Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017. Assalammualaikum semua, ruby ingin kongsikan larian yang bakal berlangsung pada hari Ahad 16 Julai 2017 di Berjaya Times Square. Mungkin anda baru tahu tentang larian tahunan ini atau anda dah terlalu banyak menyertai larian sehingga terlupa larian yang paling senior di Malaysia. Hehehe. Roasters Chicken Run telah diadakan sebagai acara kebajikan dan tahun 2007 adalah genap usia acara ini 13 tahun. Ia bermula sejak tahun 2005. Ruby masih ingat lagi tahun 2007 ruby menyertai Roasters Chicken Run di Sunway Pyramid. Selepas larian, kami mandi di Sunway Lagoon. Best sangat!
Tapi bagi tahun 2017, huyoo dah 10 tahun dah ruby menyertai larian Roasters Chicken Run. Alhamdulillah! Tempat bertukar-tukar agar dapat menarik pengunjung baru dan memberi kelainan kepada peserta setia Roasters Chicken Run. Hehehe. Memang seronok! Tambahan sekarang dah ada finisher medal. Lagi la best kan.
- Hari : Ahad
- Tarikh : 16 Julai 2017
- Masa : 7.00 am
- Lokasi : Main Entrance, The Boulevard, Berjaya Times Square
- Parking : Basement parking di Berjaya Times Square
Yuran Pendaftaran Roasters Chicken Run 2017
Laluan Roasters Chicken Run 2017
Pengambilan Race Pack Roasters Chicken Run 2017
Race pack atau di dalam Bahasa Malaysia adalah pek perlumbaan boleh mula di ambil pada 12 Julai 2017 (12pm–7pm) dan 13 Julai 2017 (12pm – 5pm) di Restoran Kenny Rogers, Level 3, Berjaya Times Square. Pek perlumbaan mengandungi :
- Goodies Bag
- Exclusive Runner’s T-Shirt
- Bib Tag
- Berjaya Time Square Theme Park Entrance Wrist Band
- Finisher Medal
- E-Cert
Finisher Medal dan E-Cert akan diberi selepas larian!
- Strictly no bib and T-Shirt collection on event day.
- Egg, Cone and Theme Park Wrist Band will be given out to participants on event day, upon presentation of event bib.
Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017
Pihak Kenny Rogers berbesar hati menerima pendaftaran saat akhir, tetapi anda perlu hadir ke cawangan Restoran Kenny Rogers, Level 3, Berjaya Times Square pada 12 Julai & 13 Julai (12pm to 7pm).
Jumpa anda semua pada hari ahad ini!