Pisang Penyet, Pisang Cheese, Mango Sago Indo Cafe Tawau, Sabah. Baru-baru ini ruby ada cuba satu makanan baru. Makanan ini memang sudah terkenal, nama pun dah macam-macam bunyi. Malah isi kandungan juga sering di olah. Pengalaman makan pisang goreng memang menggamit memori. Mesti akan tanda awal-awal kedai yang sedap. Harga berpatutan dan waktu perniagaan juga ruby akan take note. Sebab nak buat sendiri memang tak reti. Pisang juga mahal dan pisang yang sesuai sering tidak ada. Cari pisang abu, pisang lain pula yang ada. Buat cekodok bulat-bulat je la jawabnya. Hahaha.
Pisang Penyet, Pisang Cheese, Mango Sago Indo Cafe Tawau, Sabah
Lokasi Indo Cafe Tawau ni berdekatan dengan Hotel ruby menginap, Promenade Hotel Tawau. Apa yang ruby perhatikan kawasan ini banyak kedai makan. Sekarang teknologi waze dan google maps dah ada, jika anda ke Tawau boleh lah food hunting di sekitar Tawau. Seronok tau!
Berbalik kepada Indo Cafe, disini memang terkenal dengan menu Pisang Cheese. Oleh kerana Pisang Cheese ni dah terlalu banyak di Kuala Lumpur. Ruby taklah teruja mana. Tapi bila dah makan! Hah sedapnya! Sebab pisang dia manis dan cheesenya macam kena je dengan pisang dia tu. Susah nak gambar kan. Tapi memang sedap. Pisang rangup pula tu!
Pisang Goreng Cheese RM 4.00
Pisang Goreng Cheese + Taburan Cheese RM 6.00
Kemudian ruby mencuba menu Pisang Chocolate Kacang. Wah menarik betul idea menu macam ni. Rangup dan dan dan arghhh susah nak cakap. Memang ruby suka lah menu. Sampai sekarang mengidam. Mana nak cari di Kuala Lumpur ni. Pisang, coklat dan kacang. Cuba anda imagin, sedap kan?
Pisang Chocolate Kacang RM 4
Tiba-tiba makcik kedai Indo Cafe bawa Pisang Penyet. Ehhhhhh. Nampak tak ruby jakun dah ni. Ehhhh boleh eh cicah dengan sambal penyet? Ehhhhhhh!!! Hahaha. Bila dah cuba! Sedap sangat! Ruby memang suka makanan pedas macam ni. Masa tu juga terus teringat Pisang cicah sambal kicap cili api stail Johor. Wuwuwuwuwu. Sedap sangat sebab pisang di Indo Cafe ni digoreng garing, bila makan tu krup krap krup krap. Tidak berminyak dan memang sedap tak terkata!
Pisang Penyet RM 3.00
Minuman pula nak minum apa ya? Ruby masa ni sakit tekak, jadi ruby pesan Teh O Panas RM 2.30. Kemudian ruby cuba Mango Sago kepunyaan Cik Zarinah. Wuwuwuu sedapnya! Tetiba terus lega tekak ku. Hahaha.
Mango Sago Mengkuk Kecil RM 4.00. Kalau nak saiz besar, RM 6.00 jer.
Sebanyak 84 menu hidangan makanan dan minuman dari Indo Cafe anda boleh nikmati. Aneka nasi goreng, mee, mihun, soto, lauk, sup, tom yam, manisan, minuman panas dan sejuk. Tapi yang paling terkenal adalah Pisang Cheese, Pisang Penyet dan Mango Sago.
Ruby akan kembali ke Tawau untuk makan Pisang Penyet, Pisang Cheese, Mango Sago Indo Cafe Tawau, Sabah tu nanti! Arghhh stress tak jumpa lagi di Kuala Lumpur. Macam dah home sick ruby ni. Sedangkan Tawau bukan kampung ku. Hahaha
Indo Cafe yang ruby lawat ni adalah kedai utama mereka, sekarang mereka dah ada lagi 2 cawangan. Jika tidak pasti lokasi, anda boleh gunakan aplikasi google maps, waze atau yelp. Sebab Indo Cafe ni sangat terkenal, ramai rekemen cafe ni. Jadi, sangat mudah untuk dicari.
- Indo Cafe 542, Jln Bantu, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia
- Waktu Operasi : 8am – 7pm
- www.facebook.com/pages/Indo-CafeFajar
- Indo Cafe II TB16024, Unijaya Commercial Center, Jalan Sungai Tanjong, KM 5, 91000 Tawau, Sabah
- Indo Cafe BSI (Bandar Sri Indah) , 91000 Tawau, Sabah, Malaysia
Lawatan FAM dianjur oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. Ikuti ruby dan rakan-rakan media di social media dengan hashtag #SeaYouInSabah. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Tawau, Sabah.