Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW

Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW. Assalammualaikum semua. MasyaAllah lagi beberapa hari nak raya Aidilfitri. Ruby pun sedang teruja. Seronok sangat. Sebenarnya apa sahaja perayaan yang disambut di Malaysia pasti buat kita semua teruja walaupun berlainan agama dan bangsa kan? Sama-sama berkongsi nikmat. Hehehe. Masa bulan puasa iaitu bulan Ramadan, memang banyak list makanan juadah berbuka di dalam minda.

Yelah, waktu bulan Ramadan makanan tradisional akan dijual. Kemudian dalam kuantiti yang banyak tau. Kita tinggal untuk sediakan duit je. Hehehe. Kalau bulan Ramadan, ruby suka sangat makan kebab, ayam percik, kuih tepung pelita dan air buah-buahan. Harga pun berpatutan dan hari-hari ada. Hahaha. Cuma, kali ini ruby ingin mencari Bazaar Ramadan terbaik bersama VW. Volkswagen Malaysia berbesar hati untuk menemani ruby mencari Bazaar Ramadan! Jom!

Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW

Bazaar Ramadan ni bukannya semua best. Ada yang pasarnya panjang sampai sakit kaki berjalan tapi tiada yang menarik. Ada yang di lokasi tidak dikenali tapi makanan sedap. Ada yang pasarnya pendek aje, tapi semua yang kita suka, dijual di situ. Ruby teringin nak pergi Bazaar Ramadan Putrajaya Precint 2. Ramai bagi pendapat bahawa makanan di sana tip top. Cuma, ia sangatlah jauh dari kediaman ruby. Takpe, kita cari di Kuala Lumpur. Hehehe. Hari Sabtu kebiasaannya Bazaar Ramadan menjadi lebih meriah. Sebab ramai pelanggan dan juadah meriah.

Lokasi pencarian Ruby kali ini di Bazaar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di sini sangat terkenal dengan pasar malamnya. Jika pada bulan Ramadan bagaimana pula keadaannya? Ada ke makanan? Mungkin ia akan menjadi lebih luas dan pelbagai hidangan disediakan.

Setibanya ruby di Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman), mata ruby galak mencari parkir untuk kereta Volkswagen Tiguan Highline yang ruby pandu. Parkir alhamdulillah mudah dan hanya RM 10! Dari jam 5 petang hingga ke 10 malam. Hehehehe. Nak parkir di kawasan sempit dengan kereta Volkswagen Tiguan Highline perlukan kehandalan yang teramat hebat. Hahaha. Tengok skrin kamera di Active Info Display je. Dah kemas parkir, ruby pun lega. Hehehe.

Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW

Jom saksikan VLOG ruby semasa Pencarian Bazaar Ramadan Terbaik Bersama VW. Enjoy!

 

Dapatkan Volkswagen kegemaran anda sempena promosi perayaan tahun ini! Tawaran Volkswagen Raya akan berakhir pada 31 hb Julai 2017. Info di sini https://ruby.my/2017/05/tawaran-volkswagen-raya-kini-lebih-hebat/

www.volkswagen.com.my

www.facebook.com/VolkswagenMalaysia

www.instagram.com/volkswagenmalaysia

 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال