Ulasan Filem : Santau

Ulasan Filem : Santau. Tajuk pun sudah menyeramkan. Inikan pula apabila terjadi kepada diri sendiri. Filem terbaru yang menggegar pawagam pada 10 Dec 09 ni amat megujakan aku.. Trailer dia membuatkan aku nak menonton secepat yang mungkin.. Walaupun kaki aku ni masih sakit disebabkan kekejangan otot (cewah.. macam atlit negara la plak.. hehe..), aku gagahkan diri untuk menonton wayang yang sedang panas di pawagam..

.ticket.


Aku booking online dari gsc.com.my and payment melalui maybank2u.com.. 2 tiket.. Satu tiket berharga RM 9.00.. Berbaloi jugak la.. Tapi aku pelik la plak.. Bukan ke movie baru RM 11.00.. Hrmm.. tapi takpe.. jimat duit aku... hehe..



Sinopsis SANTAU

Sepasang suami isteri, Halim (Esma Daniel) dan Nina (Putri Mardiana) bersama anak perempuannya Ecah hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin (Riezman) dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Ecah yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Ecah mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Ecah mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Ecah memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka.
Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.
Bagaimanakah Halim menangani masalah keluarganya? Siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik masalah menyeramkan ini?
Saksikan kisah dan kesudahannya dalam SANTAU.

SANTAU Trailer



Dari pena aku.......

Setelah menonton filem ni, aku nak war-warkan korang pegi tngok.. Ada mesej yang tersirat dan tersurat.. Sebagai manusia biasa, kita tak lari dari benda2 ni semua... Perkara tahyul dan syirik ni lah yang sering menjatuhkan manusia.. Mana taknya, hasad dengki dan khianat sampai sanggup bunuh org lain.. Walaupun sahabat.. Siapa sangka org yang baik dan kita pula berharap kepada dia yang akan membantu kita tapi dia pula menjadi sebegitu kejam untuk menghancurkan diri kita.. Nak dikata kan fitrah alam, jauh sekali.. kerana tuhan telah menjadikan kita sebaik2 manusia..

Para pelakon amat bagus.. Semua penghayatan dan watak amat "real".. Sehinggakan aku rasa setiap babak memang ada berlaku di dunia kita ni.. Penyampaian filem ini jelas sekali.. Apabila disantau, tak semua org akan percaya, pada mulanya kita akan mencari saudara mara untuk berubat.. Konon2nya mereka tahu.. Memang mereka tahu, tapi tak begitu kuat,.. Seterusnya kita akan mencari jiran tetangga yang akan dtg tiba2 untuk membantu.. (Ooopss.. perkara ini memang berlaku, kebanyankannya segan nak tanya ustaz).. Selepas itu berjumpa bomoh.. Akhirnya, kita tetap juga meminta bantuan dari yang satu.. Allah s.w.t.. Lihat lah usaha manusia ni.. Mungkin susah nak cari org yang betul2 boleh bantu, yang mengaku terror ada  la.. Hasilnya??  Hampa.. Kredit untuk penulis skrip dan pengarah Azhari Mohd Zain.. Kerana berjaya membawa sedikit demi sedikit realiti masyarakat melayu..

Aku nak bg banyak2 kredit kat pelakon ni.. Watak dia aku rasa sangat susah.. Tak tahu la suara dia ada ke tak lg nih.. Dalam filem ni, babak dia paling banyak memerlukan jeritan dan kekuatan badan.. Fuh.. Kena santau tu.. Takkan nak buat ala kadar je kan..

.Putri Mardiana.

Filem ni sekejap je.. 1 jam lebih macam tu je.. Best wo.. Oklah, ni point of view aku je.. Selamat menonton k.. xoxo..

.kami sasau.. hehehe.

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. seram la jugak.. tapi best.. banyak juga unsur sebenar masyarakat melayu.. selamat menonton.. :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال