Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR

| |

Masa awal-awal Ramadhan memang tidak terfikir nak pakaikan Adam Baju Melayu. Fikir panas Malaysia ni elok le pakai kan dia romper baby je. Tetapi bila dah 3 4 hari sebelum masuk bulan Syawal, mula terasa eh ini pertama kali Adam beraya. Mestilah kena ada baju melayu. Jadi mulalah misi Ibu Adam ni mencari Baju Melayu! Jumpa baju melayu bayi murah di Jalan TAR!!

Hari Sabtu kan ada pasar malam di JALAN TAR, lorong sebelah campbell tu kan. Cari baju melayu Adam, sekali pakej cari baju melayu ayah le kan. Sesak pasar malam Jalan TAR tak usah kira la kan. Kena rilex je shopping, kalau cepat-cepat nanti kita yang stress. Sebab mereka yang pergi pasar ni jalan slow giler.. Memang slow.. So, layan kan aje.

Ruby dapat beli 2 pasang Baju Melayu untuk Adam. Satu ikut saiz usia dia, satu lagi sedondon dengan ayah tapi untuk usia 1 tahun. Geboh sikit la Adam pakai. Hahaha.

Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR

Yang ini Baju Melayu sedondon dengan ayah. Warna coklat. Memang labuh la Adam pakai. Hahaha. Material kain cotton sejuk, jadi boleh la Adam pakai pergi beraya. 🙂

Baju Melayu kedua warna ungu, ikut tema keluarga. Saiz ikut usia Adam. Ngam-ngam kemas je bila Adam pakai. Hehehe.

Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR

Pertama kali gosok Baju Melayu bayi. Comel giler rasa. Hurrrmm Alhamdulillah dapat rasa perasaan ini. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dan dirahmati-Nya.

Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR

Bagi ruby nak cari Baju Melayu bayi memang senang! Tapi nak dapat ikut warna tema memang susah la. Saiz takda, kalau ada pun warna berlainan. Tahun ini memang beri ruby banyak pengalaman. Untuk raya tahun depan ruby akan beli kain dan tempah siap-siap. Sesak nafas bila membeli-belah last minute ni ha.. Baju Melayu Adam dua pasang ni harga RM 30 setiap satu. Jadi baju raya Adam RM 60, sampin kecil RM 13 dan kopiah RM 7. Semua made in Jalan TAR. Hehehe.

Salam Aidilfitri!

xoxo!

sign5

Previous

Patung Hello Kitty Tokidoki Dari Shell Select

Aidilfitri Kali Ini Lebih Bermakna

Next

5 thoughts on “Baju Melayu Bayi Murah Jalan TAR”

  1. Membeli belah saat akhir memang tak berbaloi.

    Terutama lepas ada anak kecil.

    Kesian kat anak. Berhimpit dan bersesak. Pengalaman yang sama dengan kami suami isteri.

    Kalau nak beli elok sebelum puasa. Memang lega persiapan dah buat awal.

    Takdelah penat siang siang hari masuk jalan TAR tu kan.

    Cuma.. bagi yang nak menikmati suasana shopping raya. Bolehlah shopping last minit.

    Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.