Assalammualaikum, hari ini ruby ke Bukit Gambang Water Park yang terletak di Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia. Ini adalah kali pertama ruby sekeluarga ke sini. Adik ipar ruby yang belanja. Kalau tiada plan ke sini, memang tidak akan pergi. Terima kasih Atin! Hahaha. Pertama kali ke sini walaupun rumah mak ayah mertua di Kuantan aje. Perjalanan dari rumah kira-kira 20 minit aje. Hari ini hari terakhir cuti sekolah, jadi trafik sangat baik. Mungkin ibu bapa dah sibuk pergi ke shopping mall untuk persiapan akhir barang-barang masuk sekolah. Baik punya plan kami kan? Hehehe.
Sekarang ni musim hujan, walaupun musim hujan, kami tetap nak mandi di sini. Hahaha. Tiket masuk Bukit Gambang Water Park ni murah je rupanya! Ruby sering google dan tidak faham harga yang ditawarkan. Mungkin ia sekali dengan penginapan dan aktiviti lain. Hahaha. Rupanya RM 35 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak yang ketinggian sudah 90 cm ke atas. Jadi untuk Adam masih percuma! Dia baru 80 cm. Hehehe.
Selepas pakai wrist tag tu, kami masuk ke dalam kawasan water park. Tukar duit dalam bentuk e-wallet dan terus sewa loker, pelampung, towel dan pergi main air. Bagi ruby sistem e-wallet ni sangat bagus. Sebab kita tak perlu nak bawa duit sekali. Ruby terus top up rm 100 dan Atin top up rm 100 juga.
- Pelampung Berdua 2 unit : RM 60.00
- Pelampung Berkembar Kanak-Kanak : RM 20.00
- Loker 2 unit : RM 40
- Tuala 1 unit : RM 25
- Makan : Lupa nak tengok resit. Kami makan Nasi Lemak, Nugget, Burger Daging, Air Mineral, Milo Panas, Teh Tarik, Ais Krim. Hahaha
- Gambar Kenangan 2 unit : RM 43
Adam sampai dah menggigil main air, tempat kanak-kanak juga best. Sebab ruby kerap main di kawasan dengan Adam. Puas hati pusing-pusing Glacier River, gelongsor air kanak-kanak, swimming pool dan tunggu air terjun. Hehehe. 4 tempat ni pun dah puas hati. Hehehe.
Adam dah menggigil kesejukan jam 2.30pm. Ruby dan Adam dah surrender, suami, Atin, suami Atin dan Bujieeeeeee masih lagi main gelongsor air. Hahaha. Untuk anda yang nak ke Bukit Gambang Water Park, boleh datang walk in ke sini bila-bila. Kalau musim cuti sekolah mesti ramai, jadi plan la elok-elok. Hehehe. Sempena Visit Pahang 2017. Pakat mai sini deh.
Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia