Apakah Keputusan CTOS SCORE Anda?


Apakah Keputusan CTOS SCORE Anda? | Dulu masa bekerja, ruby tidak faham apa yang dibincangkan oleh rakan sekerja tentang CTOS. Bunyi macam menakutkan. Cerita tentang pinjaman, nama blacklist dan hutang bertimbun. Tapi dalam masa yang sama, ruby tertanya-tanya. Kenapa seorang manusia boleh mempunyai banyak hutang? Sangat menakutkan. Sebab kalau boleh, biarlah mati tanpa hutang di dunia. Tiada hutang dengan manusia, bank, ptptn dan lain-lain. Rupa-rupanya CTOS ni adalaha agensi mengumpulkan data! Data tentang pinjaman, kad kredit dan butiran lain tentang saman semua ada. Rata-rata ramai tidak tahu yang anda perlu naik mahkamah untuk pelbagai kes kegagalan bayaran pinjaman. Ada yang kena isytihar berhutang dengan tempat kerja lama sebab berhenti kerja tidak ikut prosedur. Tiba-tiba anda ada hutang lain. Astaghfirullahalazim. Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan kita semua untuk selesaikan hutang.

Apakah Keputusan CTOS SCORE Anda?


Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS adalah agensi utama Malaysia Credit Reporting Agency (CRA) di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Di CTOS, ia memudahkan pemberian kredit dengan memberi kuasa kepada individu dan perniagaan untuk akses kepada maklumat penting tentang data kewangan mereka. Menurut World Bank’s Doing Business Report 2014, Malaysia dianggap negara yang paling mudah untuk mendapatkan kredit di dunia (daripada 189 negara).

Dengan memberikan maklumat kepada pemberi kredit iaitu bank dan mewujudkan ketelusan, kita memberi keyakinan yang lebih besar untuk mereka berurusan. Malah anda sebagai pemohon juga tahu status kewangan anda. Oleh kerana itu, kami tahu bahawa “Knowledge creates confidence” atau “Pengetahuan mewujudkan keyakinan”. Walau bagaimanapun, kita tidak menilai atau membuat cadangan mengenai permohonan kredit. Pinjaman melibatkan banyak faktor. Akhirnya, pemohon mesti mengetahui risiko, polisi dan strategi perniagaan yang memberi pinjaman kredit.

Kredit adalah bukan hak. Kita perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam urusan kewangan yang akan memberi kesan dalam pencarian untuk urusan kredit seterusnya. Memandangkan situasi itu, setiap individu dan syarikat disarankan menyemak laporan kredit CTOS secara kerap. Ini adalah untuk memastikan ketepatan dan kemas kini untuk pemprosesan cepat dan cekap permohonan baru mereka. CRA bersedia untuk terus berkembang di bawah Akta CRA 2010 untuk memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan dan negara.

Apa Itu CTOS?


CTOS adalah singkatan dari Credit Tip Off Service Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang individu kepada pihak yang berminat, biasanya pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen. Maklumat kewangan yang dimaksudkan di sini bukan bermaksud berapa jumlah wang simpanan seseorang individu itu ada tetapi lebih kepada situasi kedudukan kewangannya.

Terdapat 4 seksyen di dalam CTOS iaitu :-

Seksyen A (SNAPSHOT) – Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Taraf Kewarganegaraan, Alamat Terkini, Rumusan Pinjaman dari CTOS dan Bank Negara Malaysia
Seksyen B – Maklumat Perniagaan Individu; memaparkan syarikat yang dimiliki pemohon sama ada beliau sebagai pemilik tunggal, ahli kongsi, pengarah syarikat mahupun pemegang syer.

Seksyen C (BANKING PAYMENT HISTORY) – Maklumat Central Credit Reference Information System (CCRIS). Senarai pinjaman seperti PTPTN, Pinjaman Peribadi dari Bank, Bayaran Ansuran Motosikal dan lain-lain. Jika anda pinjam duit dari Ah Long, data itu tidak diperolehi. Hehehe.

Seksyen D – Maklumat Kes Undang-Undang seperti saman dan muflis. Sebagai contoh jika anda mempunyai kes saman dari bank, nama anda akan disenaraikan di dalam CTOS. Mungkin kita sudah berpindah dan tidak tahu bawah surat saman sebagai guarantor atau lewat membayar pinjaman. Jadi, di bahagian ini ada butiran lanjut kes anda.

