Mudah Hamil Dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Mudah Hamil Dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu | Assalammualaikum semua, hari ni nak berkongsi beberapa petua dan tips mudah hamil. Tips, petua dan cara adalah satu ayat yang relevan untuk kita pada masa kini. Macam-macam cara kita akan google untuk mencuba dapatkan zuriat. Betul tak? Ruby nak berkongsi tips ni sebab ruby juga seperti anda semua yang tidak bunting pelamin. Hehehe. Semestinya ruby juga berusaha mencari tips mudah hamil dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah dari pelbagai rujukan dan bahan bacaan. Dapat juga dua orang hero iaitu Adam dan Alif. Anak pertama juga perlu usaha, begitu juga anak kedua.

Mudah Hamil Dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu


Mudah Hamil Dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Selain berdoa kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat. Ruby juga mengamalkan tips mudah hamil. Ini ikhtiar ruby dan ia sangat berkesan. Berkesan sebab sabar dan suami juga perlu mainkan peranan untuk beri sokongan. Bukan senang tau nak hamil, tambahan pula stress dengan pertanyaan kenalan sekeliling dan badan menggemuk selepas berumahtangga. Mesti orang akan cakap, “dah ada isi ke???” “InsyaAllah, coming soon. Buat masa ni masih mencuba.” Itu je la jawapan yang ruby boleh bagi. Hahaha. Tapi terfikir kenapa berat badan naik selepas berumahtangga sedangkan tidak hamil. Hahahaha!

Ruby amalkan semua tips, petua dan cara bersama suami. Diantaranya adalah diet pemakanan seimbang sebab kalau gemuk sukar hamil. Mereka kata! Hahaha. Kemudian amalkan pemakanan sunnah agar lancar peredaran darah. Ruby juga amalkan perangai tidak aktif supaya mudah lekat. Hahaha. Ini paling kelakar, sebab ruby dari aktif travel. Pergi event sana sini. Stop semua aktiviti demi inginkan zuriat. Memang bosan tahap dewa. Susah nak cakap, rasa macam kemurungan pun ada juga ketika itu. Hahaha.

Ruby tahu ramai ibu yang sedih dan penat mencuba. Jangan putus asa. Selagi kita ada rahim, kita masih boleh hamil. Kata-kata ini memberi semangat kepada ruby. Ruby dapat kata-kata semangat ini dari seorang pemandu teksi wanita. Masa tu bersembang-sembang, kemudian bersembang berlarutan ke cerita zuriat. Dia pun dah bernikah 7 tahun dan tahun ke-5 baru dapat anak. Ketika tu ruby baru 4 bulan perkahwinan. Baru 4 bulan nikah pun dah stress nak anak? Hahahaha. Astagfirullahalazim.

Tips Mudah Hamil

  1. Diet dan amalkan pemakanan yang sihat.
  2. Tidak minum air berais
  3. Tidak minum air beralkohol
  4. Tidak merokok, vape dan hidu asap rokok
  5. Tidak makan makanan tajam seperti buah nanas dan tebu
  6. Amalkan folic acid
  7. Banyakkan berehat dari aktiviti lasak. Memanjat, melompat, berlari.
  8. Amalkan senaman ringan, yoga atau menari.
  9. Minum Lazz Susu Kambing Asli atau Lazz Susu Kambing Kurma bersama madu!

Pada usia 25 tahun ruby dah nikah. 26 tahun Alhamdulillah hamil. 27 tahun dapat anak. Bila terkenang kembali amalan, tips, petua dan cara yang ruby usaha untuk hamil. Memang kebanyakan masa adalah minum susu kambing. Masa zaman ruby tidak semudah anda semua pada hari ini. Susu kambing susah nak cari. Kalau beli dari anney yang bawa tong naik motor tu, ruby kena pandai jaga. Beli, bahagikan susu dan simpan dalam peti beku. Bila nak minum, letak di luar suhu bilik susu kambing tu. Minum pun dua sekali sehari masa sarapan dan sebelum tidur. Susu kambing mahal tau. Sekarang dah mudah didapati dan harga terlajak berbaloi!

Sejak ruby tahu Susu Kambing dah ada dalam bentuk susu tepung dan sachet, ruby terus cuba Lazz Susu Kambing. Tahun 2015 bulan Januari Lazz Susu Kambing mula beroperasi. Ruby beli Lazz Susu Kambing Asli dan Lazz Susu Kambing Kurma. Masa ni susu badan tak meriah dan ruby minum Susu Kambing sebagai booster. Bila Adam dah putus susu badan sepenuhnya, ruby teruskan Lazz Susu Kambing Kurma pula dekat Adam sebagai susu formula. Jadi tidak membazir kan?

Selepas putus susu badan, Allah bagi rezeki zuriat kedua pula! Hehehe. Subur sangat bila amalkan susu kambing. Anak pun lahir kulit cantik dan badan sihat!

Kelebihan Lazz Susu Kambing Kurma

  • Susu Kambing dan Kurma sangat bagus untuk ikhtiar mudah hamil kerana ia memberi kesuburan.
  • Ia juga amalan masyarakat arab dan sangat mujarab!
  • Secara saintifiknya susu kambing diperkaya dengan Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh.
  • Manakala kandungan asid folik penting untuk menguatkan rahim. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dengan pesat.

Sampai hari ni ruby amalkan Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Kurma dan terkini Lazzcafe. Tambahan pula makteh ruby ada kedai produk makanan halal bumiputera iaitu di Pasar Mini Ummah Az-Zain Kampung Jawa Klang. Jadi mudah lah ruby mendapatkan stok. Kalau nak lagi mudah dapat stok, gunalah servis perkhidmatan COD Lazz. Servis penghantaran Cash On Delivery lagi mudah sebab mereka akan hantar ikut kelesaan “masa” kita. Malah boleh plan lagi, macam kes ruby ni. Puan Mimie nak hantar Lazz Susu Kambing semasa ruby tiada di rumah, tetapi suami dan anak-anak ruby ada. Jadi, suami Puan Mimie boleh hantarkan susu tersebut. Yelah cara begini kan lagi bagus? Hehe. Lakukan kerjaya bersama suami dan anak-anak lagi seronok. Betul tak? Puan Mimie COD kawasan Ampang, boleh hubungi whatsapp beliau di +60192548861

Hehehe Harga Lazz Susu Kambing adalah sangat berpatutan! Lazz Susu Kambing Asli RM 45.90, Lazz Susu Kambing Kurma RM 45.90 dan LAZZCAFE RM 35.90. Cubalah!

www.lazzsusukambing.com

www.instagram.com/lazzsusukambinghq

www.facebook.com/lazzsusukambing

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال