Kebangkitan Samsung oleh Lee Kun-hee
Lee Kun Hee, Chairman Samsung Electronics
Samsung adalah jenama dari Korea dan oleh rakyat Korea iaitu Lee Kun Hee. Jika anda perasan dengan prestasi mendadak Samsung telah menjadi virus sejak tahun 2010 dan tahun 2011/2012 mencatatkan Samsung melintasi Apple, Sony, Panasonic dan jenama teknologi yang lain. Samsung sudah 30 tahun terkenal di pasaran dengan hanya nama sahaja. Tetapi tiada siapa memiliki produk Samsung sebelum tahun 2010.
Tahukah anda apa yang dilakukan oleh Chairman Samsung Electronics itu? Beliau telah mambawa 6 orang Vice President syarikat beliau ke USA. Rangka lawatan beliau adalah untuk membuat survey penggunaan produk samsung! Tetapi hampa dengan statistik yang diperolehi oleh keenam-enam Vice President kerana tiada siapa yang menggunakan produk Samsung. Beliau sangat sedih dan memanggil keenam-enam Vice President ke hotel beliau menginap. Setibanya mereka di hadapan bilik hotel, Chairman Lee Kun-hee tidak membuka pintu malah senyap di dalam. Keenam-enam Vice President risau dan menharapkan tiada perkara yang bakal berlaku kepada Chairman Lee Kun-hee.
Pada jam 6pm waktu USA, Chairman Lee Kun-hee membuka pintu dan menyuruh keenam-enam Vice President masuk. Beliau memberi ang pau kepada mereka. Kesemua Vice President pelik dan sudah berfikir mereka akan dipecat dan Samsung bakal ditutup. Mereka merayu-rayu supaya tidak diberhentikan dan tidak menutup samsung. Hakikatnya Chairman Lee Kun-hee memberi wang kepada mereka untuk menyuruh mereka membeli kesemua produk elektronik dan gadget jenama lain di pasaran sekarang. Kenapa masyarakat suka dan apa kelainan produk-produk tersebut dibandingkan dengan Samsung.
Selepas membeli kesemua produk jenama lain, mereka pulang ke Korea untuk membuat perubahan. Chairman Lee Kun-hee menginginkan perubahan cara syarikat Samsung beroperasi tetapi sukar dilakukan jika pekerja tidak menepati masa dan sambil lewa. Beliau mengambil inisiatif dengan menukar waktu masuk kerja 7 pagi waktu Korea. Bayangkan 7 pagi di Korea anda buat apa? Pekerja-pekerja semua tidak mengikut arahan, dan akhirnya Chairman Lee Kun-hee bangun awal pagi untuk menyambut pekerja yang datang awal dengan tanda hormat beliau menunduk 30 darjah! Hari pertama tiada seorang pekerja datang awal. Keesokan harinya beliau buat lagi perkara yang sama dengan menunduk 30 darjah dan pekerja yang paling awal datang pun jam 8.30 pagi! beliau dikejarkan hospital kerana beliau sudah tua dan menunduk 30 darjah terlalu lama. Beliau sudah cukup gembira dapat melihat pekerja datang awal, dan dapat melihat eksperesi muka pekerja-pekerja beliau. Dari hari ke hari beliau meneruskan perkara yang sama sehingga pekerja-pekerja datang kerja seawal jam 7 pagi. Chairman Lee Kun-hee sangat berpuas hati kerana mengenali pekerja-pekerja beliau dan kerana keeratan itu beliau dan Samsung berada lebih bagus sekarang!
Kini Samsung berada di tangga no 17 dan memiliki pendapatan 3 kali ganda dari Petronas.
Tidak salah jika kita merendahkan air muka untuk merayu pekerja datang awal bagi mengeluarkan produktiviti yang bagus. Jika kita ingin perubahan, kita kena berubah! Itulah yang dilakukan oleh Chairman Samsung Electronics iaitu Lee Kun-hee.
Bacalah majalah Forbes untuk lebih info. Bukan lihat kekayaan tetapi bagaimana mereka mencapai kejayaan.
Jika Chairman Lee Kun-hee datang ke Malaysia, saya ingin bergambar dengan beliau. Kini beliau sudah berumur 70 tahun dan masih sihat.