Seksyen E (Trade Referee Listing) – Maklumat ini penting, ia adalah maklumat yang anda tidak akan sangka wujud. Susah ruby nak terangkan, tapi ruby cuba faham kan. Contohnya, anda bekerja di syarikat yang mempunyai polisi pekerja. Jika anda bekerja 5 tahun, anda boleh serahkan surat perletakan jawatan awal 6 bulan. Jika anda menerima bonus dan ingin berhenti kerja, anda perlu serahkan surat letak jawatan awal 9 bulan. Polisi ini bergantung kepada syarikat. Ada yang tidak terlalu lama. Situasi ruby seperti di atas, cuma ruby tak tahan nak tunggu, sebab kena buli. Jadi, bila ada laporan dari CTOS, baru ruby tahu berapa angka yang pejabat ruby cas! Ah geram gila! Nampaknya ruby akan bertemu lagi dengan bos ruby. Hello Boss!

Jadi, CTOS bukanlah bank atau syarikat peguam. Mereka hanya menyediakan data. Jadi jangan risau! Anda patut bersyukur bahawa apabila menerima data tersebut, anda akan lebih cekal untuk selesaikan hutang. InsyaAllah. Semoga kita semua dijauhi dari hutang yang menimbun ya.

Laporan Skor CTOS Anda Selamat!


Semasa hadir ke pelancaran CTOS Score, ruby diantara orang yang takut nak check data. Hahaha.
Ruby siap tanya, “puan siapa lagi tahu data saya?”
Puan bertugas terus menjawab : “kita berdua je, sebab saya akan print dan terangkan keadaan pinjaman puan. oh ya ia PERCUMA. Tidak perlu bayar RM 25 kerana kita sedang adakan kempen 100,000 data PERCUMA!”
Wahhh, seronok juga kan. Takpelah dah tiba masanya ruby tahu apa yang menghantui ruby selama hari ini. Iaitu hutang. Jadi ruby pun check. Bila dah check leganya Allah s.w.t je yang tahu! Hahaha. Lagi sikit je nak selesai semua hutang. Cuma ruby baru sedar tempat kerja lama ada cas ruby 3 bulan gaji sebab berhenti kerja dalam masa sebulan. Hurmm. Masa ruby berhenti kerja tu, ruby geram dengan situasi main duit di ofis. Ruby taknak bersubahat. Tapi, bila berhenti tidak maklumkan kepada HR sebab berhenti selain nak sambung belajar (kononnyaaaa). Maka, terpaksalah hadap cas sampingan tu. Takpelah semoga dipermudahkan. Doa orang teraniya Allah s.w.t makbulkan. Terima kasih CTOS! Sekarang ruby dah tahu segalanya!

Mungkin ramai dari anda yang tidak tahu keadaan pinjaman yang akan mengganggu kewangan anda. Cek sekarang CTOS SCORE anda. Supaya kehidupan anda lebih cerahhhh. Hehehe. Ada tiga cara anda boleh check CTOS SCROE anda secara percuma. Anda boleh daftar secara dalam talian di laman web www.ctosid.ctos.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi CTOS melalui telefon pintar anda https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ctos.android&hl=en / https://itunes.apple.com/us/app/ctos/id656528483?mt=8 atau kunjungi roadshow / booth CTOS di CTOS Service Center di Bangsar South. Jika anda ke booth CTOS lagi mudah sebab guna cara biometrik melalui kad pengenalan. Mudah! Mudah macam ruby buat di atas tu. Siap ada personal consultant terangkan lagi. Hehe

Apakah Keputusan CTOS SCORE Anda? Ruby 487!

Alhamdulillah masih boleh diperbaiki! Hehehe. Sekarang guna telefon pintar je nak tengok laporan. Kekerapan kemaskini dari CTOS juga semakin cepat. Cuma jika anda ada rekod blacklist, sekurang-kurangnya dua tahun baru digugurkan oleh pihak bank. Kemudian dah dapat surat dari bank, barulah CTOS kemaskini. Kalau kes saman pula, jika anda dah selesai langsaikan hutang tetapi CTOS masih ada data tersebut, anda boleh email sarus@@ctos.com.my untuk mereka kemaskini. Baguskan?



Ramai pengguna telah mendapatkan 100,000 data PERCUMA CTOS, malah sudah tahu CTOS SCORE mereka. Anda bila lagi? Walaupun anda tiada masalah pinjaman. Tidak salah untuk cek. JOM!

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال