Inovasi Terkini Samsung Smart TV | Hi Everyone, Sabtu lepas, saya ada dua event besar, salah satunya adalah bersantai bersama Samsung Smart TV bertempat di Micasa All Suite Hotel Jalan Tun Razak. Sekitar jam 11 pagi acara ini bermula, tetapi saya lewat sedikit kerana sesat di dalam Hotel Micasa! kerana pihak samsung menggunakan bilik hotel untuk sesi bersama blogger. Seperti santai dirumah sendiri, sebab suasana yang dipilih pihak Samsung sangat bersesuaian dengan produk yang ingin di pasarkan. Takkan lah nak menerangkan berkenaan TV di ruang makan hotel kan. Sudah pasti blogger pergi makan kenyang-kenyang dan tidak mengendahkan apa “mister specialist” dari Samsung. Hehehe.
Inovasi Terkini Samsung Smart TV
Okay berbalik kepada Samsung Smart TV. Sebenarnya saya sememangnya menantikan konsep televisyen seperti Samsung Smart TV. Dulu masa zaman sekolah, rajin tonton rancangan TV pada waktu tengah malam dan ada chat box yang kena charge RM 0.50 tu. Terfikir kalau lah boleh lihat facebook dan email sambil tonton TV dalam satu skrin yang sama kan bagus. Selepas beberapa tahun, kini Samsung mengeluarkan Samsung Smart TV idaman kalbu!
Samsung Smart TV adalah LED TV ES80000 dan mempunyai beberapa ciri istimewa yang dapat menarik perhatian kepada industri social media atau pun penggunaan yang sesuai di letakkan di bilik boss! Siapa yang kerja social media ke, new media ke, penulisan di facebook dan twitter berkenaan syarikat akan di pantau! hahaha!
Okay saya akan memberi beberapa ciri yang menjadikan Samsung Smart TV lebih bagus dari yang lain.
1. Smart Interaction – Interaksi bermaksud komunikasi. Cara komuikasi bersama Samsung Smart TV melalui Suara, Pergerakan, Pengesanan Muka, Kawalan Jauh yang memiliki mikrofon dan Wayarles papan kekunci serta tetikus. Jom saya kongsikan cara-cara berinteraksi bersama Samsung Smart TV, dengan mempunyai lebih dari 25 bahasa dan kami menggunakan bahasa inggeris, anda hanya perlu cakap “Hi TV” dan secara automatik Samsung Smart TV akan memberi respon kepada anda dengan mengeluarkan icon-icon, seterusnya anda perlu berkata “more command” dan menu Smart Hub akan terpampang untuk anda pilih menggunakan capaian tangan anda.
2. Smart Content – Samsung Smart TV mempunyai pelbagai pengisian, diantaranya adalah perkongsian gambar kenangan, kekal cergas dan sihat dengan Fitness, pembelajaran yang santai untuk kanak-kanak dan macam-macam lagi. Okay saya kongsi bersama anda diantara Smart Content yang ada iaitu Samsung Smart TV, Dual Core, Family Story, Fitness, Kids, Smart Hub, Search All, Your Video Social TV, Samsung Apps, Skype on Samsung TV, Web Browser, All Share Play, 3D dan Recent History.
3. Smart Evolution – Evolusi terkini yang memiliki teknologi system-in-chip memberi pengguna merasai kelebihan teknologi TV terkini tanpa perlu membeli TV baru dengan hanya memasukkan Samsung’s Evolution Kit di belakang TV dan memberi evolusi TV terkini dalam hidup anda.
Saya paling suka aplikasi Social TV di Samsung Smart TV.
Paparan di kanan skrin boleh berubah menjadi paparan Facebook, Twitter dan Email anda. Hebatkan?
Bagi anda yang suka 3D, Samsung Smart TV menawarkan satu aplikasi yang anda sangat suka! Iaitu “converter” filem simpanan anda dari 2D ke 3D! Awesome kan?
Kaca mata 3D ini didatangkan dengan 4 unit. Jadi satu famili boleh menonton 3D filem tanpa perlu bergilir-gilir untuk memakai kaca mata 3D. Ia juga memiliki fungsi “manual adjustment” atau “auto adjusment”. Boleh gelap dan juga cerah.
Dikelilingi dengan sound system seperti diatas. Pasti anda tidak keluar rumah!
Selain itu aplikasi yang menarik perhatian saya adalah Kids! Dengan LED skrin dan skrin yang luas, kesempurnaan bagi anak-anak kecil menonton rancangan atau belajar di TV menjadi lebih seronok.
Jelas dan sangat teruja!
Samsung Smart TV memiliki Dual-Core processor yang terkini yang membolehkan penugasan berbilang untuk muat turun di kelajuan-kelajuan lebih tinggi, lebih cepat merangsangkan lebih masa dan semakan lewa jaringan (browsing) lebih cepat. Integrasi mudah dengan pelbagai alat dan menambahkan imej pemprosesan yang membenarkan pengguna menikmati lebih keseronokan dengan TV mereka.
Dengan Samsung Smart TV ia membenarkan paparan skrin dan warna-warna lebih jelas serta perincian lebih tajam – satu ciri yang hanya ditawarkan oleh Samsung. Ia menganalisis beratus-ratus kepingan imej dan mengoptimumkan cahaya belakang LED dengan memeberi isyarat video sewajarnya dalam masa yang nyata – semakin jelas imej, semakin rapat mereka dengan realiti.
Semasa program Samsung Smart TV ini, saya diberi kesempatan oleh pihak Samsung untuk merakamkan iklan komersial bersama blogger yang hadir. Diantaranya adalah Heldi, Cik Lily, Jackie, Ann dan Hamid.
Pengalaman bersama Samsung Malaysia shooting iklan komersial.
Sebenarnya walau sejuta kali sudah membuat iklan komersial, saya tetap ada darah gemuruh dan mulut terkunci untuk berkata-kata. Saya masih tidak tahu membuat pelbagai eksperesi muka. Arghhh.. Rasa ingin belajar dengan Joseph je macam mana nak buat memek muka terkejut, suka, riang, weird dan macam-macam lagi. Kerana saya tidak tahu muka saya boleh buat eksperisi muka yang bagaimana. Hahahahaha! Walau bagaimana pun, ia pengalaman baru yang bermakna. Terima kasih Samsung.
Diantara tenaga produksi yang membantu blogger.
So, ada sesiapa ingin memiliki Samsung Smart TV? Dapatkan segera!
Pagi ini tepat jam 9.50 pagi saya telah menerima email dari Nuffnang berkenaan video iklan yang kami shoot pada minggu lepas. Lihat lah hasilnya. Saya suka sangat!Terima kasih Nuffnang dan Samsung Malaysia.