Samsung Galaxy S4 | Bagi sesiapa yang sudah biasa dengan jenama Samsung, pasti menantikan produk terkini samsung iaitu Samgsung Galaxy S4. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak samsung dan Manoah Consulting kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk mencuba Samsung Galaxy S4 dan akhirnya membuatkan saya “terjebak” membeli Samsung Galaxy S4. Hahahaha.
Samsung Galaxy S4
Kali ini Samsung menggunakan moto ‘Life Companion‘ yang mempunyai pelbagai maksud - Membuat hidup anda senang, bermakna dan seronok. S4 memberi kita satu kepuasan di mana akan ada setiap detik-detik yang bermakna kita akan rakam. Setiap fungsi yang di reka adalah untuk menyenangkan kehidupan seharian kita. Tambahan lagi S4 memantau kesihatan kita juga, untuk memudahkan fahaman, Samsung Galaxy S4 ada bersama anda setiap masa.
Sewaktu saya mencuba Samsung Galaxy S4, saya paling teruja dengan funsgsi kamera. Fungsi yang lain, saya rasa anda semua pasti sudah tahu menggunakan telefon pintar Samsung yang menggunakan sistem Android. Jadi, review saya kali ini lebih kepada fungsi kamera dan group play.
Fungsi Dual-Camera
Fungsi ini paling saya suka, kerana ia memudahkan saya untuk melakukan kerja sebagai blogger tanpa menyusahkan sesiapa. Saya boleh ambil gambar dari bahagian depan dan ianya dual camera juga. Hehehe. Dari skrin depan saya dapat melihat dan memilih angle apa yang saya inginkan. Tak lupa juga apa yang saya ingin fokuskan. Seperti gambar mekap di bawah. Saya berjaya fokus kan nama produk dan gambar disekitarnya blur. Bagi jurufoto ia dipanggil bouquet.
Fungsi Group Play
Saya tertarik dengan iklan di televisyen berkenaan Group Play. Berkesempatan mencuba group play bersama geng Samsung Galaxy S4 dan disertai juga oleh Awal Ashaari, Liyana Jasmay, Shakiddo dan Cik Lily. Hehehee.
Fungsi Screen Shot
Screen Shot juga adalah fungsi yang kerap saya guna. Ia memudahkan saya apabila ada kerja yang menginginkan saya screen shot kerja-kerja saya. Terutamanya advertorial berbayar. Sabagai blogger saya tidak membataskan diri untuk membalas kesemua email. Jika mereka minta screen shot pada waktu itu, dengan segera saya akan cari instagram, twitter dan fb shout dan email kepada mereka kembali. Screen Shot melalui Samsung Galaxy S4 pada asalnya saya tidak tahu sehinggalah saya bertanya dengan rakan blog. Mereka kongsi ilmu tersebut dah voila! Berjaya!
Cara Pertama : Tekan button “Power dan Home” serentak!
Cara Kedua : Leret kan tangan di screen dari KIRI KE KANAN! macam mesin scanner tu. Hehehe.
Spesifikasi yang terdapat pada Samsung Galaxy S4.
Samsung Galaxy S4 sememangnya sesuai untuk mereka yang bekerjaya dan sibuk menguruskan jadual. Jika anda memiliki Samsung Galaxy S4, pastikan anda menggunakan keseluruhan fungsi agar ia lebih bermakna. Hehehe. Fungsi social media sangat praktikal dengan Samsung Galaxy S4 kerana gambar lawa, telefon yang ringan dan bateri tahan lama. Jika tidak tahan lama, beli power bank 30’000 mAh okay. Hahaha.
Samsung Galaxy S4 bernilai RM 2,219 dan boleh didapati di cawangan kedai Samsung.