Berpantang Cesarean Part 2

Minggu kedua berpantang cesarean, minggu ini bidan tiada, suami dah mula masuk pejabat. Macam mana nak jaga anak? Adam yang berusia 2 tahun 5 bulan, adik yang usia 8 hari. Wuwuwuwuwu. Berpantang cesarean part 2, lebih mencabar. Sebab bila nurse KKIA datang rumah cek adik dan cek postnatal untuk ruby. Adik punya Jaundice tinggi. Jadi kena pergi ambil darah di KKIA. Masa ni ruby rileks lagi sebab dah biasa dah. Adam dulu pun prolong Jaundice. Kemungkinan adik pun sama. Hehehe.

Minggu kedua serba mencabar ni, nak kena plan pergi KKIA, suami nak kena ambil half day pula. Nasib baik boss dia memahami. Minta time slipt dekat KKIA dan dia akan ganti masa kerja. Jika kebiasaan balik jam 6.15, dia akan balik jam 8 malam. Huwaaa. Dah le ruby berpantang dengan anak-anak je, susah ha. Nak kemana-mana kena pangku berjalan pegang tempat jahitan. Nak basuh berak Adam, nak buat susu, kemas permainan dia yang bersepah ni. Lepas tu Adik pula nak menyusu, cuci pampers dan tidurkan Adik. Ada satu masa si Adam meraung kuat-kuat bila ruby cakap “Adam tunggu sekejap ya, ibu susukan adik dulu. Nanti adik dah tidur ibu buatkan susu”. Dia melalak boleh satu taman dengar. Memang serabai lah ruby masa minggu kedua ni.

Screen Shot 2016-06-08 at 3.46.46 PM Screen Shot 2016-06-08 at 3.44.12 PM

Bila ruby perhatikan rutin si Adam, ruby dah mula plan. Ruby akan bangun awal, mandi cepat-cepat, keringkan luka cesarean pun kena cepat. Siapkan susu Adam dulu. Lepas tu susukan Adik. Sebelum suami pergi kerja, dia akan siapkan makanan ruby dan mandikan adik. Alhamdulillah. Bila adik dah selesai susu, Adam akan bangun. Masa ni ruby perlu mandikan dia. Dia nak mandi air panas lah, nak berendam dalam tub lah, nak ruby mandikan lah. Macam-macam akal dia supaya ruby akan lama duk hadap dia.

Dulu bila anak satu, boleh lah tidur lena. Sekarang ni sharp jam 9 malam ruby dah tukar shift dengan suami. Nak tidur dulu, nanti baby nak susu bg kat ruby. Bangun jam 5 pagi. Bagus juga kan. Tapi waktu siang tu, nak ke jamban pun Adam ikut, bila Adam tak ikut, adik pula melalak. Waktu makan ruby memang kena pandai curi masa. Masa nak sarapan, si adik melalak nak minta dukung. Kemudian waktu lunch dia minta dukung juga. Baru je nak ngap satu suapan. Lepas tu Adam pula sakit bontot sebab berak. Pampers dah full. Ayoyo.

Kenangan membesarkan anak-anak sambil berpantang. Semoga pengorbanan ini, memberikan sejuta rahmat dari Allah s.w.t. Alhamdulillah. Nanti ruby share minggu ketiga berpantang. hehehe.

xoxo!

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال