


Kini Melvita telah menghasilkan satu lagi produk iaitu NECTAR BRIGHT yang terdiri dari lima jenis bunga putih. Diantaranya adalah White Lily Sea, White Lupin, Wintergreen, Narcissus dan Bellis.






Kombinasi kelima-lima bunga ini dapat memberi keserian wajah secara semulajadi dalam masa 8 minggu. Kesannya cepat bagi anda yang memiliki kulit yang mudah serap. Untuk mendapatkan kulit yang lembab dan cepat putih, banyakkan minum air kosong ye. Lagi cepat putih, lagi kurang dark spot. Nectar Bright membantu anda menentang sinaran UV dan merawat kulit anda dari dalam.
Nectar Bright mempunyai 4 produk asas iaitu Nectar Bright Brightening Essence, Nectar Bright Brightening Cream, Nectar Bright Brightening Exfoliation Mask dan Nectar Bright UV Shield – Sunscreen SPF 15.
Cara penggunaan yang bakal memberi wajah anda berseri adalah dengan menggunakan keempat-empat produk secara konsisten.
Pertama.. Nectar Bright Brightening Essence ini adalah produk yang dapat memulihkan kulit anda dari tompok hitam / dark spot tu. Apa yang penting dengan Nectar Bright Brightening Essence, tona kulit anda akan lebih sekata.

Kedua.. Nectar Bright Brightening Cream adalah gabungan 5 bunga yang menghasilkan kelembapan kepada kulit. Saya aplikasi ke kulit saya dan mendapati ia mudah serap dan segar. Jadi, anda tidak perlu risau ia melekit atau lambat serap. Saya faham wanita di Malaysia ni semuanya nak cepat kan. Maka, Nectar Bright Brightening Cream ni sesuai untuk kita yang suka perkara cepat. Hahahaa.

Ketiga.. Nectar Bright UV Shield – Sunscreen SPF 15 ini dapat membantu anda menjaga kulit lebih efisen di bawah sinar mentari. SPF 15 untuk cuaca Malaysia sesuai untuk mereka yang keluar ke pejabat kan. Kalau nak pergi mandi laut uols pakai memang tak boleh la kan. Cari sunscreen yang sesuai untuk aktiviti anda okay. 🙂

Keempat.. Gunakan 2 hingga 3 kali seminggu, sapu lapisan tebal Nectar Bright Brightening Exfoliation Mask pada wajah yang telah dicuci dan ditoner. Biarkan 5 hingga 10 minit, kemudian urut-urut lembut agar butir-butir mikro dapat membersihkan kotoran di wajah anda. Gugurlah dark spot anda.. Hehehe.

Semasa selesai majlis perlancaran Nectar Bright, kami diberi peluang untuk menggubah bunga dari 5 bunga putih. Sangat seronok. Hehehe.

Ada hand pampering session. Kali pertama menikmati tangan diurut. Hehehe.


Lihatlah dark spot saya.. 14%, Kena start jaga dari sekarang. T_T
Untuk pengetahun anda semua, Melvita Nectar Bright akan berada di pasaran bermula 6 May 2013. Dapatkan Nectar Bright di 3 Butik Melvita iaitu di Suria KLCC (C15B, Tingkat Concourse), 1 Utama (F141, Tingkat 1) dan Mid Valley (G-001A, Tingkat Baawah)
Like Facebook Melvita Malaysia untuk lebih info dan selamat memutihkan kulit. Hehehe.
www.melvita.com.my
xoxo!
I haven’t try this brand
pampering moment no gal would resists.
first time tau psl jenama nie..cntik2 bunga2 tu..
Skin care important for everyone