Samsung Galaxy Note II Amber Brown Untuk Si Pencinta Warna Coklat

Samsung Galaxy Note II Amber Brown Untuk Si Pencinta Warna Coklat

Samsung Galaxy Note II Amber Brown Untuk Si Pencinta Warna Coklat | Warna Coklat kebiasaannya adalah warna selamat bagi si pemakai. Tetapi tidak bagi saya, kerana ia diantara warna kegemaran saya selain warna ungu. Minat terhadap warna tidak hanya kepada kebendaan, malahan ia berjangkit dengan makanan dan minuman. Saya suka minum Milo, saya suka makan kek Secret Recipe berperisa coklat. Jika anda perhatikan, si penggemar coklat pasti mengenakan sebarang hiasan harian mereka dalam warna coklat. Hehehe.

Samsung Galaxy Note II Amber Brown Untuk Si Pencinta Warna Coklat

Tidak perlu ambil contoh orang sekililing, kita scan diri sendiri je lah. Hehehe. Cuba anda kira berapa banyak barang-barang berwarna coklat di dalam bilik anda. Saya ada 10 helai tshirt, 2 seluar, 5 skirt, 20 baju kurung, 5 long dress, 3 eyeshadow, 1 lipstick, 10 aksesori gelang, 7 pasang kasut, 4 handbag dan banyak lagi. Semuanya dalam warna coklat. Hahahaha. Akan tetapi saya tidak menyedari bahawa saya memiliki sebanyak itu koleksi yang berwarna coklat, setelah Samsung mengeluarkan Samsung Galaxy Note II edisi warna Amber Brown. Warna Coklat sangat esklusif dan elegan.

Melalui petikan ruangan portal empower-yourself-with-color-psychology.com terdapat beberapa penerangan bagi si pencinta coklat.


“Pencinta coklat mempunyai keinginan untuk berasa selamat, terjamin, mudah dan selesa seperti sedia ada dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan”

“Anda mengambil kehidupan ini serius tetapi anda seorang yang lucu dan mudah bergaul”

“Anda mesra dan mudah didekati, tulen dan ikhlas. Dengan personaliti warna coklat anda mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi ke atas tugas dan mengambil tanggungjawab anda dengan serius.”

Jadi, Galaxy Note II edisi warna Amber Brown sangat esklusif kan? Malahan tidak tertentu kepada sesetengah pengguna. Semua boleh pakai Amber Brown, ia unisex. Lelaki yang menggunakan Galaxy Note II edisi warna Amber Brown pastinya nampak bergaya diikuti dengan pakaian smart kasual ke pejabat. Perrrgghh.. Kekemasan itu penting bagi si penggemar Coklat.

Apa pendapat anda pula? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال