Pelancaran Samsung Galaxy S5 Bersama Datuk Lee Chong Wei. | Samsung Malaysia Electronic telah melancarkan Samsung Galaxy S5 atau biasa dipanggil S5. S5 direka untuk memenuhi cita rasa pengguna, ianya satu innovasi baru untuk pengunaan seharian.
Disamping itu, Samsung juga memperkenalkan produk barunya, Samsung Gear 2 dan Gear Fit. Aksesori tambahan ini menambahkan lagi gaya fesyen mengikut teknologi sekarang.
Samsung Galaxy S5 mengabungkan kamera yang canggih, sambuungan rangkaian yang laju, ciri-ciri khas untuk pengguna yang mementingkan kecergasan dan mempunyai sistem perlindungan yang canggih.
Samsung Galaxy S5 mempunyai 16 megapixel kamera yang mempunyai fungsi menu yang baru membolehkan dan memudahkan pengguna menangkap gambar, mengubah gambar dan berkongsi gambar dengan senang. Samsung Galaxy S5 menggunakan perkakasan Wifi 802.11ac dan 2X2 MIMO untuk menguatkan rangkaian telefon. Dengan adanya ini, penggunaan untuk berada di talian sangat mengkagumkan. Samsung Galaxy S5 ini tahan lasak disamping kalis air. Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kehidupan seharian yang penuh cabaran.
Dari segi harga, Samsung Galaxy S5 dijual dengan harga Rm 2399, Galaxy Gear 2 pula dengan harga Rm 899. Akhir sekali Samsung telah berjaya melancarkan produknya yang terbaru untuk pengguna-pengguna telefon pintar.