Kenangan Raya Lebih Indah Bersama Samsung

Kenangan Raya Lebih Indah Bersama Samsung

Kenangan Raya Lebih Indah Bersama SamsungBila Ramadhan sudah di pertengahan, sudah pastinya kenangan-kenangan manis membuat persiapan raya dan menyambut lebaran sangat bermakna. Adakalanya saya boleh menitiskan air mata kerana rindu sangat dengan mak, saudara mara dan sahabat handai. Sebab masa berlalu dengan pantas, ada yang meninggal dunia belum sempat menyambut lebaran pada tahun seterusnya. Kenangan demi kenangan akan bertukar plot, dari raya tahun ini ke tahun seterusnya.

Kenangan Raya Lebih Indah Bersama Samsung

Perbezaan ketara dapat dirasakan apabila Atok dan Opah meninggal dunia, kesemua saudara mara menentukan raya mereka dengan sendirinya. Rumah Atok jadi kosong, tiada lagi gelak ketawa dan hanya mak, saya dan adik-adik sahaja yang berada di dalam rumah. Mak saya seorang ibu tunggal, dari saya kecil rumah Atok menjadi tempat kami menyemai kegembiraan sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan pada hari-hari lain juga.

Inilah kenangan yang saya ada, sampai sekarang saya ingat lagi. Seperti ia baru berlaku semalam.

Tetapi, kegembiraan baru telah menjelma apabila kami sekeluarga memulakan cara baru untuk rasa keseronokan persiapan hari raya dan seterusnya beraya. Hari yang paling bermakna untuk diri saya adalah 2 hari terakhir Ramadhan dan 1 Syawal. 3 hari ini, macam-macam perkara saya lakukan. Kenangan Raya yang saya praktiskan sehingga kini, agar ia tidak menghilang sedikit demi sedikit. Saya sayang semua orang yang terlibat dalam kenangan raya saya ni.

Kebiasaanya pada 29 Ramadhan, saya dan keluarga akan siap-siap menyibukkan diri pergi membeli-belah baju raya, saya lebih suka beli baju kurung siap kerana lebih murah dan lebih banyak pilhan. Kalau pergi beli barangan raya, pastinya lokasi pilihan kami sekeluarga adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India. Kami boleh berjalan sepanjang satu kedai ke satu kedai yang lain dengan gembiranya. Siap tawar menawar lagi.

Dari baju kurung, selendang, shawl, pin tudung, kasut, baju melayu, butang baju melayu, capal, sampin, songkok, kerepek, dan seterusnya berbuka puasa di Pasar Malam Tuanku Abdul Rahman. Sememangnya rutin tahunan kami sekeluarga. Hehehe.

Tetapi tahukah anda bagaimana kami kekal bersama? Tiada anak kecil yang hilang dan semuanya akan berkumpul di lokasi yang ditetapkan sewaktu berbuka.? Kami sekeluarga pengguna Telefon Pintar Samsung, jadi ChatOn Lah. Sebelum menjejakkan kaki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, kami telah berbincang. Saya, Mak, Angah, Suami Angah, Anak Angah 3 orang dan Adik Bongsu saya akan berpecah secara tiba-tiba. Sebab kebiasaanya mereka mencari barang tidak sama citarasa. Tapi syaratnya mestilah barangan raya.

Bagi yang bekerja dan dah kawin ni, mak tidaklah bagi duit kan kan kan. Si adik bongsu dapat la. Hehe. Bila ada yang dah jalan lambat-lambat duk belek-belek baju sampai lama benar, kami pun berjalan ke depan dan masuk kedai sana sini. Semestinya semua dah berpecah, jadi gunakan walkie talkie dari ChatOn.

Kemudian pada hari terakhir puasa iaitu 30 Ramadhan saya akan bersiap untuk pergi ke rumah mak, al maklumlah saya bujang ketika itu dan angah sudah berkahwin jadi waktu nak balik ke rumah mak lain-lain. Ada kalanya selepas berbuka baru saya sampai, sebab sibuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai agar saya boleh beraya sakan!

Kebiasaannya saya tiba di rumah mak, pastinya mak sedang sibuk memasak. Angah dan anak-anak akan duduk di hadapan tv menunggu pengumuman raya sambil pasang langsir baru.

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-6

Hari terakhir puasa, kebiasaannya anak-anak ini berbaring di depan televisyen sampai waktu berbuka. Dengan adanya Samsung Smart TV, kami yang dewasa ni dapat la menyambung buat kerja kerana kalau tiada Samsung Smart TV, mesti anak-anak saudara saya turut menyibuk di dapur. Rimas jadinya. Hahaha.

Rutin utama kami dan seluruh umat Islam di dunia . Heehehe. 

 

1) Menanti pengumuman Hari Raya Aidilfitri dari  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-10

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh Hari Raya Aidilftri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Ini pengumuman raya tahun lepas. Hehehehe.

2. Takbir Raya, waktu ini perasaan sebak, gembira semua ada. :)

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-20

3. Ucapan Hari Raya dari Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-8

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-9

4. Main Bunga Api. Yahooo!!

Andai kata saya tidak sampai-sampai di rumah mak sebelum jam 12 tengah malam, pastinya telefon saya bertalu-talu menerima panggilan dari mak atau angah.

“Bila nak sampai??, Bila nak sampai??, Lambat lagi ke?? Ayam masak merah dah siap ni.. Kuah kacang pun dah siap..” Adeh, dengar ayam masak merah dah siap tu lagi laju start engine kereta. hahahaha. Ayam masak merah mak dan kuah kacang mak memang marvelous!

