesak plak tuh.. Padan muka aku,.. hehe..

.semuanya sedaap!.

Mak dan Makteh aku masak pelbagai juadah.. Yang beli hanyalah lemang.. Ngee.. Ada mee hun sup, nasi impit dan kuah kacang dan rendang ayam.. Totally awesome!! Hehehe.. Aku makan beberapa kali lah jugak.. Dari jam 9 am sampai 3 pm, aku dah makan 4 kali tau.. Hahaha.. Habis lah diet aku.. Tapi takpe, esok lusa diet la balik.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. hehehe.. Kami balik dari rumah makteh dalam jam 3.40pm, sampai kat Damansara dalam jam 4.15 pm macam tu.. Jalan tak sesak.. Hehehe.. Mak and Naim sempat tido lagi tu.. Hehehe.. Kalau aku tak drive, leh tangkap gambar.. hikhikhik...

Semoga di hari yang mulia ni, kita mengambil pengajaran dari kisah2 Nabi dan Rasul pada zaman dahulu.. Biar ia menjadi guide line untuk menjadi manusia yang berguna dan beriman.. Amin.. Kepada semua umat Islam di seluruh dunia nih, Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Semoga berbahagia selalu!!

Dimuatkan picture pelbagai juadah dan pic family aku.. Seronok rasanya bila berkumpul.. <3

.pelbagai juadah.


.one happy family at home.
.inilah ahli keluarga makteh aku.. dari kiri, naim, pakteh, makteh and nurul.. kat bawah tu, dari kiri azim and firzanah.



.pasangan sedondon dan "luar biasa".. sukses selalu.



.mak saya dan makteh.. adik beradik betemu.



.candid.. candid.



.aku pun nak bergambar juga,.. rabiatul adawiyah, saiful naim, firzanah, azim and naim.. ada dua naim.. hehe..




PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال