Double Trouble KL Search & Wings powered by DiGiLive


Double Trouble KL Search & Wings powered by DiGiLive]

Double Trouble KL Search & Wings powered by DiGiLive | Are you ready everybody?? Yes I’m ready!

Hihi. Aku masih deman rock si Awie dan Amy! Best la malam tadi. Teruja sangat.! Mana tak teruja, mereka dah lama bertapak didalam industri seni tanah air sejak aku masih kecil. Bila masa nak pergi tengok live macam ni? Tidak kusangka berkesempatan juga akhirnya! 

Double Trouble KL Search & Wings powered by DiGiLive


Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi complimentary ticket! Yay! Saya menang kontest tau! Hihi. Tak lupa kepada DiGi juga.!

Malam tadi saya tak jumpa pun blogger lain selain Saiful Naim. hahaha. shh..


bergambar di wall of fame DiGi Live, gambar ehsan dari http://saiful-naim.blogspot.com

Memang sesak la malam tu. Nak masuk pun sampai DiGi kena panjat pagar untuk cek tiket!


Kat belakang saya tu mereka sedang berasak2 nak masuk! Saya sempat bergambar! haha!


Faizal FBI selaku emcee!


Ini adalah jarak asal camera aku dari pentas. So, jom zoom!


Awie memang best pada malam tu! Lagu Sejati ada Orchestra tau! memang best! my feveret songs ever la! Semua crowd nyanyi!


Saya tengok Awie ni berkebolehan dalam banyak aspek la. Berlakon pun best, nyanyi pun best. Siap guna tagline movie Mak Limah yg dia berlakon tu masa kat konsert! “Ce Cite” loghat Perak k.!




Amy Search pun best! Masih aktif menggegarkan pentas DiGi Live! Ada peminat fanatik yg membuat konsert lagi bergegar! I LIKE!

Hope tahun 2011 ada lagi Double Trouble! DiGi saya nak media pass leh x? duk ngan camera man pun ok je! Sumpah saya bawak DSLR EOS 60D! hikhikhik..

Saiful Naim

I'm a full time worker and part time blogger.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال