Selamat Ke Bercuti Di Kepulauan Sabah?
Semasa di Sabah, ruby dapat lihat sendiri Pasukan Keselamatan Negara menjaga perairan Sabah. Setiap aktiviti yang kami lakukan mempunyai garis masa. ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) dan Badan Pelancongan di Sabah bekerjasama bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada pelancong untuk menikmati percutian mereka. Bangga bila dapat melihat Pasukan Keselamatan Negara membuat rondaan. Mereka juga peramah dan mesra. Kami sempat bergambar dengan mereka. Kekadang terfikir, berapa lama lah mereka bekerja jauh dari keluarga. Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga keselamatan negara Malaysia.
Di Sabah, waktu siangnya lama. Ruby mudah bangun pagi semasa di Sabah, jam 5 pagi dah terjaga. Sambil jeling tengok Bella nyenyak tidur. Ruby bangun, tengok sunrise. Terang betul matahari di Sabah ni. Hahaha. Tutup tingkap dan bersiap. Jam 6 pagi dah lapar teruk. Hahaha. Terus mandi dan bersiap. 7 pagi dah boleh sarapan pagi. Perjalanan kami bermula jam 9 pagi dengan menaiki boat dari Jeti Semporna ke Pulau Tatagan untuk melihat kanak-kanak Bajau Laut. Ruby nampak boat Marin Malaysia sedang membuat rondaan. Kemudian, apabila selesai melihat perkampungan atas air Bajau Laut, kami terus ke Pulau Bohey Dulang. Ketika ini, boat kami di sapa mesra dari jauh oleh Marin Malaysia. Mereka ingin melihat senarai nama peserta. Sambil-sambil tu kami bersembang dan bergambar. Hehehe.
Di Pulau Bohey Dulang, anda boleh hiking dan bergambar sampai puas sehingga jam 2 petang sahaja. Kemudian pulau itu akan ditutup. Dengan cara ini dapat menjaga keselamatan pelancong dan pihak tentera boleh menjalankan tugas. Oh ya, Pulau Bohey Dulang ni ada kisah lagenda. Puteri Salamia yang telah ditunangkan dengan Putera Sulu dari kecil telah melarikan diri dari Pulau Bum Bum ke Pulau Bohey Dulang.
Selepas Pulau Bohey Dulang, kami ke Pulau Sibuan untuk snorkeling. Di sini kami boleh snorkeling sehingga jam 3.30pm. Nanti ada abang tentera tiup visel untuk anda bersiap dan beredar. Masa ni, peserta kami Abang Bomba Jaslin leka berenang. Orang nak balik ke Sipadan-Kapalai Dive Resort, dia pula tertinggal. Hahaha.
Hari kedua kami di Kepulauan Sabah, kami ke Pulau Timba-Timba untuk snorkeling. Pulau ini pulau persendirian. Kalau nak pergi sini, sila rujuk agensi pelancongan yang anda pilih. Kami pilih SMP Tours & Travel. Subhanallah cantik sangat hidupan laut. Ruginya tiada action cam / go pro. Takpelah, insyaAllah ruby melabur untuk Sony RX 100 tahun ni. Boleh la rakam gambar dan video hidupan laut di Sabah lagi. Eh ada #SeaYouInSabahAgain ke? Hehehe. InsyaAllah!
Pulau Mataking, Ruby belajar Discover Scuba Diving. Al-maklumlah tiada lesen penyelam lagi. Susah juga nak bernafas guna mulut sahaja dan baru tahu sejuk betul oksigen ni. Hehehe. Ruby masih dalam keadaan selsema dan tekak bernanah. Susah nak bernafas! Serius! Hahaha. Tapi, ia pengalaman yang bagus! Nanti nak cuba lagi. Sampai pekak telinga. Hahaha.
Hi Lobo! Pandai dia berenang dalam air tu, lepas tu duduk je memerhati kami. Jinak sangat, mesra kamera. Hehehe. Lobo ni terkenal kerana dia sentiasa menemani Pasukan Keselamatan Negara semasa bertugas. Lobo ni ada di Mataking Island. Kalau datang sini, pasti jumpa Lobo.
Rasa aktiviti di sini seperti padat kan?. Tetapi ruby tidak rasa begitu. Semuanya mengikut perancangan masa. Jam 3pm kami dah pulang ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. Berehat, enjoy bergambar di artificial island di sana dan tunggu sunset.
Tips : Jika anda ingin bercuti di Kepulauan Sabah. Pastikan anda cek tempat penginapan anda, semak sama ada kawasan resort itu mempunyai CCTV, resort bekerjasama dengan ESSCOM (Eastern Sabah Security Command), pekerja resort di kalangan rakyat Malaysia dan pemandu pelancong juga rakyat Malaysia. Bagi ruby, tidak adil jika masyarakat sering cakap Sabah tidak selamat untuk bercuti. Kita sebagai pelancong perlu ambil inisiatif untuk membuat penyelidikan. Biarlah keluar duit lebih, tetapi kita sekeluarga selamat dan seronok bercuti.
Kami menginap di Sipadan-Kapalai Dive Resort, seramai 50 orang tentera di tempatkan di sini. Mereka bergilir-gilir tukar shift. Apabila pihak resort bersama-sama membantu Pasukan Keselamatan Negara dengan menyediakan tempat untuk melihat perairaan Sabah, dalam masa yang sama ia dapat menjaga keselamatan pelancong ke resort milik mereka, kawasan sekitarnya dan perairan negara juga.
Ingin ke Sipadan-Kapalai Dive Resort?
Penerbangan Ke Tawau, Sabah
- Malaysia Airlines : MH terbang 14 kali seminggu dari KUL ke TWU
- AirAsia : AK terbang 28 kali seminggu dari KUL ke TWU dan 4 kali seminggu dari JHB ke TWU bermula 28hb April 2017
Penerbangan sekitar 3 jam. Kemudian dari lapangan terbang Tawau, anda naik teksi atau van ke Jeti Semporna. Lebih kurang 1 jam perjalanan sahaja. Sampai di Jeti, ada agensi pelancongan untuk anda naik boat ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. 1 jam perjalanan juga. Plan perjalanan anda, tempah siap-siap pengangkutan & aktiviti dan enjoy!
Jadi, Selamat Ke Bercuti Di Kepulauan Sabah? Sudah semestinya selamat!
Lawatan FAM dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. Ikuti ruby dan rakan-rakan media di social media dengan hashtag #SeaYouInSabah. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang perjalanan ke Kepulauan Sabah.
- www.instagram.com/sabahtourism
- www.twitter.com/sabahtourism
- www.facebook.com/SabahMalaysianBorneo
- www.sabahtourism.com
- www.instagram.com/gayatravel
- www.twitter.com/gayatravel
- www.facebook.com/gayatravel
- www.gayatravel.com.my