Pengalaman Discover Scuba Diving (DSD) Di Pulau Mataking, Semporna, Sabah

Assalammualaikum! Ruby nak kongsikan pengalam ruby lihat hidupan laut dengan join Discover Scuba Diving. Pengalaman pertama la paling kita akan ingat. Hehehe. Betul tak? Masa isi borang DSD, masih lagi bersemangat. Yakin boleh. Bila dah hari DSD dilakukan di Pulau Mataking, Semporna, Sabah jadi lain pula. Hahaha.

Pengalaman Discover Scuba Diving (DSD) Di Pulau Mataking, Semporna, Sabah

Dengar penerangan dari Dive Master dan Dive Instructor dekat atas bot macam mudah je. Bila dah pakai sirip, pakai peralatan skuba dan masuk dalam air laut. Rasa macam semacam pula. Pertama kali ni nak bernafas guna tangki oksigen dan gunakan signal tangan. Masuk je dalam air masa nak ikut arahan DiveMaster / Dive Instuctor, rasa oksigen tu sejuk sangat. Bernafas kerap pula dari mulut. Hahahaha. Kejap-kejap keluar bubble. Boleh habis satu tong oksigen juga macam ni. Hahaha.

Ruby 1 meter je boleh bertahan. Kaki dah start macam nak kejang. Lepas tu bernafas pula laju, sedangkan dalam air kita tak perlu tahan nafas jika buat DSD. Bukan macam berenang biasa. Suppose buat macam snorkeling tu je, cuma bezanya kita di dalam air. Kemudian ruby tak boleh tenggelam. Kahkahkahkah. Kena tambah pemberat lagi. Oleh kerana itu ruby sekejap je cuba DSD. Miahahaha. Tapi memang pengalaman yang menyeronokkan. InsyaAllah next time lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan kesihatan yang baik. Ruby selsema dan sakit tekak masa ni. Semput hoiii hahaha.

Jalan mengundur kebelakang sebab pakai sirip kaki tu. Rasa macam nak tergolek pun ada. Hahaha. Tangki oksigen tu berat, bila dah masuk dalam air okay je. Dia jadi timbul sebab badan ruby pun dah macam pelampung. Hahaha!

Pengalaman Discover Scuba Diving (DSD) Di Pulau Mataking, Semporna,Sabah

Belajar melutut dalam air untuk ikut arahan Divemaster. Melutut pun susah weyy sebab mok sangat. Hahaha. Kemudian mula dah nak rasa kejang kaki. Kahkahkah. Belajar bernafas dan bubblemaker. Belajar juga jika kawan ter tepis mulut kita dan hos oksigen kat mulut tertanggal nak buat apa. Kemudian belajar cara keluarkan air dari topeng muka. Nak swim DSD tangan tu tak payah nak berenang sangat. Elok peluk tubuh, relax dan kaki je berenang lembut-lembut gitu. Apa yang penting jangan panik dan ingat hand signal. Hahaha.

Hidupan Laut Pulau Mataking, Semporna, Sabah


Pengalaman Discover Scuba Diving (DSD) Di Pulau Mataking, Semporna,Sabah

Sebenarnya susah nak gambar kan betapa cantik dan indah hidupan laut di sini. Ruby tidak ada underwater camera. Tapi memang cantik sangat tengok ikan berenang, terumbu karang cantik-cantik. Dibawah ini ruby sertakan gambar dari blogger Hasif Hamsyari. Sebab dia bawa GoPro! Hehehe.

Apa itu Discover Scuba Diving (DSD)?

Discover Scuba Diving memberi penyelam cepat bergerak ke dalam persekitaran air terbuka. Setelah sesi pengetahuan dan kemahiran, peserta menyelam dalam kumpulan kecil akan ke tapak menyelam tempatan. Discover Scuba Diving juga menghubungkan terus ke kursus Open Water Diver. Mereka yang telah menamatkan pengalaman Discover Scuba Diving akan dapatkan kredit ke arah program Confined Water Dive One dan Open Water Dive One. Ini tidak mustahil kerana Confined Water Dive One adalah sama seperti Discover Scuba Diving Water Skills Introduction and Development Session, dan Discover Scuba Diving sama seperti Open Water Dive One.

Pengalaman Discover Scuba Diving (DSD) Di Pulau Mataking, Semporna,Sabah

Setiap peserta perlu dilengkapi dengan: sirip, topeng muka, peranti kawalan keapungan (buoyancy control device), silinder skuba, pengawal selia dan tolok tekanan tenggelam (submersible pressure gauge). Gunakan perlindungan pendedahan yang sesuai dan berat seperti yang diperlukan untuk keselesaan penyelam.

Discover Scuba Diving mengandungi tiga bahagian

  1. Knowledge Development
  2. Waterskills Development
  3. Open Water Dive

Risiko ketika Discover Scuba Diving :

  • Tekanan pada telinga
  • Lemas kerana air masuk dalam sistem pernafasan
  • Sejuk di dalam air
  • Kecederaan paru-paru kerana paru-paru terlebih mengembang

Masa yang ditetapkan atau mengikut kemampuan anda.

  • 60 minutes (30 minutes in water)
  • 6 metres/20 feet for Discover Scuba
  • 2 metres/6 feet for Bubblemaker

Persedian Discover Scuba Diving atau aktiviti dalam air yang lain

  • Kecergasan fizikal
  • Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
  • Emosi yang matang

Jadi itulah Pengalaman Discover Scuba Diving (DSD) Di Pulau Mataking, Semporna, Sabah. Apabila sudah mengetahui semua ini. Ruby lagi bersemangat ingin fit kan badan. Agar bersedia untuk Discover Scuba Diving sebelum memiliki lesen penyelam untuk kursus PADI Open Water Diver, PADI Adventure Diver, PADI Advanced Open Water Diver.

Terima kasih Sabah Tourism Board kerana memberi peluang untuk Ruby cuba Discover Scuba Diving. Pengalaman yang sangat bermakna. Terima kasih kepada Divemaster dari SMP Tours & Travel juga!

Lawatan FAM dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. Ikuti ruby dan rakan-rakan media di social media dengan hashtag #SeaYouInSabah. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang perjalanan ke Kepulauan Sabah.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال