Trip Of Wonders : Day 1 - Kuala Lumpur Ke Jakarta

Assalammualaikum semua, alhamdulillah ruby kembali travel semula. Kali ini ke negara jiran iaitu Indonesia. Trip Of Wonders : Day 1 – Kuala Lumpur Ke Jakarta!!!! Hoorayy! Ruby teruja sangat! Kerana ini adalah kick start yang terbaik kan? Permulaan yang bagus! Terima kasih ya Allah s.w.t. Ruby bersiap sedia plan trip ini selama satu bulan. Sebab baru kembali menulis kan. Kena bersiap sedia. Hahaha! Ruby beli luggage besar untuk trip ini. Trip Of Wonders berlangsung selama 12 hari. Ruby akan meneroka keindahan Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Lombok dan Labuan Bajo.

Di lima kawasan ini terdapat lokasi menarik untuk pelancongan. Excited!! Ruby suka travel. Pergi berulang kali pun tak apa. Sebab tiap kali pergi, pasti ada perasaan yang berlainan. Makin cantik, cuaca bagus dan gambar lagi lawa kerana kita sudah pandai ambil komposisi gambar. Hehehe. Hari penerbangan sudah tiba. Yes pada hari ini!!! 8 September 2016!

Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta

Ruby bersiap seawal 5.30 pagi. Siapkan anak-anak. Siapkan bag anak. Susun semua bag ruby di tepi pintu kereta. Kemudian hantar anak-anak ke taska. Suami hantar ruby ke 1Utama bus hub. Naik bas ke KLIA2 RM 15.00. Kemudian ambil KLIA Transit untuk ke KLIA1 RM 2.00. Jam 9.30 pagi ruby sudah ada di KLIA1 dan menunggu rakan-rakan blogger yang lain. Panjang beratur di penerbangan Garuda Indonesia kerana next week adalah Raya AidilAdha.

Ruby follow up dengan mereka jam berapa tiba. Nampaknya mereka lewat dan mungkin tak boleh nak group check in. Jadi ruby check in dulu. Bermulalah kisah ruby. Kisah passport expired!!!! Perkara yang paling takut oleh semua pelancong dan traveller. Masa tu memang dah terduduk dah ruby. Passport ruby luput pada November 2016. Allahuakbar. Jam di tangan ketika itu pada pukul 11 pagi. Ruby tunjuk semua dokumen sokongan dan pihak Garuda Indonesia KLIA1 membantu degan menghubungi pihak atasan Garuda Indonesia, Kedutaan Indonesia, Kementerian Pelancongan Indonesia, Immigration Indonesia dan Immigration Malaysia. Akhirnya jam 12 tengahari kata putus telah dikeluarkan bahawa tidak boleh teruskan perjalanan. Kena perbaharui passport! Huwaaaa. Menangis tak berlagu.

Masa tu memang rasa jatuh di timpa tangga. Sebab duit cash ringgit Malaysia tak ada. Kad bank dah tinggalkan dekat suami. Kemudian nak pergi perbaharui passport dekat mana la kan yang cepat. Ruby fikir dan fikir, kemudian ruby plan untuk tukar penerbangan. Pertama kali hadapi keadaan ni. Passport expired, tukar waktu penerbangan dan bagasi pecah semasa penerbangan. Aduhhhhhh. Tapi takpelah, pengalaman bermakna ni. Jom sambung balik cerita ruby. Hehe.

Ruby plan perjalanan untuk perbaharui pasport dengan pinjam duit rakan blogger. Bergegas ke KLIA1 untuk Transit ke KLIA2. Naik bas ke 1Utama. 1.30pm sampai di 1Utama. Naik kereta dan memandu ke Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta. Jam 2pm sampai dan elok dapat parking di depan pintu masuk. Alhamdulillah. Naik ke atas nak jumpa pegawai bertugas. Masa tu orang ramai sedang beratur panjang sebab baru habis rehat tengahari. Berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan. Jumpa pegawai bertugas dan cerita masalah ruby. Siap tunjuk flight ticket dan dokumen sokongan yang lain. Mereka bagi nombor kaunter khas. Di kaunter 25, cerita lagi sekali masalah ruby. Mereka rujuk pihak atasan. Photostats dokumen dan isi borang. Kemudian mereka tanya next flight jam berapa? Ruby cakap 7pm, tapi kena ada di KLIA1 jam 4pm. Merayu-rayu ruby minta dipercepatkan. Terus perhabarui passport untuk 5 tahun bernilai RM 200. Kemudian kena tunggu passport baru dalam masa satu jam. Alhamdulillah 1 jam dah siap. Ya Allah terima kasih Immigration Jalan Duta! Terima kasih banyak-banyak. Team mereka bantu ruby walau ruby tidak tahu siapa yang mempercepatkan urusan ini selain Pegawai Dayang dan Adibah. Terima kasih semua. Selesai segalanya jam 3pm.

Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta

Selesai semua, suami terus hantar ruby ke KL Sentral. Ruby naik KLIA Ekspress ke KLIA1. Tiket sehala RM 55. Naik KLIA Ekspress baru ruby lega! Duduk dan bersyukur. Dapat sertai Trip Of Wonders!! Alhamdulillah! Tiba di KLIA1 di laluan A untuk check in. Tapi terus mencari helpdesk. En Yazid sudah menanti ruby untuk berikan tiket baru. Ruby dikenakan penalti RM 120 kerana tukar waktu penerbangan baru. Alhamdulillah! Selesai check in luggage 22.2kg. Ruby berjalan ke Gate 33. Masuk pintu C, naik train utk ke KLIA2. Berjalan ke Gate 33 sambil melihat-lihat kedai di dalam airport. Ruby tunggu di pintu C33 dari jam 5pm. Penerbangan jam 7.05 petang. Takpelah awal menunggu, supaya tak kelam kabut.

Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke JakartaTrip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta

Di dalam penerbangan Garuda Indonesia ada ruby diberikan jus jeruk. ahhhh ini memang signature dari Indonesia. Jus jeruk memang best! Suka sangat! Hehe. Kemudian ruby tonton filem Me Before You. Tersengih-sengih tonton filem tu. Kemudian pramugari mula memberi makanan. Ruby pilih nasi lauk ayam. Enakkkk!

Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta

Setibanya di Soekarno-Hatta International Airport, bergegas menaiki bas transit ke airport. Jalan kaki melepasi kastam Indonesia. Kemudian ambil luggage. Lama betul tunggu luggage ruby. Sampai di Jakarta jam 8pm waktu Indonesia. Kemudian tunggu luggage, luggage pula pecah rodanya! Aduhhh masalah sungguh. Nanti dibuka plastik wrap tu, mesti terkeluar rodanya. Bagaimanalah nak seret luggage selama 12 hari ni. Ruby jumpa organiser dan maklumkan kena buat laporan kerosakan luggage. Maka mereka kena tunggu ruby lagi. Oleh kerana ruby dah keluar dari pengesanan luggage. Nak masuk ke dalam airport kena lalui lagi proses check in luggage. Scan semua sekali. Pergi ke help desk dan mereka kata di tingkat bawah adalah kaunter customer service. Tingkat 2 customer service suruh pergi ke Garuda Indonesia first class. Pembantu wanita Garuda Indonesia bantu ruby masuk ke dalam untuk akses ke tingkat bawah bahagian Lost & Found. Isi borang semua dan complain tersebut ruby akan claim di Kuala Lumpur kerana keesokan hari ruby dah transit ke Bandung.

Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta

Selesai semua jam 10 malam waktu Indonesia. Team Trip Of Wonders setia menanti ruby. Terima kasih banyak-banyak! Seharian ruby dah susahkan mereka. Ruby juga sudah semakin kurus. Hahaha. Di dalam kereta ruby tidur sepanjang perjalanan ke Hotel Mercure Sabang, Jakarta.

Trip Of Wonders 2016 : Day 1 - Kuala Lumpur  Ke Jakarta

Tiba di Hotel Mercure Sabang, Jakarta jam 11 malam. Mata dah tak boleh buka! Check in hotel dan mandi. Charge gadget dan check luggage. Buka plastik wrap dan tengok kerosakannya. Agak teruk juga. Ruby minta salotape dari front desk hotel. Tapi team Trip Of Wonders yang datang. Siap tolong tampalkan. Terharu layanan baik begini. Rasa lega sangat!

Okay tiba masa untuk tidur. Nantikan story Bandung pula ya.

www.instagram.com/indtravel

www.twitter.com/indtravel

www.facebook.com/indonesiatravel

www.indonesia.travel/en

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال