Wind Chimes in a Bakery Drama Korea Menggunakan Samsung Galaxy S4


Wind Chimes in a Bakery Drama Korea Menggunakan Samsung Galaxy S4 | Drama Korea sememangnya tidak boleh dipisahkan dari hobi orang Malaysia. Apa je drama Korea yang kita tidak tonton. Saya peminat drama korea, kebiasaannya saya tonton di mysoju.com. Kalau ada drama baru, gigih saya menunggu episod baru pada tengah malam keesokannya. Siap ingat hari apa mysoju akan upload drama. Sebab mereka nak letak english subtitle lagi, banyak kerja juga kan. 

Wind Chimes in a Bakery Drama Korea Menggunakan Samsung Galaxy S4 

Untuk menyemarakkan lagi mood drama korea, kini pihak Samsung Malaysia dan pengarah tersohor korea iaitu Jang Jae Hyuk telah selamat membikin satu drama korea 8 episod! Yahoo! Saya baru je tonton trailer dah teruja. Drama Korea yang dimaksudkan adalah Wind Chimes in a Bakery, 100% menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S4. Perggghhh tak sangka S4 boleh juga digunakan untuk membuat drama. Mungkin teknik dan kedudukan jalan cerita perlu di ambil berat dari awal. Yelah pakai telefon pintar nampak mudah, tapi kesabaran tuan pengarah beromabak juga. Hehehehe.

Drama ini diarahkan oleh pengarah yang berasal dari Korea, konsep drama shooting pun style Korea. Tetapi para pelakon adalah orang Malaysia. Dengan sentuhan Jang Jae Hyuk, pelakon Malaysia pun macam orang Korea. Hehehehe.

Walaupun watak Awal Ashaari dan Liyana Jasmay hanya watak khas, tetapi saya tidak sabar nak tonton mereka berdua ni. Awal jadi doktor, Liyana jadi nurse. Comel!!!








Mr Vincent Chong, Head of Mobile Phone Division, Samsung Malaysia Electronics




Barisan Pelakon adalah Ahmad Nabil, Koe Yeet, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay. Tatkala emcee mengumumkan pelakon drama Wind Chimes in a Bakery ni saya keliru dengan penampilan Ahmad Nabil. Siapa pula Ahmad Nabil tu? Ahmad Nabil Raja Lawak ke? Tapi kelibat Ahmad Nabil Raja Lawak tu saya tidak nampak pun kelibat beliau. Sekali Ahmad Nabil yang selalu dalam iklan TVC tu lah. Yang iklan Vitagen, Digi, Pizza dan banyak lagi. Mungkin Ahmad Nabil perlu tukar nama dia yang lebih mudah untuk diingati. Better Ahmad Nabil beserta nama ayah ke? Nabil Mahir? Nabil Billy? Billy Nabil? Ahmad Nabil Mahir? Billyjeanz? Mana-mana nama yang boleh menjadi doa yang baik-baik daripada orang panggil nabil vitagen kan.

Koe Yeet pula adalah gadis yang berasal dari Selangor, Malaysia. Jangan tertipu dengan kecomelan beliau. Ya betul belaiu memang sangat comel. Skin care Koe Yeet sangat mulus, gebu. Argghhh mesti dia pandai jaga kecantikan. Sekali dia senyum cair semua orang. Mata dia sangat cute.

Selamat menonton! Drama Wind Chimes in a Bakery akan di siarkan di laman youtube Samsung Malaysia bermula Sabtu 20 July 2013 selama lapan minggu.


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال