Muda Dalam 7 Hari Bersama Nutox Advanced Serum Concentrate. Assalammualaikum semua, ruby nak kongsikan dengan anda pengalaman pertama kali menggunakan produk penjagaan kulit wajah dari Nutox. Ruby sedia maklum berkenaan produk Nutox semasa iklan mereka ditayangkan di televisyen dan ketika itu Nur Fazura sebagai duta. Malah sehingga kini Nur Fazura masih lagi duta untuk Nutox. Boleh nampak kecantikan dan keremajaan Nur Fazura di dalam setiap filem beliau berlakon dan di social media.Nutox Advanced Serum Concentrate
Jadi, kenapa ruby tak cuba produk ini terlebih awal? Mungkin sebab dah ada kesedaran anti penuaan dan kolagen. Lagi satu lebih lama kita hidup, lebih banyak ilmu tentang tubuh badan kita ketahui. Contohnya berkenaan kolagen. Kolagen semulajadi kulit kita tidak seperti bayi lagi. Ia makin berkurang. Kemudian kulit semakin kering dan kurang berminyak. Tidak seperti masa zaman remaja dulu. Minyak dan sebum perlu ada untuk beri seri. White head dan black head semakin kurang, tetapi jeragat dan milia seed pula muncul! Oh my menakutkan!
Muda Dalam 7 Hari Bersama Nutox Advanced Serum Concentrate
Kelihatan muda hanya dalam 7 hari dengan Nutox Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui membawa kebaikan anti-penuaan yang boleh dilihat dalam jangka masa yang lebih singkat.
Penantian anda bagi serum kecantikan anti-penuaan yang berkesan dengan pantas kini berakhir. Nutox Advanced Serum Concentrate baharu kini tiba! Masih mengekalkan botol kaca berwarna merah yang dikenali ramai, rumusan ini bertindak pantas bagi memastikan kolagen, elastin dan asid hyaluronik asal kulit bertindak dengan lebih pantas bagi menghasilkan kulit yang tampak lebih muda dalam tempoh hanya 7 hari!
Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit bagi Tohtonku Sdn. Bhd. menerangkan kisah di sebalik Nutox Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui ini. “Apabila berbicara mengenai penjagaan kulit, wanita Malaysia masa kini bijak membuat pilihan. Mereka pandai, peka, dan tahu apa yang mereka mahukan. Dengan memahami keperluan pengguna dan inovasi sains, Nutox memberi mereka produk penjagaan kulit yang efektif, dan memberi kesan yang jelas,” katanya.
Pada tahun 2006, syarikat memperkenalkan serum anti-penuaan Nutox, Serum Concentrate yang kini antara jenama terlaris di pasaran. Ia menjadi pilihan utama di kalangan wanita yang menginginkan produk anti-penuaan yang lebih efektif dalam menyelesaikan masalah seperti kedutan, ketidakanjalan dan ketegangan kulit.
“Menurut kajian kami ke atas pengguna, kebanyakan wanita Malaysia tidak mengambil langkah-langkah untuk mencegah atau menghalang penuaan kulit walaupun mereka menginginkan kulit yang anjal dan bebas-kedut. Mereka hanya mula bertindak apabila tanda-tanda penuaan mula muncul pada kulit mereka, dan ini menyebabkan mereka mempunyai harapan yang tinggi ke atas keberkesanan produk penjagaan kulit mereka,” kata Law.
Nutox Advanced Serum Concentrate
Berdasarkan hasil kajian ini, Nutox telah mengambil inisiatif untuk memperbaharui rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan mereka dengan mempertingkatkan keberkesanan produk yang memberikan kesan lebih ketara dalam jangka masa yang lebih singkat, sementara mengekalkan keserasian produk pada kulit.
Ketika menerangkan kelainan yang ada pada serum diperbaharui itu, Law berkata: “Kami telah meningkatkan formula dengan menggabungkan teknologi terbaharu iaitu Actigenic+, yang membolehkan pengguna melihat perubahan positif dalam masa seminggu. Kini, anda mampu menghalang tanda-tanda penuaan dan kelihatan lebih muda dalam masa 7 hari!”
Diperkaya dengan sarang burung dan dipertingkatkan lagi dengan Teknologi Actigenic+, Nutox Advanced Serum Concentrate diformulasi untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan, kekusaman dan ketidakanjalan. Manfaat dari Algae Makro dan ekstrak Gentian India, Actigenic+ mengaktifkan struktur kulit dengan serta-merta, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang.
Bagaimanakah Nutox Advanced Serum Concentrate berkesan?
1) Memulihkan & menyegarkan Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui dengan Actigenic+ ini mengaktifkan dan menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seawal 7 hari.
2) Menganjalkan, lebih tegang & berseri Kulit menjadi lebih anjal dan tegang dalam 7 hari. Dengan penggunaan berterusan, perubahan lebih ketara akan muncul pada hari ke-14 dan ke-28 termasuklah tekstur kulit yang lebih berseri serta pengurangan ketara bagi garis halus dan kedutan.
Keputusan ini pula telah terbukti; 118 orang wanita Malaysia yang telah mencuba Nutox Advanced Serum Concentrate bersetuju bahawa mereka kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari! 98%* daripada wanita bersetuju bahawa kedutan mereka berkurangan dan saiz pori-pori lebih kecil, manakala 97%* juga berkata bahawa garis halus di wajah mereka juga telah berkurang.
Dengan Nutox Advanced Serum Concentrate, tekstur kulit semakin bermaya, kulit semakin tegang, anjal, berseri dan kelihatan lebih sihat, garis halus serta kedutan berkurang dengan ketara.
Bagi Nur Fazura, duta Nutox dan artis antarabangsa, Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui oleh Nutox ini menjangkaui jangkaannya. “Saya sememangnya tidak sangka bahawa kulit saya kini lebih anjal, garis halus pula telah berkurang! Sememangnya sukar dipercayai – saya tidak pernah kelihatan lebih muda hanya dalam masa 7 hari!” katanya.
“Kini, apabila saya lihat cermin setiap pagi, saya rasa lebih yakin kerana hari demi hari, kulit saya semakin cantik. Saya dapat rasakan kehidupan saya lebih baik, termasuklah kulit saya. Terima kasih Nutox kerana menghasilkan Advanced Serum Concentrate; produk yang terbukti kehebatannya! Saya cadangkan bahawa setiap wanita wajar mempunyai sebotol di rumah mahupun di dalam begnya,” kata Fazura.
Duta Nutox dan artis antarabangsa, Nancy Wu berkongsi rasa cintanya terhadap Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui ini: “Saya tidak pernah merahsiakan umur saya dalam lingkungan 30-an dan saya rasa selesa dengan umur saya. Saya suka pekerjaan sekarang dan ingin terus berlakon selama yang boleh! Kerjaya saya memerlukan saya kelihatan cantik setiap masa, bukan sahaja di hadapan kamera, malah di kehidupan nyata. Ini adalah kerana saya sering terserempak dengan para peminat meminta untuk mengambil selfie walaupun wajah saya tanpa solekan. Oleh itu, memiliki kulit yang kelihatan muda dan berseri sangat penting bagi saya.”
Tambahnya lagi: “Saya telah lama percaya pada keberkesanan produk-produk penjagaan kulit Nutox. Semenjak saya dilantik sebagai duta Nutox pada tahun 2014, ia tidak pernah menghampakan saya. Dengan Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui ini, kulit saya sentiasa berseri, tegang dan anjal. Inilah sebabnya mengapa saya sentiasa membawa sebotol Advanced Serum Concentrate ke mana-mana sahaja, terutamanya apabila sedang melancong atau di lokasi penggambaran!”
Video Pengalaman Ruby
Ruby telah menggunakan produk penjagaan Nutox selama 3 minggu. Kemudian ruby gunakan satu set produk. Dari Pencuci Muka, Moisturising Lotion, Nutox Advanced Serum Concentrate, Anti Aging Cream dan Night Repair. Barulah cantik dan kekal remaja.
Untuk kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari, cubalah Nutox Advanced Serum Concentrate (RM79.90, 30ml), kini boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh Malaysia. Bagi maklumat lanjut, sila ikuti Nutox Malaysia di Facebook Nutox