Galaxy Life Starlight Cinema | Ruby ingat lagi masa mula-mula ruby tonton Starlight Cinema di Sentul Park. Memang best. Hehehe. Dah lama teringin menonton wayang beralaskan tikar dan berbumbungkan bintang dan langit malam. Lepas tu dah tidak lagi menonton sebab sambung belajar. Sekarang Starlight Cinema kembali lagi! Kali ini lebih meriah kerana anda boleh dapatkan tiket PERCUMA dari aplikasi Samsung Galaxy Life. Galaxy Life Starlight Cinema bermula dari 13 Jun hingga 21 Jun 2014 sahaja dan tiket terhad kepada 1 hari 300 pengunjung terawal sahaja!
Galaxy Life Starlight Cinema
Ruby tebus tiket Starlight Cinema dari Galaxy Life sekitar jam 6 petang. Masa tu aplikasi akan keluar untuk di tebus, maka anda boleh tebus tiket dalam masa 1 jam dari waktu anda klik “Redeem It”. Sebelum nak tebus tiket, anda baca dulu senarai filem dan waktu tayangan. Ruby pilih hari Sabtu 14 Jun 2014 sebab sesuai untuk bawa Adam. Filem pilihan adalah Despicable Me dan Despicable Me 2! Memang gelak sakan lah tengok filem ni.
WEEKEND DOUBLE FRIGHT NIGHT SPECIAL!Friday 13th June 2014Paranormal Activity (The Marked Ones)Starts 8pm Ends 9:45pmThe ConjuringStarts 9.45pm Ends 12:00 WEEKEND TRIPLE COMEDY SPECIAL!Saturday 14th June 2014Despicable MeStarts 8pm Ends 9:50pmDespicable Me 2Starts 9:50pm Ends 11:45pmThe InternshipStarts 11:45pm Ends 1:45am WEEKEND MOVIESunday 15th June 2014The Sound of MusicStarts 8pm Ends 11:00pm WEEKDAY MOVIETuesday 17th June 2014Fast And Furious 6Starts 8pm Ends 11:15pm WEEKDAY MOVIEWednesday 18th June 2014TitanicStarts 8pm Ends 11:30pm WEEKDAY MOVIEThursday 19th June 2014World War ZStarts 8pm Ends 10:00pm FRIDAY DOUBLE BLOCKBUSTER SPECIAL!Friday 20th June 2014Pacific RimStarts 8pm Ends 10:30pmMan of SteelStarts 10:30pm Ends 1am BATMAN TRILOGY SPECIAL!Saturday 21st June 2014Batman BeginsStarts 8pm Ends 10:40pmThe Dark KnightStarts 10:40pm Ends 1:30amThe Dark Knight RisesStarts 1:30 Ends 4:15am
Lokasi Galaxy Life Starlight Cinema adalah di Bukit Kiara Equestrian Park. Parking banyak disediakan, malah ada buggy turut disediakan. Hehehe. Nasib baik ada buggy, taklah letih sangat nak berjalan.
Dah lama tidak berkelah macam ni. Perasaan dapat bersantai macam ni memang seronok dapat tenangkan minda sambil tu tonton filem kelakar. Hmm. Malam minggu ruby memang best!
Pada jam 7 malam aplikasi Samsung Galaxy Life akan memaparkan makanan dan minuman yang anda boleh tebus juga! Semuanya PERCUMA! Terhad kepada 100 penebus terawal. Tak rugi datang awal. Hehehe.
Ruby tebus Burger Bakar Kaw Kaw, Gong Cha, Pizza Hut, myBurgerLab, Crazy Potato dan banyak lagi. Memang kenyang la.
Ini diantara makanan yang ruby bawa dan tebus. Cukuplah untuk movie marathon malam ni kan? 3 filem sampai jam 1 pagi. Hehehehe!
Apa yang anda perlu bawa ke Galaxy Life Starlight Cinema? Bawa tikar besar, bawa bantal, bawa selimut dan makanan! Hehehe. Ruby bawa semua tu dan untuk Adam ruby bawa baby car seat. Tapi Adam sekejap je duduk dalam baby car seat sebab dia nak join juga menonton Despicable Me! Terbeliak mata dia tengok filem tu.
Untuk nikmati keistimewaan menebus pelbagai produk secara Percuma, anda boleh muat turun aplikasi Samsung Galaxy Life disini http://bit.ly/1v5iPjO
Ruby akan ke Galaxy Life Starlight Cinema lagi pada hari Jumaat ini untuk menonton filem Pacific Rim dan Man Of Steel. Hehehe. Jumpa anda disana!