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-5

Kalau angah pula call, “anak sedara nak main bunga api dengan mak long, cepat la balik.. ni aku tengah makan lemang dengan ayam masak merah, sedap long..” Grrr.. Tercabar nafsu.

Lepas tu saya pula sibuk telefon mereka balik ada apa-apa barang masakan perlu dibeli ke.? Waktu itu saya berada di MRR2 menghala ke Kepong. Konon-konon nak belikan la barang, sedangkan saya dah tahu style mak saya beli barang dapur siang-siang hari lagi. Actually.. saya nak maklumkan kepada mak bahawa saya sudah “on the way“. Hehehehe. Saban tahun perangai saya begini, mak mesti sudah faham cara saya kan. OMG!

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-4

Samsung Galaxy Note II kepunyaan Angah. Katanya telefon pintar ni sesuai dengan gaya hidup dia sebab anak-anak dia suka melukis. Tak boleh nak buat keje lain kalau anak dia dah pegang handphone tu. Hahaha.

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-2

Samsung Galaxy S II kepunyaan mak, peminat setia pink, apa pun semua pink termasuklah telefon pintar. Mak kata S II tulisan besar-besar jadi mudah untuk mak baca sms ke, ChatOn ke, FB ke dan Instagram. Hehehehe.

Inilah ekspresi muka mak pada ketika menjawab panggilan dari saya. Melihat nama saya terpapar di skrin Samsung Galaxy S II, terus senyum.

Seterusnya waktu pagi raya iaitu 1 Syawal sebelum pergi menunaikan Solat Hari Raya, kami sekeluarga akan sibuk hidangkan makanan dan tutup dengan tudung saji. Kemudian kami semua bergegas ke Masjid berdekatan. Bila balik dari Masjid, sesi bermaafan la pula kan. Part ini memang saya mudah mengalirkan air mata. Yelah semakin kita membesar, kita semakin jauh dengan keluarga. Walaupun mak di Damansara, manakala saya di Wangsa Maju, kami jarang berjumpa. Jadi, Hari Raya yang mulia ini kami dapat bertemu dan berpelukan. Syahdu sangat.

Raya tahun 2012 saya beraya dengan ayah baru saya. Rasa cukup lengkap keluarga saya. Hehehe. Kami panggil dia bapak, bapak bagi kami duit raya. yay!!!!

Dah bersalaman, minta ampun maaf, nangis-nangis. Pastu makan la!! Aneka juadah di hari raya. Saya penggemar Nasi Impit dan Kuah Kacang buatan mak saya. Tiada tandingannya. hehehe. Jemput makan…

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-12

Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-19

Kemudian hidangan wajib adalah lemang dan rendang daging dan ayam masak merah. Nyummy!!

Kebiasaannya pada 1 Syawal kami duduk bersama di dalam rumah, luangkan masa makan bersama, menonton tv bersama dan bersembang bergurau macam-macam. Kuih raya sebalang dua mesti setel punyalah. hehehe. Disamping aktiviti kekeluargaan, kami juga menerima tetamu. Raya kedua baru lah rumah tiada penghuni, kami pula beraya mencari sedara mara di kampung. hehehe.

Kesemua kenangan indah ini takkan dapat kita ambil gambar selalu kerana ada yang spontan dan kadang-kadang gambar menjadi bergegar kerana keseronokan si jurufoto melihat momen tersebut. Teknologi Samsung menjadi pengerat dan peneman setia seisi rumah. Waktu Raya begini, siapa sahaja yang tidak memegang telefon pintar? Kirimkan ucapan hari raya, minta ampun maaf, video call dan kadang-kadang ada mendapat e-kad raya dari email. Sangat mudah dan bila-bila masa sahaja anda boleh kongsikan kegembiraan beraya.

Keluarga sentiasa dalam ingatan sama ada pada masa lalu, sekarang dan pada masa akan datang. Hargai dan cuba sedaya upaya untuk bersama dengan mereka supaya ikatan kekeluargaan sentiasa mesra dan kenangan diingati sehingga akhir hayat kita. :)

Saya tidak rajin ambil gambar waktu 1 Syawal ni sebab kebanyakan masa sibuk di dapur. Tetapi pada raya tahun 2012 yang lalu, saya ada snap gambar-gambar satu family. Hehehe.

Saya masukkan gambar itu ke kempen raya samsung. Anda juga boleh turut sertai. Jom!

https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/index.php


Kenangan-Raya-Lebih-Indah-Bersama-Samsung-22

Tahun ini tahun pertama saya beraya bersama suami, pertama kali ingin beraya bersama mertua. Apakah perasaan bila tidak beraya bersama mak buat pertama kali. Saya dah menitiskan air mata tat kala menulis. ;(

Tetapi tidak mengapa, kerana saya sudah memiliki dua emak. InsyaAllah bertambah-tambah kegembiraan. 28 Ramadhan saya mula bertolak ke Kuantan Pahang, 2 Syawal saya akan pulang ke kampung Perak pula. Hehehehe. Doakan keselamatan kami sekeluarga ye kawan-kawan. :)

Jika saya berpeluang memiliki barangan Samsung benilai RM 2K, Saya ingin sebuah Peti Sejuk Samsung kerana rumah saya tiada peti sejuk lagi. Bila dah ada Peti Sejuk Samsung, boleh lah saya merancang untuk membuat Open House. Boleh la saya simpan bahan mentah, basah dan beku. Masak pun banyak le nanti. Hehehehe. Jemput datang ye semua. :)

www.samsung.com/my

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال