Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Putrajaya

| |

Pengalaman menyertai Treasure Hunt sememangnya berbeza. Kali ini saya menyertai Malaysia Tourism Hunt 2013 buat pertama kalinya. Penyertaan saya sebagai social media team je. Oleh kerana kereta saya berpelekat NO. 1, makanya terbantutlah aktiviti social media kerana tiap kali sampai sahaja di lokasi untuk memulakan aktiviti mencari, pastinya “team no 1” dipanggil. Huwaaa!!! Nak tak nak kena buat la semua tugasan. Hahahaha!!! Kumpulan saya terdiri dari lifestyle blogger, travel blogger, penulis skrip dan TV managing director dari Indonesia. Gempak tak kumpulan saya? Hahaha.

MTH2013LOGO

Selama satu minggu dari 22 Sept 2013 hingga 28 Sept 2013 saya bersama-sama media lain bersiap sedia untuk Malaysia Tourism Hunt 2013. Walaupun hari pertama adalah sesi berkenalan dan hari kedua adalah aktiviti panaskan badan serta test drive kereta. Tetapi ia sangat membantu kami semua untuk mengenali para ahli kumpulan. Kerana Malaysia Tourism Hunt 2013 adalah Treasure Hunt yang ahli kumpulannya dari pelbagai media. Media terdiri daripada negara Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, Thailand dan Italy. Terima kasih kepada Gaya Travel kerana sudi menjemput ruby.my walaupun sedang sarat mengandung. Gaya macam tak sarat la kan. Walaupun mengandung harus aktif. Hahaha. Alhamdulillah sepanjang Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH2013) saya dan baby sihat. Yay!

Goodies bag dari MTH 2013

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-2

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-6

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-4

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-5

Penginapan pada hari pertama dan kedua kami adalah di The Everly Hotel Putrajaya. Ia bersebelahan Alamanda. Pertama kali menginap di hotel ini.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-1

Bilik Executive King

Dilengkapi dengan bilik tidak merokok, penghawa dingin, akhbar harian, meja tulis, kemudahan seterika, televisyen LCD/skrin plasma bersatelit, pancuran mandi, pembuat kopi/teh, air botol, peti ais, Akses WiFi Percuma, 5 plug point.

Untuk permulaan MTH 2013, sudah semestinya perlu panaskan badan, panaskan enjin kereta dan uji adrenalin peserta. Takdelah nanti ada yang mengalami masalah kesihatan yang melampau, kesian kat JPAM. Hehehe.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-8

Ini adalah pertemuan pertama kali bertemu kumpulan saya. Dari kiri Ruby, Fufu dari http://lamchingfu.blogspot.com, Eka dari MQTV Indonesia dan Marini dari http://marinimz.com. Nama kumpulan kami Chibi Chibi One! Chibi! Chibi! Urgghh!!!

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-10

Hari yang cerah untuk memulakan pandu uji kereta tajaan Proton, diantara kereta yang ditaja adalah dari model Prevé dan Inspira. Lebih kurang 28 kereta keseluruhannya akan berkonvoi dari Putrajaya – Sepang – Port Dickson – Melaka – Muar – Kluang – Johor Bahru – Nusajaya – Johor Bahru – Ayer Keroh Melaka – Putrajaya. Pandu Uji kesemua kereta Proton di lakukan di Sepang International Circuit. Kami juga diberi peluang untuk membuat lawatan ke sekitar kawasan SIC seperti Media Center, Paddock dan VVIP area.

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-9

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-11

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-12

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-18

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-13

Kami semua pemenang, tiada yang kalah. Tengoklah berapa ramai juara di atas pentas tu. Hahahaha. Setelah selesai pandu uji kereta Proton Prevé milik kumpulan masing-masing, kami seterusnya ke Putrajaya Equestrian Park.

Kuda di Putrajaya Equestrian Park sangat sihat-sihat belaka. Di Zoo pun kudanya tidak sesihat begini. Kami diberi peluang untuk menunggang kuda, melawat kawasan kuda dan melihat sendiri kuda Tun Dr Mahathir Mohamad. Hehehehe. Harap maaf kerana tiada photo kuda milik Tun. 🙂

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-14

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-15

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-16

Selesai di Putrajaya Equestrian Park kami semua lunch dan kemudian ke CC1M Bike Ride di Putrajaya. Sebanyak 30 basikal disediakan. Tapi mak buyong tak join le, rakan-rakan media lain yang gigih mengayuh. Heheheeh. Selesai untuk aktviti pada 22 dan 23 Sept 2013. Dimana esok bermulanya Malaysia Tourism Hunt 2013. Huwargghh!

Maka 24 Sept 2013 flag off dari Ministry of Tourism & Cultural (MOTAC) seawal jam 9 pagi!!! Chibi Chibi Hurghhh..

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-17

Fly-And-Drive-Malaysia-Tourism-Hunt-2013-Putrajaya-7

http://www.everlyhotel.com

http://www.sepangcircuit.com.my

http://www.putrajaya.gov.my

http://www.gayatravel.com.my

Previous

Maggi Kari Ketam dari Bucida Court, Sg Penchala

Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Banghuris Homestay Sepang

Next

1 thought on “Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013 – Putrajaya”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.